Thursday, July 7, 2011

Kisah Aku & Ramlee Awang Murshid

Salam ingatan..

Ramlee Awang Murshid. Nama yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan novel. Majoriti karya hasil tulisan Ramlee mendapat sambutan yang hebat. Bukan kerana beliau adalah Ramlee Awang Murshid maka novelnya laku bak goreng pisang panas tika hujan. Tetapi  novel-novel itu laku kerana ianya adalah hasil buah tangan Ramlee Awang Murshid yang pasti padat dengan nilai serta tak terjangkau dek akal. Bukan AF jer pandai kasi penonton kejutan tau!

Syana kenal penulisan Ramlee ni dah lama. Sejak zaman menengah rendah lagi. Waktu tu berat badan tak cecah 40kg pun. Haha. Saja nak sedapkan hati yang Syana pernah kurus dulu.  =p

Novel pertama karangan Ramlee yang Syana beli adalah Tombirou. Kemudian satu persatu sekuelnya Syana baca. Kisahnya pasal manusia pelik yang hidup dalam hutan. Memang pelik tapi tak mustahil.

Lepas tu, asal ada jer karya Ramlee kat kedai, Syana akan beli satu persatu. Cuma waktu form 4 dulu, Syana berhenti baca novel sebentar. Jadi ada jugak lah satu dua novel Ramlee yang Syana tak baca lagi.

Tyme penghujung form 5 pulak, dunia novel menghantui Syana balik. Orang sibuk ber-SPM, Syana sibuk bernovel. Hahah. Masa tu la Syana baca novel Ramlee yang bertajuk 'Bagaikan Puteri'. Terkedu kowt baca kisah Laksamana Sunan. Watak utama dalam novel tu jadi igauan. No wonder lah kalau kisah tu hits hingga sekarang ni dah ada 5 sekuel.

1) Bagaikan Puteri

(Awan..Kalau dapat kucapai maka saktilah hamba)

2) Cinta Sang Ratu

(Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN. Pabila rindu terusik, RasulNya menjadi pilihan)

3) Hijab Sang Pencinta

 (Dendam itu bara, marah itu api)

4) Cinta Sufi

(Sekali ku rebah, sejuta kali kubangkit)

5) Sutera Bidadari
(PALING BARU)

 (Taglinenya, korang cari sendiri ok!)

Waahh.. awesome kan! Syana rasalah lah kan kalau diwujudkan fans club utk laksamana sunan ni conperm jumlah fans dia akan melebihi fans Adam dalam drama bersiri Nur Kasih.

Dan kenapa Syana menulis entry ni?
Sebabnya kerana Syana belum beli Sutera Bidadari. Bila baca kat satu blog ni pasal Sutera Bidadari yang sangat best, terasa macam sekarang jugak nak terbang pergi bookstore.

Ok lah. jom kita sesama pergi bookstore jom. Seperti kata seorang rakan, jangan fikir ini novel cinta. Kerana tak kira sama ada anda gender A,B atau keduanya, novel sekuel ini khusus untuk anda.

No comments: