Saturday, November 10, 2012

Kiki Vs Roka - Si Kucing Kuning

Salam ingatan...

Dulu masa Syana mula-mula pindah rumah baru, ada seekor anak kucing ni memang sentiasa ada kat rumah baru tu. Mungkin dia terlebih dulu duduk situ sebelum saya kot. Syana bagi dia nama KIKI. Syana pun tak tahu macam mana nama tu boleh melekat. Mungkin sebab Kiki pun suka nama dia Kiki kowt. Hehe. ^-^

Kiki ni memang comel n manja. Hobi dia mengiau n buat bunyi kat sliding door. Dah  lebih 3 tahun jugaklah Syana bela si Kiki.. Dari dia kecik n kurus, sampailah Kiki ni jadi besar n gemok.  Tapi sekarang dah setahun Kiki tak balik rumah. Entah dia ada lagi ke tak syana pun tak tahu. Sedey.... Rindu Kiki sangat. 

Dalam tempoh masa syana bela Kiki tu, dah dua kali Kiki beranak. Kali pertama dia beranak, syana tengok ngan mata sendiri. Disebabkan sebelum ni tak pernah bela kucing, maka agak kelam kabutlah kejadian masa tu. Syana masih ingat macam mana Kiki gigit anak dia yang masih berdarah dengan gigi pastu bawak anak dia masuk rumah. Syana ingat dia gigit tikus. Syana pun menjerit sakanlah. Nak roboh rumah. Siap panjat kerusi lagi. Takut n geli sangat masa tu. Tapi bila dah sedar tu anak kucing, barulah Syana boleh berfikir secara waras dan ambil tindakan yang sepatutnya. 

Anak Kiki ni ada 5 ekor semuanya. Sekarang ni cuma ada 2 ekor je yang masih tinggal dekat rumah syana. Lagi tiga dah berhijrah ikut jantan. Hahha. Btw, umiey syana lagi rapat dengan dorang. Mungkin sebab umiey ada kat rumah dengan dorang kowt. Syana pulak tak berani nak rapat sangat dengan 2 beradik ni. Walaupun dorang ni anak Kiki tapi dorang tak berapa comel n bersih macam Kiki. Dorang ni ada kurap siket kat telinga. Dan sebab tu jugaklah dorang ni dilarang keras dari memasuki pintu rumah. Setakat kawasan laman jer boleh.  Tapi saya pegang je dorang. Cuma tak peluk-peluk je.. 

Ok sambung balik pasal Kiki. Baru-baru ni pulak ada sekor kucing tetiba saja muncul dalam kawasan rumah syana. Dari mana dia datang, Syana pun tak pasti. Yang pasti, rupa dia sebijik macam Kiki masa kecik dulu melainkan mata kucing ni lagi shining n ekor dia sangat panjang.

Hari pertama dia datang rumah Syana, kucing ni punyalah meneroka kawasan persekitaran rumah. Dari satu bilik ke satu bilik dia melawat. Dari tingkat bawah sampailah ke tingkat atas. Laman rumah pun habis dia teroka. Sampai hampir nak terjatuh dalam kolam ikan sebab cuba nak tangkap katak. Adegan tu memang lagak ngeri dan kelakar habis. Huhu. Sebabkan itu syana bagi dia nama ROKA. Kucing yang suka meneroka.

Sejak hari pertama Roka datang rumah, Syana dapat rasa satu perasaan yang sangat indah. Dengan gaya comel dia, Roka dapat menambat hati Syana hanya dalam masa beberapa jam. Mungkin itu yang dinamakan takdir. Roka datang di saat Syana merindui Kiki yang hilang sekian lama. Syana percaya Roka memang dihantar ke sini untuk menjadi pengganti Kiki.

Kalau korang kenal Roka mesti korang pun akan terpikat dengan dia. Dia sangat manja. Malah lebih manja dari Kiki. Kalau tak pun, mungkin korang akan rasa macam ni : mula-mula rasa dia comel, pastu rasa menyampah dengan dia. Haha. Sebab ramai orang rasa macam ni. Mungkin sebab dia suka bergesel dengan orang 24 jam kowt. Jadi naik rimas. No komen!

Walaupun Roka jarang sangat mengiau (sehari dalam sekali dua je kot leh dengar dia mengiau), dia akan guna tubuh badan dia untuk tarik perhatian orang. Hobi dia bergesel kat ibu jari kaki. Cumanya kalau ngan umiey, Roka akan gigit ibu jari kaki umiey terutamanya kat dapur. Mungkin sebab umiey tak layan dia masa tengah masak kowt. Hehehe.. 

Lagi satu, dia pantang nampak paha orang free, pasti dia akan panjat. Kalau korang tido atau baring kat ruang tamu pulak, dia akan pergi bergolek kat sebelah sekali. Syana pernah ada pengalaman tidur atas sofa dengan Roka sampai 3 jam. Saat manis. =) Kalau dengan Syana, Roka ni lagilah manja terlebey. Pantang panjat riba, mesti nak kissing. Gedix.. Tapi tetap comel. 






Roka tu yang ekor panjang!

Disebabkan Roka, sekarang ni si Putih n Browny (anak-anak Kiki) dah mula nak mengada sama. Masing-masing nak tunjuk 'aku lebih comey'.. Cessss... Jeles lah tu.. Sebab Roka pendatang, tetiba dapat special treatment. Apapun, thanks Roka sebab datang tanpa diundang. Awak memang pengganti Kiki buat Syana. Sayang Roka dan Kiki. Muahhhhhh... <3

p/s: tak leh lupa Roka cirit atas paha Syana masa nak say gudbye kat dia sebelum balik uitm semula minggu lepas. Salah syana jugak lah sebab biarkan dia berselera minum sisa air dragon fruit yang syana minum petang tu. (*-*) Sory Roka buat awak sakit perut. 

1 comment:

Miss Dragon said...

sya... ipah ni.. follow me.. :)