Thursday, December 17, 2009

SAMBUTAN MUHARAM

FIRST, selamat menyambut bulan muharam.... ia menandakan satu lagi tahun baru wat umat Islam.. trima kasih ya Allah kerana masih mengizinkan syana bernafas bg menjalani kehidupan di tahun baru ini... benar2 bersyukur...
tapi, sejauh manakah kita mengetahui istilah muharam??? check dis out!!


MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.



setiap kali 1 muharam,  umat Islam seharusnya membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun...


doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah... manakala, doa awal tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.  


Di sini, teringin pulak syana nk berkongsi doa awal tahun dgn anda2 smua yg menganut agama Islam... kepd yg terlupa atau pun xingat nk baca doa nie lagi, anda masih boleh melakukan sekarang. moga2 doa anda masih diterima....

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. 
Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...
<<<>>>

No comments: