Thursday, April 22, 2010

ShoutOut *-* Layout baru..Gaya penulisan baru.. Segalanya Baru tentang SiFi

Salam ingatan..
Kepada yang selalu menjenguk ke sini mesti perasaan tentang layout baru SiFi kan. Amacam?? Comel tak?? ker menyerlah sangat??? Tapi Syana kan memang begitoo.. Suka benda yang berblink2x nieyh.. Jadi kalau sakit mata tuhh tahan jer lah ok!!

Buat mereka yang baru nak berjinak-jinak ke sini atau mungkin ini lawatan kali pertama anda, Syana ucapkan Selamat Datang n Hye... I'm Syana =) Glad to have u on board! Wihaaa

Ok... Kali ini SiFi bukan sahaja dah ada layout baru tapi jugak ada sedikit perubahan besar. 

Buat pertama kalinya, Syana nak introduce kat semua yang SiFi bakal mempunyai kolum2xnya yang tersendiri. Tak Faham?? Ayoyoo..

Meh sini rapat2x nak terang. Begini, setiap entry di SiFi selepas ini akan dibahagikan kepada beberapa kolum (bukan kolam mandi lah tapi Kolum. Ala.. Lebih kuang cam bahagian2x lah). Cam kat dalam magazine tuhh. 

Ok. Mari kita lihat secara overview kesemua kolum2x tersebut :-

Celoteh Kehidupan *-*
Tips Syana *-*
Self Motivation *-*
Bicara Tentang Cinta *-*
Belajar Bahasa Kelantan Secara Percuma *-*
Senduk Vs Sudip *-*
Music & Entertainment *-*
Ukiran Ilham *-*
ShoutOut *-*


Buat masa ini hanya ada 9 kolum sahaja yang diperkenalkan untuk SiFi. Namun kolum-kolum ini mungkin bakal bertambah dari masa ke semasa. Jom kita go through kolum2x nie satu persatu.

1) Celoteh Kehidupan *-*
Kolum ini akan menempatkan segala apa yang berkisar tentang kehidupan. Tak kiralah sama ada yang berkaitan dengan kehidupan Syana ataupun kehidupan manusia-manusia di sekeliling kita. Pengalaman hidup, diari kehidupan dan segala apa memori2x indah dan suram akan bakal jua diletakkan di bawah kolum ini.

2) Tips Syana *-*
Dekat kolum ini pulak akan ditempatkan segala macam tips2x berguna yang boleh dijadikan rujukan dan ikutan para pengunjung SiFi. Antara tips yang bakal menjadi tatapan semua adalah tips berkaitan dengan alam remaja, alam dewasa dan alam rumah tangga.. Wahh.. budak kechik nak bercakap pasal alam perkahwinan ni. Kita tunggu dan lihat jer lah ok!! Tips study n enjoy pown akan berada di pasaran tak lama lagi!! Haha.

3) Self Motivation *-*
Motivasi Diri. Syana rasa kolum ini perlu untuk para pengunjung SiFi. Sebagai makanan jiwa untuk mantapkan apa yang kurang mantap. Mungkin di sini Syana boleh letakkan mutiara-mutiara kata untuk kita renungkan bersama.  Juga bercerita tentang beberapa tokoh yang boleh dijadikan idola.

4) Bicara Tentang Cinta *-*
Isu yang paling semua orang suka.. Dari dulu sampai sekarang. Apsal senyum2x. Ish..ish..ish

5) Belajar Bahasa Kelantan Secara Percuma *-*
Kolum nie bunyi cam best kan??!! Ramai sangat kawan2x kat sekolah n kolej yg jadikan Syana sebagai kamus bahasa kelantan bergerak. Jadi dari situ syana terfikir yang kolum ini memang patut diwujudkan. Untuk kamoo-kamoo di luar sana yang ada admire gadis2x atau teruna2x dr negeri cik siti wan kembang maka kolum ini memang wajar untuk kamoo ikuti. Buat masa ini, Syana dah tetapkan untuk keluarkan 1 sesi pembelajaran bahasa kelantan dalam seminggu. Satu sesi akan ada 5 perkataan. Jadi sebulan anda akan belajar 20 perkataan. Banyak tue!!

6) Senduk Vs Sudip *-*
Namapun senduk Vs sudip. Jadi Syana agak mesti korang boleh teka kan apa yang bakal dikupas di bawah kolum ini. Resepi gadis2x bujang, resepi save budget and segala macam resepi bakal disiarkan di SiFi. Waahh.. Syana memasak. Conperm sedap =) Lagi kat sini jugak akan dikongsi bersama beberapa petua-petua masakan dengan para pengunjung. Teruja tak??

7) Music & Entertainment *-*
Macam remaja2x yang laen, muzik adalah jiwa Syana. Kalau ada lagu2x baru yang best Syana akan paparkan di dalam kolum ini. Lagu Melayu and Inggeris, dua-dua sekali lah yer. Selain itu, di sini juga akan dimuatkan dengan review drama n filem yang syana tonton. Kat kolej kan Syana digelar Hantu Movie. Malam2x orang tido, saya mengadap laptop sambil emo lap2x air mata. Hahha. Lagi akan menyusul juga komen n pendapat tentang novel2x dan buku2x yang saya baca.

8) Ukiran Ilham *-*
Ini kolum yang kedua terakhir buat masa sekarang. Ukiran Ilham *-* akan menyumbat segala idea-idea kreatif nukilan Syana atau mereka2x yang lain. Sajak, pantun, teka-teki n lain2x ilham kreatif akan turut menyusul. Dulu zaman sekolah, saya memang suka menulis benda2x kreatif nieyh. Sampaikan dalam exam pun tulis sajak. Tapi dah lama tak mencipta puisi lagi. Mungkin kolum ini bakal memberikan ruang kembali kepada Syana untuk berkarya. Wahh..

9) ShoutOut *-*
Ok guyz.. Kolum terakhir ni. Untuk kolum ShoutOut, Syana akan selitkan sebarang pengumuman tentang SiFi. Tentang pembaharuan atau apa sahaja perkara penting yang perlu pengunjung-pengunjung SiFi sekalian tahu. Jadi sila updatekan diri anda ok!!

Gimana?? Kesembilan-kesembilan kolum telah diperkenalkan nie. Teruja tak?? Syana lagi teruja!! Waahh.. Terlebih Sudah!! Ok lah. Teruskan mengunjung ke SiFi yer. Daa

No comments: