Friday, May 21, 2010

Senduk Vs Sudip *-* Seafood Goreng Celup Tepung Serbaguna Buatan Sendiri

Salam ingatan...

Ayoohhh kita masak memasak lagi. Kali nie kolum senduk vs sudip kat SiFi akan berkongsi ilmu bagaimana nak buat tepung goreng serbaguna pulak. Ala, macam tepung serbaguna Kentucky yang dijual dalam kotak tu lah. Senang jer nak buat tepung tuhh sendiri. Korang pun pasti leh wat jugak.

Yang Syana nak goreng hari ni udang dengan sotong. Kalau nak gantikan dengan ketam, ayam atau ikan pun leh jugak. Daging tak pernah pulak Syana cuba. Sebab terasa cam pelik jer kan. Wee

RESEPI SEAFOOD GORENG CELUP TEPUNG


RAMUAN MASAKAN

 1/2 kg udang dan 1/2 kg sotong
2 sudu besar tepung gandum
8 sudu besar tepung beras
1 sudu teh garam
1 sudu teh kunyit
1/2 sudu teh lada sulah
sebiji telur
air secukupnya

PROSEDUR MASAKAN

1. Pertama sekali, macam biasalah siang dan basuh udang serta sotong terlebih dahulu.

basuh kasi bersih yer

waahh, belum masak lagi dah terliur nieyhh!

2. Kemudian, untuk menyediakan tepung serbaguna tuhh, masukkan 2sb tepung gandum ke dalam mangkuk.


3. Lepas tu, masukkan pula 8sb tepung beras. Fungsi tepung beras nie supaya masakan kita jadi ranggup.


4. Seterusnya, masukkan sesudu teh kunyit supaya masakan kuning berseri.


5. Sebagai perasa tambahan, masukkan juga 1/2 sudu teh lada sulah.


6. Lagihh, pecahkan sebiji telur ke dalam campuran tepung tadi.


7. Masukkan juga secubit dua garam. Lepas itu, tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga likat.

8. Bila dah siap tepung tuhh, celupkan udang serta sotong tadi.

9. Akhir sekali, goreng sehingga garing.

TEDDENGGGGGGG.... Siaplah untuk dimakan

Maaflah yer. Syana leh menjamu mata kamoo semua jer. Nak rasa kenalah masak sendiri. @-@ wee

Ikan kembung Ikan selar,
Di dalam laut berlumba-lumba,
Tidak tahu sila belajar,
Sudah tahu sila cuba.

5 comments:

bulatkocik said...

2lar..kasi mlm2 nie perut lapar jer..hehe

nnt nk try buat gak lar..tp nk gnti ngn ketam..my feveret..;)

SyaNa_SaN said...

hye mr rulez,

ketam yer!! try lah. dijamin tak sia2x. wee

AMOI KUSUT said...

nak sikit!!!
laappaaarrr laa..

*jam menunjuk kan pukul 3 lebih pagi.

SyaNa_SaN said...

hye amoi kusut,

datang lah rumah. nanti saya masakkkan. wee

SyaNa_SaN said...
This comment has been removed by the author.