Wednesday, August 8, 2012

Self Motivation *-* Solat Tahajjud Pada Malam Lailatul Qadar

Salam ingatan..

Kita dah nak melangkah ke 10 malam terakhir Ramadhan. Masya-Allah. Cepatnya masa berlalu.

10 malam terakhir Ramadhan ni seharusnya kita berusaha mencari malam Lailatul Qadar. Yakni seperti mana yang telah diberitahu kepada kita, malam Lailatul Qadar merupakan malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Malam penuh barakah yang dijanjikan Allah Taala kepada seluruh umat Muhammad S.A.W.



Justeru, perlaksanaan solat tahajjud pada 2/3 malam selepas bangun dari tidur merupakan usaha terbaik dalam mencari Lailatul Qadar. 


SOLAT TAHAJJUD

Ada banyak cara melakukan solat tahajjud ni. Ianya boleh dilakukan sebanyak 2, 4, 7, 8, 9, 11 atau 13 rakaat. Tapi kalau dah ngantuk sangat tu, 2 rakaat pun dah cukup. Lagipun, Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, amalan yang paling disukai oleh Allah adalah amalan yang sedikit tetapi dilakukan secara terus menerus. 


CARA MELAKUKAN SOLAT TAHAJJUD

1. Lafaz dan niat 
Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini lillahi ta’ala
Ertinya:”Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah ta’ala”

2. Bacaan surah atau ayat Al-Quran selepas Al-Fatihah
Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (seeloknya 7 kali)
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (seeloknya 11 kali)

3. Lakukanlah dua rakaat seperti sembahyang sunat yang lain.

4  Selepas membaca tasbih biasa ketika sujud kedua pada rakaat terakhir, bacalah doa berikut:
Rabbid khalniimud khala sidqin wa-akhrijnii mukhraja sidqin waj’allii mil ladunka sultaanaan nasiiraa.
Ertinya: ” Tuhanku! masukkanlah aku kedalam pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran dan kurniakanlah kepadaku daripadaMu pembantu”

5. Lakukan sembahyang sunat tahajjud ini mengikut kemampuan. Kalau terlalu mengantuk maka eloklah dipendekkan sahaja.

6. Selepas selesai mengerjakan sembahyang Tahajjud maka bacalah doa sepertimana yang pernah dibaca oleh Rasulullah S.A.W. ini:
Allahummaj’al fii qalbii nuuran wafii lisaanii nuuran waj’al fii sam’ii nuuran waj’al fii basori nuuran waj’al fii khalqii nuuran wamin amaamii nuuran waj’al min fauqi nuuran waa man tahtii nuuraa. Allahumma a’tinii nuuraa.
Ertinya: Ya Allah! Jadikanlah didalam hatiku cahaya yang cemerlang, pada lidahku cahaya yang cemerlang dan jadikan pada pendengaranku cahaya yang cemerlang serta jadikan pada penglihatanku cahaya yang cemerlang jadikan dibelakangku cahaya yang cemerlang dan dihadapanku cahaya yang cemerlang dan dari bawahku cahaya yang cemerlang. Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku cahaya yang cemerlang!”

KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD
1. Memperoleh ketenangan jiwa
2. Mendapat keampunan dan rahmat Allah
3. Mencegah dosa dan menghindar penyakit

Memanglah sukar kalau tak pernah buat. Tapi bukan ke alah bisa tegal biasa?
Tak cuba maka tak tahu sejauh mana kemampuan kita. 
Jadikan 10 malam terakhir Ramadhan ini sebagai titik tolak untuk kita melakukan solat sunat tahajjud. 
Moga malam Lailatul Qadar mampu kita semua temukan dalam usaha menghapuskan dosa dan melipat gandakan pahala. Insya-Allah dengan izinNya. 

Credit: sini dan sini