Saturday, August 22, 2009

puasa


Hari ini merupakan hari pertama umat Islam di seluruh dunia menunaikan tuntutan rukun Islam yg ketiga iaitu berpuasa di bulan ramadhan. Hari pertama pasti semua masih bersemangat menunaikannya. Baik yang muda mahupun yang tua semuanya seronok menyambut ketibaan bulan mulia ini. Excited lah katakan.

Lihat sahajalah di UiTM Shah Alam. Suasana cukup berbeza berbanding hari-hari biasa. Sejak petang kelmarin, ramai pelajar berpusu-pusu pulang ke rumah. Semuanya hanya cuma dengan satu matlamat dan impian. Mahu pulang ke rumah menikmati suasana bersahur dan berbuka di hari pertama bersama keluarga. ramai jugalah yang pulang. Hinggakan suasana di kolej kediaman MELATI nie sunyi sepi. Tidak seperti kebiasaan di malam hujung minggu.

Namun, dalam kesibukan mereka pulang ke rumah. Saya masih di sini. Memerhati sahaja kepulangan mereka dari jauh. Bukannya tidak mahu pulang. Tetapi banyak kekangan yang tidak mengizinkan. Terlalu banyak tugasan yang perlu dibereskan. Mungkin juga faktor masa dan jarak mempengaruhi keputusan ini.

Pagi tadi, tepat jam 5.10, saya dan teman-teman sebilik bangun bersahur. Rezeki sahur saya pada kali ini cuma sekadar sekeping roti coklat pemberian ghah, sebiji kurma pemberian kak ayu dan dua gelas air kosong. Namun saya masih bersyukur. Sekurang-kurangnya saya masih diberi kesempatan untuk menjamah sesuatu pagi tadi.

Walau bagainapun, hati kecil ini masih tetap mahu mengenangkan keluarga yang jauh di kampung halaman. Sudah bersahurkah mereka?? sebak jugalah bila mengenangkan keseronokan bersahur bersama keluarga. Menikmati masakan umi yang memang dijamin SIRIM sedap dan berkualiti. Mendengar celoteh abah yang tak henti-henti di dinihari semata-mata bagi mengelakkan kami adik beradik mengantuk ketika bersahur. Melihat gelagat Nadiah yang tersengguk-sengguk di meja makan. Menonton aksi Syedan yang memang berselera setiap kali makan biarpun pada waktu sahur. dan akhir sekali menonton tv bersama Rais sebaik sahaja selepas bersahur. waaahhh.. bestnye jika saat ini saya berada di rumah..

Paling best jika saat ini dapat tidur di bilik sendiri.. sungguh selesa dan bahagia. suasana ceria berlatar belakangkan warna pink di kamar milik saya ini bisa membuatkan saya begitu lena diulit mimpi yang indah.. umi.... nak balik...

Sebenarnya, kamar tidur ini baru saja diubah perabotnya waktu cuti H1N1 baru-baru nie. Daripada rekaan katil jati sejak saya mula-mula berpindah masuk ke sana kepada rekaan perabot kayu biasa.. yang paling penting kali ini perabotnya dipenuhi dengan warna pink. dari katil ke almari dan juga meja solek.. serba serbi pink. dari dulu lagi, saya memang mahu konsep yang ceria untuk bilik. tapi abah bertegas jugak untuk membelikan katil jati tue. Katanya, kualiti bagus. boleh dipakai sampai beranak cucu. walaupun katil tue rekaan kepalanya feminin tapi saya tak suka colournya. coklat. macam warna umi.. hehehe..

Jadi kebetulan umi mahu mencari lagi sebuah katil untuk diletakkan di bilik bawah. kononya syedan yang mahu menghuni bilik bawah tue. takut nak tido atas. penakut betul la budak yang sorang tue. jadi, umi mencadangkan agar katil jati di bilik saya tue di bawa ke bilik bawah. manakala untuk bilik saya pula diganti dengan perabot lain. of coz saya setuju.. sape xnak kan. walaupun dis time perabotnya lebih murah saya xkisah asalkan bahgia. jadi ini la hasilnya.



Tapi.. entah macam mane.. sesuatu yang xdisangka berlaku.. kepala katil yang lama terjatuh kat atas tangan abah.. aww.. sakitnya.. banyak ari gak arr jari abah sakit.. xleh gerak.. maklumlah.. kayu jati kan keras.. memang la sakit. papepun, nasib baik xpatah.. abah.. sory sesangat...harap2 tangan abah dah ok skang.. huhhu.. maaf abah..

lastly, saya memang sangat2 xsabar utk menantikan 16hb sepetember.. hari nak balik ke rumah.. masa.. cepatla bergerak..

No comments: