Thursday, July 29, 2010

TIPS SYANA *-* DOA MOHON DISEMBUHKAN DARI PENYAKIT

Salam ingatan...

Sejak Ahad, Syana dilanda demam. Ohh.. Dugaan sunggoh! Banyak tugasan harian yang tertangguh. Tapi nak tak nak, Syana gagahkan jugak diri untuk ke kelas dan menyiapkan assignment2x yang ada. Huhu. Walaupun mungkin kualiti kerjanya sedikit teruk tetapi baik dilakukan dari langsung tidak hantar. =)


Kalau korang perasan lah kan, sekarang nie memang musim orang demam, batuk n selsema! Betul tak?? Kat dalam kelas Syana macam2x bunyi ada tyme lecture.. Suara orang bersin la, suara student terbatuk-batuk n ada jugak bunyi orang keluarkan hingus!! Hahaha.. Cuaca tak menentu. Tu yang semua pun tak sihat.

Jap2x nak tanya.. Korang sihat tak?? Kalau sihat walafiat tu, kasi mantain sihat okeih!! 

Jaga diri. Jaga makan. N jaga waktu tidur. Jangan sampai sakit pulak. OK??

Tapi kalau korang tengah dilanda sakit macam Syana tue, di sini ada sedikit doa untuk korang amalkan. Moga2x doa nie bermanfaat untuk korang. N harapan Syana moga korang cepat sembuh. Insya-Allah.

DOA MAKAN UBAT MOHON DISEMBUHKAN


Dengan nama Allah tuhan yang menyembuhkan. Dengan nama Allah tuhan yang mencukupkan. Dengan nama Allah tuhan yang memaafkan. Dengan nama Allah tuhan yang tidak memudaratkan oleh segala sesuatu, baik di Bumi mahupun di langit dan Dia Maha mendengar dengan Maha mengetahui.

1 comment:

Kay Huliana said...

demam minum madu perah asam limau nipis...
then minum air masak byk2.. nnt ok... ;)