Showing posts with label ShoutOut *-*. Show all posts
Showing posts with label ShoutOut *-*. Show all posts

Wednesday, March 30, 2011

ShoutOut *-* Jom makan free kat FPD 11

Salam ingatan...

FPD aka Food Product Development Competition datang lagi. Untuk student Fakulti Sains Gunaan UiTM, acara ini tidak asing lagi. Kerana saban tahun program yang superb menarik ini menjadi tumpuan ramai. Makan free.. Sapa tak nak oi!!

Tahun ini, FPD 2011 akan diadakan di ruang foyer Menara SAAS UiTM bermula dari jam 9 pagi. Product tasting akan bermula around pukul 10. Jadi sesapa yang free esok n suka try makanan baru n suka makan, anda dijemput hadir. 

Peserta2x pertandingan adalah part 6 degree in food science n technology. Buat pengetahuan korang, ada 12 produk baru yang akan bertanding esok.


Semua produk2x nie macam menarik n sedap. Tapi sedap tak sedap, kita try rasa esok! Wee

Antara produk yang bertanding esok:-



p/s: teringat pulak debaran masa syana sertai FPD 09

Monday, January 10, 2011

ShoutOut *-* Facebook Akan Ditutup Hanya Berita Palsu

Salam ingatan...

Hhahahaha.. Betulkan sangkaan Syana! Tak mungkinlah facebook akan dihapuskan seperti yang disebarkan tue. Sebab kalau kok yer pun nak tutup terus takkanlah tetiba jer cam tuh. Tak logik! Tak logik!

Sapa nak tahu tentang berita benar.. TEKAN LINK nie


Jadi pada kawan2x serumah yang cuak semacam jer lepas baca berita palsu tue harap dapat tarik nafas lega yer! Tak yah nak risau lagi dah. Teruskan mengguna facebook secara aman. Peace no war!

Thursday, December 23, 2010

ShoutOut *-* Pertaruh Gambar Dalam Peace Contest

Salam ingatan..

CONTEST PEACE.. Saya sedang berPEACE!!


Jom Kita Check.. Adakah saya memenuhi syarat2x kelayakan contest?!

Yeah.. Sudah sis!!

2) Mesti ada blog n berwarganegara MALAYSIA
Yeah... Saya Rakyat 1 Malaysia.. Malaysia Boleh!!

3) Letak banner contest kat sidebar blog n entry
BEREH!!

4) Tagged 3 blogger lain..
* Neddy
* Fatanah Zakirah
* Suna

JADI..

HERE I AM..


AMACAM??

SKEMBAT TAK??

AGAK2x BLEH MENANG TAK UNTUK KATEGORI PEACE PALING SKEMA??

Eh.. Ada ker Kategori tuhh??

Actually, Nie pic konvo ari tuhh. Ehh.. Bila masa plak syana konvo?? Ada! Korang jer yg tak taw! 1hbDEC2010. Itu tarikhnya. Tapi konvo DIPLOMA jer. Wat per nak kepoh. Nanti tyme degree punya konvo leh lah gtaw semua orang. Tue pun malu nk cakap kat orang.. Yerla. Bukan syana sorang tyme tue ada degree. Orang lain PHD pun dah ada..Senget!

Buat pengetahuan saudari pengelola contest (EZAN IDMA)

Gambar nie ada memori yg tersendiri. Tyme nieyh me n my cazen curi2x amek gambar kat studio. Banyak keping jugak la menyempat sebelum kena marah sama akak2x studio yg sengal tuhh! huuhh. Menyampah taw. Yg dorang biarkan syana tunggu kat dlm studio tuhh lama2x sapa suh. =p Tapi part yg kena marah tuhh memang best lahh.. Tetiba jer terpancul ayat nie dari mulut.

"Ooo.. Tak boleh erk?? Nape akak tak wat notis kat sini.. Itu lar.. Lain kali akak kena wat notis. Barulah tak rugi. So, camner? Kna delete ke gambar2x yang kami amek tadi?"

Poyo tak ayat Syana. Hahah.. Gedix pun yer. Yang sebenarnya, 4 ayat yang pertama tuhh jer yang sempat terpancul dari mulut. Yang lelain tue sebut dalam hati jer.

K lah.. Sampai situ jer.. Harap2x kalau tak dapat menang mana2x kategori, dapat sengitkan persaingan pun jadilah yer..

Lastly.. Thankz to Adik Jan yg tag akak Syanana yer.. Waah. Akak taw!! Geli ewww..

Tuesday, August 17, 2010

Shout Out: DAPATKAN MAJALAH POTENSI SECARA PERCUMA!

Majalah POTENSI merupakan sebuah majalah yang mencungkil bakat-bakat potensi dalam segala bidang, dan bukan hanya dalam bidang perniagaan walaupun kebanyakan kandungan adalah lebih menumpukan kepada bidang keusahawanan dan peluang perniagaan.

Sejarah penubuhan majalah ini bermula sekitar tahun 2007/2008 lagi, dan ianya diasaskan oleh Puan Salnor bersama Editor En.Jafari yang juga suaminya. Mereka memulakannya tanpa modal yang mencukupi seperti mana penerbit-penerbit majalah lain, namun berkat usaha mereka, kini akhirnya majalah POTENSI bakal mencecah usia 4 tahun. (rujukan pautan ini)

Majalah POTENSI dirasmikan oleh Datuk Noh Omar dan Datuk Rahim (CEO Tekun)

TIADA DI PASARAN
Memang itu adalah persoalan utama apabila bercakap mengenai majalah POTENSI. Memang majalah ini tidak dijual secara terbuka di pasaran kerana majalah ini diedarkan melalui rangkaian sedia ada atau pelanggan tetap. Kerana itulah ia jarang terdapat di pasaran. Namun, pada awal tahun 2010, majalah ini sedikit sebanyak mula menjengah pasaran terbuka walau bilangannya tidak banyak.

