Saturday, April 24, 2010

Senduk Vs Sudip *-* Jangan asyek nak guna Perencah Tomyam ADABI jer!!

Salam ingatan...

Ini entry SiFi under kolum Senduk Vs Sudip *-* yang pertama. Jadi hari ini Syana hanya mahu berkongsi Resepi Tomyam Campur kaw2x.

Helloooo..... Apa gelak2x??!! Ingat semua orang reti ker nak masak tomyam ha?? Alah.. Kalu reti tapi setakat guna perencah tomyam Adabi (atau jenama2x laen) baik tak payah. Ya. Memang Betul! At least korang retilah jugakkan dari mereka yang tak reti langsung.


Tapi.. Cuba korang fikirkan erk?! Skill memasak tomyam guna perencah tuhh tak leh nak dibanggakan pun terutamanya di hadapan bakal mentua korang. Silap2x hari bulan, terus kena reject ngan bakal mentua gara2x dicop 'gadis pemalas'. OPS!! Ada yang terasa ker?? Ataupun ada yang dah pernah terkena??

Pisang mungkin boleh berbuah dua kali. Tapi semuanya bergantung kepada diri kamu semua sendiri. Kalau rasa nak berubah, jom try resepi tomyam campur Syana kali ni..

RESEPI TOMYAM CAMPUR 
(6 orang makan)


RAMUAN MASAKAN
2 biji Cili Merah
5 biji Bawang Putih
5 biji Bawang Merah
1-2cm Halia
3 gelas besar Air
5 batang Serai
Tiga sudu besar Garam
White Pepper
5 keping Daun Limau Purut
2 biji Limau Nipis
 2 biji Tomato
1/2 batang Carrot
Ayam, Sotong dan Udang
Kubis Bunga
Kubis

PROSEDUR MASAKAN
1. Blender cili merah bersama secubit garam.
2. Tumis bawang putih, halia dan bawang merah yang sudah siap dicincang.
3. Kemudian, masukkan cili merah yang sudah siap diblender tadi ke dalam periuk.
4. Masukkan 3 gelas besar air dan serai (yang telah dibelah dua dan diketuk).
5. Sebagai perasa, masukkan sebiji tomato yang telah dipotong dadu.
6. Selepas itu, masukkan isi ayam. Beberapa ketika kemudian, masukkan pula carrot dan kubis bunga.
7. Ini diikuti pula dengan udang, sotong dan kubis.
8. Paling penting, jangan lupa untuk masukkan daun limau purut. Kalau tidak bukan tomyam namanya.
9. Sebagai perasa tambahan, letakkan pula garam (lebih kurang 3 sudu besar) dan white pepper (mengikutcitarasa masing2x)
10. Tutup api. Dan perahkan asam limau nipis.
11. Yummy. Dah siap. Bolehlah juga dihidangkan bersama cili api, bawang goreng dan daun bawang.

Mudahkan. Jadi...apa yang ditunggu lagi??!! Ucapkan selamat tinggal kepada perencah tomyam. Jadi gadis melayu sejati dan SELAMAT MENCUBA!!

No comments: