Wednesday, July 6, 2011

Celoteh Kehidupan*-* Apa yang korang suka tentang Ramadhan?

Salam ingatan...

Hari ini dah masuk 4 Sya'aban 1432H. Tak lama dah nak puasa. Kalau ikut kalendar Islam, 1 Ramadhan tahun ni akan jatuh pada 1 August 2011. Waahh.. Cepatnya masa berlalu kan.. Rasa baru je salam-salam mintak maaf tyme raya.

Kebanyakan orang suka bulan Ramadhan. Memang bulan yang ditunggu-tunggulah oleh masyarakat Islam. Kalau yang tak suka tu mesti korang ni jenis yang liat nak puasa. =p

Jadi apa yang best tentang Ramadhan ni? Jom usha.

1) BAZAR RAMADHAN

Yang paling disukai ramai semestinya bazar ramadhan. Jangan kata orang Melayu yang beragama Islam, bangsa-bangsa lain pun turut berpusu-pusu datang ke pasar ramadhan. Dari pukul 4 petang hinggalah azan maghrib berkumandang, penuh betul orang kat sana. Selalunya kalau kat Malaysia ni, setiap daerah pasti ada sekurang-kurangnya satu bazar tapi yang selalunya lebih dari satu lar. Terutamanya kat bandar2x besar.

Suasana bazar ramadhan
(kredit: yahoo image)

Foohhh.. Kalau korang mengidam makanan yang pelik-pelik, pergi aja ke sana. Bermacam makanan dan minuman ada. Hinggakan ada sesetengah tu korang hanya boleh jumpa tyme bulan Ramadhan je. Siapa biasa pergi bazar ramadhan, dia tahulah kan. Sememangnya Malaysia syurga makanan.

Kalau Syana, makanan dan minuman yang selalu menjadi pilihan tyme bulan puasa kat bazar ramadhan semestinya ayam golek madu, ikan bakar, rojak singapore, kuih onde-onde panas dan banyak lagi lar. Yang paling best apam balik nipis special kat bazar ramadhan seksyen 2 shah alam. Dalam apam balik tue dia letak pisang, kismis, kurma, kacang n macam2x lagi. Memang terbaik!

2) SALE! SALE! & SALE!

(kredit: yahoo image search)
 
Bila bulan ramadhan je, semua kedai buat SALE sempena hari raya. Kadang-kadang sebulan sebelum puasa lagi, SALE dah banyak. Cumanya tyme Ramadhan SALE nya lagi melambak-lambak. Dari kedai tepi jalan, shopping complex hinggalah butik-butik, semuanya menawarkan promosi. Kalau dari segi harga sebenarnya tak ada lah begitu murah. Tapi bila dah dilambakkan dengan jutaan pilihan fabrik, design dan warna, pastinya hati tetap akan tergoda untuk membeli. Semuanya kerana nak melaram masa hari lebaran. Selalunya orang perempuanlah yang paling sibuk membeli tyme bulan Ramadhan nie. Hahah.Yang best untuk shopping raya kalau area Lembah Klang semestinya kat Kompleks PKNS Shah Alam dan Jalan TAR. (*-*)

3) RANCANGAN TV YANG MENARIK

Betul! Kalau tak caya, tyme puasa nanti cuba korang check intisari rancangan. Banyak sajian rancangan yang best menanti korang taw. Dari program bual bicara hinggalah drama bersiri, semuanya best2x belaka. Huhu. Tak kiralah RTM , TV3 , TV9 ataupun ASTRO, semuanya bagaikan berlumba-lumba menyediakan yang terbaik untuk kita selaku penonton. Kalau dulu-dulu, rancangan yang Syana suka waktu Ramadhan antaranya ialah QALESYA kat Astro Oasis dan RAFIQ kat TV3. Weee..

4) SOLAH JEMAAH KAT MASJID

Sebak bila mengenangkan ini. Tak dinafikan lagi, bulan puasa mampu menarik ratusan penduduk untuk mengimarahkan masjid setempat. Kalau di bulan-bulan lain masjid sepi kerana kurang berpenghuni. Tetapi bila Ramadhan tiba, dari subuh hingga ke malam, ramai umat Islam mendatangi masjid. Tak kiralah untuk solat waktu ataupun solat tarawikh. Jika punya waktu, baiklah kiranya kita bersolat jemaah di masjid-masjid berhampiran. Selain dapat mendekatkan diri kepada Allah, kita juga mampu menguatkan ikatan antara Ummah. Lupakan perbezaan ideologi politik, bersatu hatilah. Kerana tidak kira apapun fahaman politik kita, kita tetap sama di sisiNya. Hanya amal dan tingkah laku yang membezakan kita.

Jadi, jika kita tidak punya masa, carilah masa itu. Insya-Allah pasti ada. Jika tidak mampu lakukan di masjid, lakukan solat tarawikh di rumah juga baik. Berjemaahlah bersama rakan-rakan mahupun keluarga. Jika tiada yang mahu, bersolat tarawikh sendirian juga besar pahalanya. Mari pakat memperbanyakkan solat sunat dan bacaan Al-Quran di bulan puasa ini. Moga-moga niat kita menjadi asas untuk Allah mempermudahkan kita melakukannya nanti. Amin.

No comments: