Saturday, December 12, 2009

keraNa SeHElai KeRTas

Petang semalam, syana mencari2 geran scooter.... lupa letak mana... sbnrnya bukan kat mana2 pown.. ada jer kat dlm file tue.. tp bila dh pg kat almari d penjuru bilek tue,,, terasa cm lama btul xtgk aper yg ader kat situ.... dh 6 bulan dah klu xsalah.... syana pown mulakan operasi mengorek harta karun.. mcm2 jumpa... surat mentee zmn sekolah dulu, gambar lipid songo, resit2 lama, buku koop MRSM LANGKAWI, n mcm2 g arr... 

dlm pencarian itu, tiba2 ada sesuatu yg menarik perhatian syana.... sehelai kertas dgn 2 muka surat bercetak bertulisan biru... kedengaran xmenarik kan???? bila belek2 kertas tue baru syana perasan yg tue adalah antr kertas2 yg syana dpt masa MMS (MINGGU MESRA SISWA) UiTM dua tahun setengah yg lalu... kertas nie adalah bbrp renungan oleh Biro Kerohanian MMS Julai 07... 

ada 2 perkara yg begitu menarik perhatian syana tentang kertas nie... 


Pertama, tentang cerita sebatang pokok epal....

Suatu masa dulu, ada sebatang pokok epal yg amat besar. Seorang kanak2 lelaki begitu suka bermain di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan sepuas-puas hatinya dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga amat menyukai budak lelaki tersebut.

Masa Berlalu...

Budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi emnghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-main di sekitarku", ajak pokok epal tersebut. "Aku bukan lagi kanak-kanak. Aku tidak mahu bermain dengan engkau", jawab budak remaja itu. "Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya", tambah remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, engkau dapat membeli permainan yang diinginkan olehmu." Budak remaja itu dengan gembiranya memetik kesemua epal pada pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal berasa sedih.
Masa Berlalu...

Suatu hari, bdak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu sungguh gembira. "Marilah bermain-main di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku sudah tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk emndapatkan wang. Aku ingin membina rumah untuk keluargaku sebagai tempat perlindungan. "Bolehkah kau menolongku??", tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tiada rumah. Tetapi engkau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya," pokok epal itu memberikan cadangan. lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan yang ada pada pokok itu.dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itupun tumpang gembira sekali tetapi kemudiannya berasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi.

Masa Berlalu...

Suatu hari yang panas, datang seorang lelaki menemui pokok epal tersebut. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa. "Marilah bermain-main denganku", ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk berlayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?", tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira", cadang pokok epal itu. Lelaki itu berasa amat gembira sekali dan menebang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang telah dimamah usia datang menemui pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain-main di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku, aku tidak ada apa-apa lagi yang hendak diberikan kepada engkau. Aku telah memberikan buahku untuk dijual, dahan untuk dibuat rumah dan batangku untuk dijadikan bot. Aku hanya tinggal tunggul dan akar yang hampir mati....", kata pokok epal itu dengan nada pilu. "Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada gigi. Aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah terlalu tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berdaya untuk berlayar lagi. Aku berasa penat dan ingin berehat", jawab lelaki tua itu. "Jika begitu, berehatlah di perduku", cadang pokok epal itu. Lalu, lelaki itupun duduk berehat di pedu pokok epal itu. Mereka berdua menangis kegembiraan. 


Sebenarnya, pokok epal yg dimaksudkan trsebut adalah ibubapa kita. Tatkala kita masih kanak-kanak, kita sering bermain bersama mereka. Apabila kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan kehidupan. Kita tinggalkan mereka dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita berada dalam kesusahan. Namun, mereka tetap membantu kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam kehidupan. Kamu semua mungkin terfikir bahawa lelaki itu kejam. Tetapi fikirkanlah, itulah hakikatnya bagaimana anak-anak masa kini melayan ibubapa mereka. Hargailah jasa ibubapa kita.....

Benda kedua yang syana terpikat tentang helaian kertas ini adalah pada muka surat keduanya...
ada satu potongan ayat di situ... renungilah yer!!!

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu & boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"
Surah Al-Baqarah :216

No comments: