Tuesday, April 27, 2010

Celoteh Kehidupan *-* Tolong ingatkan saya tonton Jangan Tidur Lagi malam esok.

Salam ingatan...



Pasti ramai yang sudah tahu dengan kematian Achik Spin pada 17hb April yang lepas bukan???

Terkejut benar syana masa mendengar khabar kematian arwah di buletin utama malam tersebut. Arwah meninggal akibat nahas jalan raya di antara Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) semasa dalam perjalanan pulang ke rumah keluarganya di Negeri Sembilan. Selaku peminat rasa macam tak percaya pun ada. Apa pun takziah buat keluarga Achik terutamanya isteri arwah. Moga tabah menghadapi pemergian suami tersayang.

Waktu muda remaja suatu ketika dulu (rasa macam skarang ni dah tua benar ajer!!) lagu-lagu kumpulan Spin memang menjadi siulan ramai. Populariti achik terus melonjak naik selepas itu apabila muncul berduet bersama Nana (Siti Nordiana) pula. Lagu-lagu romantis nyanyian pasangan  itu mendapat perhatian dari banyak pihak baik media mahupun peminat. Tidak berlebihan jika Syana katakan mereka adalah pasangan duet yang paling ideal ketika itu.

 Antara bait-bait lagu duet mereka yang masih mekar di ingatan Syana adalah...
 "Tiada ku sangka
Bola-bola api
Yang sedulunya kecil dah menjadi besar
Begitulah jua
Harapan padamu 
Yang sedulunya kecil dah menjadi besar"



Jadi sebagai ingatan terakhir, syana teringin sangat mahu tonton talkshow Jangan Tidur Lagi di TV3 malam esok. Untuk siaran minggu ini program bual bicara tersebut  menampilkan arwah achik sebagai tetamu undangan. Rakaman program ini merupakan antara detik-detik terakhir arwah bernafas di Bumi ciptaan Tuhan.

Ohh..ya. Kalau mahu tonton jugak buka saluran TV3 malam esok jam 11.00 malam. Andai saya terlupa ingatkan saya yer!! =) Mekasih

No comments: