Thursday, April 21, 2011

Celoteh Kehidupan *-* Pertama kali

Salam ingatan...

Sedap pulak tajuk entry ni. Boleh buat tajuk sajak kot. Nantilah lepas exam abes. Akan diusahakan.

Cakap pasal exam.. Yup! Sekarang musim exam tengah membara-bara dekat UiTM seluruh Malaysia. Seluruh kampus UiTM dipenuhi dengan student2x yang amat tekun menelaah buku2x ilmiah. Fuyoo! Tekun lah sangat kan?! 

Syana? Ada lah jugak selak buku sikit2x. Orang kata sikit2x nanti jadi banyak. Haha


Semester nie jadual exam syana buat pertama kali nya sangat mendukacitakan. Semua sekali ada 7 subjek yang syana amek semester ni. Tapi cuma 5 subjek yang ada final exam. Tapi gap antara setiap subjek tu sangatlah dekat. Lagi senang cakap tak der gap kot.

Paper pertama Usul Fiqh pada 27/4 ni. Lambat lagi... alallalaala

Paper kedua Analytical Chemistry pada 6/5. Ada gap 8 hari sebelumnya. 

Paper ketiga Biochemistry.. Ini yang tak nak cakap ni. Tarikhnya pada 7/5. Memang tak der gap dengan paper sebelumnya... Ohhh.. Dah le banyak nak hafal. Memang banyak.. Seyes tak bohong. Tolong!

Paper seterusnya Calculus I. Ada gap sehari selepas paper biochem. Iaitu pada 9/5. 

OK. Nafas makin semput.

Paper terakhir sekali untuk semester nie ialah final paper untuk subjek physic. Pun tak der gap jugak. Paper ni jatuh pada 10/5. Ohhh tuhan! Apalar yang Syana nak tembak nie.

Kesimpulannya, jadual exam untuk pelajar degree fud tech sem 4 uitm tahun ni amatlah menakutkan. Full stop!

Walau bagaimanapun, (ok, dah nak jadi ayat karangan BM), buat pertama kalinya Syana pulang ke rumah pada study week. Bak kata Aril, terbaik wok! Dengan jadual exam yang padat begitu, boleh pulak kan! Hahaha. Tak tahan stress punya pasal. 

Tapi kira ok what. At least Syana menyalurkan stress ke saluran yang betul. Tak gitu?

Ini kiranya Syana baru sampai lah nie dari desa tercinta. Seronok tak agak kowt menghabiskan 5 hari kat umah. Kalau ikut nafsu yang membuak2x ni, 5 hari memang tak cukup. Tapi kerana akal masih sedia waras. Akal berjaya melangkaui nafsu. Akal kata 5 hari sudah cukup bermakna.

Sekarang ni, dengan semangat juang yang baru, marilah kita sama-sama melakar kejayaan biarpun ombak seganas tsunami telah siap sedia mahu menghalang. Usaha, yakin dan tawakal.

p/s: Strategi yang baik penting sebelum berperang! Cuba semak strategi anda. Adakah anda yakin strategi anda akan berkesan?! Ingat study smart... Don't study hard!

2 comments:

mykhalis said...

gud luck la pada sape yg akan exam tak lama lagik..pointer jatuh kena tahan ptptn..heheh

fatanahzakirah said...

biochemistry ohh biochemistry..apelah nasib banyak perlu dibaca oiiii..tak bole tembak plak tuh!!