Salam ingatan...
Adib: "Ayah kenapa adib kena berkhatan? Kalau tak berkhatan tak boleh ker? Adib takut la yah."
(Ayat standard budak lelaki bila tahu yang Si Ayah aturkan proses berkhatan untuk mereka)
Ayah: "Lar.. Adib nak takut apa? Berkhatan tu kan normal bagi anak lelaki macam Adib nie. Ayah dulu masa sebaya dengan Adib pun kena berkhatan jugak.
Adib: Tapi... Kenapa anak lelaki jer kena berkhatan ayah? Tak acilah macam ni. Kak Long tu tak da pulak kena potong. Adib ada baca tau ayah, orang perempuan pun kena khatan jugak.
Ayah: Siapa pulak bagitahu Adib yang Kak Long belum khatan? Kak long dah selamat dah berkhatan Adib oiii. Cumanya kalau orang perempuan nie dorang berkhatan masa bayi.
Adib: Ayah... Kenapa Islam suruh umatnya berkhatan?
Ayah: Islam tu cukup sempurna Adib. Dia wajibkan umatnya berkhatan sebab berkhatan tue ada banyak kebaikan.
Gambar adik Syana, Syedan yang berkhatan baru-baru ni. 12.12.2010
Adib: Kebaikan?? Kebaikan apa? Sakit tau ayah. Berkhatan tu ibarat mendera kanak-kanak saje.
Ayah: Ish.. Ada pulak cakap macam tu.. Tak baik tau. Kita sebagai orang Islam yang baik tak boleh mempertikaikan hukum hakam agama. Ok. Apa kata kita pergi tanya pak cik Google. Dia pasti bagi Adib jawapan.
___________________________________________________________________________
KELEBIHAN BERKHATAN
Ayah: Jadi macam mana Adib??
Adib: Ohh.. Sekarang baru Adib faham. Islam suruh Adib berkhatan sebab..
1) Kalau tak buang lebihan hujung zakar maka Adib akan sentiasa kotor. Lebihan hujung zakar tu bersifat menakung kotoran saki baki air kencing. Maka wudhuk dan ibadat Adib pun tak kan diterima.
2) Lagi kan ayah.. Jika kita tak berkhatan, kuman pun akan mudah membiak. Lagipun berkhatan ini boleh kurangkan risiko jangkitan kuman pada salur air kencing.
3) Selain itu, tadi Adib ada baca yang berkhatan jugak adalah kaedah pencegahan kuman HIV dan kanser zakar serta kanser prostat.
Ayah: Pandai anak ayah. Jadi macam mana?? Takut lagi tak?
Adib: Takut memang lah takut ayah. Tapi kalau semua lelaki lain boleh buat, Adib pun pasti boleh!
______________________________________________________________________________
ADAT BERKHATAN ZAMAN DULU KALA
Ayah: Macam tu la anak lelaki. Berani kerana benar. Adib nak tahu tak. Adib bertuah tau sebab zaman sekarang ni orang tak pakai khidmat Tok Mudim lagi.
Adib: Oo. Adib tahu siapa Tok Mudim tue. Lelaki tua yang bermisai lebat ala-ala Sarjan Misai tue kan ayah. Yang muka masam mencuka jer memanjang. Adib tahu. Adib tahu. Dulu Tok Mudim ker khatankan ayah? Fuyoo. Seram tu. Cerita la ayah.
Ayah: Ayah dulu sebelum khatan, pagi-pagi lagi kena mandi puas-puas kat dalam sungai. Sejuk Adib air sungai pagi-pagi macam tu. Lepas tue, Ayah kena siram dengan air jampi Tok Mudim kat atas tangga.
Adib: Lepas tue ayah?
(Adib dengan penuh teruja tak sabar mendengarnya.)
Ayah: Lepas tue Tok Mudim mintak ayah berkangkang kat atas batang pisang. Kemudian, dengan pantas Tok Mudim tu terus khatankan ayah pakai pisau. Yang part paling best sekali, lepas dah kena cantas, Tok Mudim tue ambil pulak seekor ayam jantan dan suakan kepalanya pada tempat yang kena cantas tu.
Adib: Haaa.. Ayam jantan?? Kenapa pulak?
Ayah: Entah la Adib. Itu adat dan kepercayaan orang dulu-dulu. Mereka percaya kalau tengkuk ayam tu kembang bila diacu-acukan maka lelaki itu garang dan akan berbini banyak. Tapi sekarang orang dah tak buat macam ini lagi. Khurafat ini semua Adib. Boleh pesongkan Akidah.
Adib: Habis tue apa pasal orang kampung biar jer Tok Mudim wat macam tu?
Ayah: Sebab.. Orang dulu mana pergi sekolah Adib. Jadi mereka tak salah sebab mereka tak tahu. Tapi kita sebagai orang yang pergi ke sekolah ni tak bolehlah amalkan lagi adat-adat yang bertentang dengan agama ni. Sebab kita tahu. Berdosa kalau kita buat jugak.
Adib: Ooooo.. (Melopong mulut Adib. Biawak hidup pun muat nak masuk)
Ayah: Jadi.. Adib tak payah la takur lagi ye. Doktor sekarang nie tak pakai dah teknik kuno Tok Mudim tue. Kementerian Kesihatan Malaysia sekarang ni syorkan teknik dorsal slit untuk berkhatan. Sebab ianya mudah dan selamat. Jadi Adib tak perlulah risau.
Adib: Ya ayah. Adib tak takut dah. Lagipun kalau Adib berkhatan Adib boleh kawen dengan anak perempuan pakcik jiran sebelah kan ayah??? @ Toing-toing @
p/s: lama betul kan saya menghilang!! Jangan marah yer semua.. =)