KUALITI KANDUNGAN
Tidak boleh dinafikan bahawa kualiti kandungan dalam majalah POTENSI sangat menarik kerana ia bukan bahan copy&paste seperti mana majalah-majalah yang terdapat di pasaran. Tiada kandungan merapu, gambar separa bogel dan gosip fitnah yang ditulis dalam majalah ini.

CETAKAN
Sehingga kini, cetakan majalah POTENSI menunjukkan peningkatan dari 8000 ribu cetakan sehinggalah ke puluhan ribu cetakan pada hari ini. Semua ini adalah sokongan dari rakan niaga dan langganan dari golongan-golongan pencari peluang perniagaan.

PERSAINGAN
Majalah POTENSI tidak mempunyai persaingan, semua majalah keusahawanan yang ada di pasaran merupakan "rakan seangkatan" kepada majalah POTENSI, kerana kami sama-sama menterjemahkan isu-isu potensi keusahawanan untuk dipaparkan kepada pembaca yang rata-rata dari golongan masyarakat melayu. Lebih dari itu, boleh dikatakan tiada satupun majalah di pasaran yang mengamalkan konsep langganan seperti mana yang dilakukan oleh majalah POTENSI.

KELEBIHAN MAJALAH POTENSI
Majalah apapun pasti mempunyai kelebihan sendiri, bagi majalah POTENSI, kepada pembaca kelebihannya ialah mereka akan mendapat bahan asli yang tidak diceduk dari mana-mana penerbitan atau bahan-bahan internet. Ia merupakan artikel asli dan unik yang pastinya memberikan kepuasan kepada pembaca.

Kepada pengiklan, majalah POTENSI menganggap mereka adalah rakan niaga yang memberi sokongan. Iklan di majalah POTENSI adalah PERCUMA sahaja (sila hubungi majalah POTENSI untuk keterangan lanjut). Setiap tahun bermula awal 2010, majalah POTENSI telah mengadakan Konvesyen POTENSI. Buat pertama kalinya ia diadakan di Carlton Holiday Shah Alam (rujuk pautan ini)

CARA MENDAPATKAN MAJALAH POTENSI
Seperti yang diketahui, majalah POTENSI mengamalkan konsep langganan. Bagaimanapun ia juga ada dijual di kedai-kedai buku seluruh negara walaupun bilangannya tidak banyak. Bagi memudahkan sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan majalah POTENSI, mereka boleh mengikuti langkah-langkah di bawah:

Langganan terus:
Hubungi POTENSI NETWORK PUBLISHER: 0196672470
@
Wakil Daerah
Johor/Melaka/Negeri Sembilan: 0197130219 (Jopana Trading)
Sabah/Sarawak: 0165859735 (Onyx Circle)
Pahang/Terengganu/Kelantan: 0196978789 (Rangkaian Timur Marketing)
Kedah/Perlis/Pulau-Pinang: 0125862186 (Suria Mas Enterprise)


Letak posting ini di blog anda, dan dapatkan senaskah majalah POTENSI Percuma
Keterangan lanjut boleh layari: www.potensi.co.cc |www.potensi.com.my

Sunday, August 15, 2010

ShoutOut *-* Alamat URL Baru

Salam ingatan...

Kat sini ada pengumuman siket!! Mintak semua amek perhatian.

Sekarang nie, Syana dah selamat menukar alamat URL blog nie.


http://soundintelligent.blogspot.com tue dah tak der dah yer!!



Bukan ape.. Ramai yang confused dengan ejaan url yang lama tue. 

Jadi syana tukarkan lah kepada sesuatu yang lebih mudah untuk diingati dan dieja.

Akhirnya, nama sendiri menjadi pilihan!!


Harap2x URL baru nie membawa kebaikan kepada SiFi, saya dan kamoo semua!!
Semoga kita semua terus berusaha untuk mendaki tangga menuju ke puncak tanpa berhenti walau seketika.

Teruskan menyokong. @-@

Saturday, July 17, 2010

ShoutOut *-* BuBye CelCoM, HeLLo StreaMyx!

Salam ingatan...

Waaaaahhhhhhhhhhh!!! Excited nie.. Penyeksaan berakhir. 

Selamat tinggal Celcom Broadband. Katakan ya kepada Streamyx.


Saper yang rasa2x yang dah fed up dengan broadband, jom pakat pakai fixed line streamyx pulak! Especially kalau korang student yang duk menyewa ramai2x kat rumah sewa cam Syana nie, rasanya streamyx merupakan pilihan yang berbaloi. 

Untuk masa sekarang, TM Net memang tengah adakan promosi untuk student. Siapa mendaftar untuk student package akan dapat free net book. Fulamak weihh!

Tapi syana n da gang tak nak package tue. Sebab utamanya kerana ada kontrak selama 2 tahun. Keduanya kerana ada orang cakap student package line cam siput kalau online reramai. Jadi rasanya COMBO 2 dengan bil bulan-bulan sebanyak RM90 nie memang paling cun dengan kami. Installation fee pun tak ader untuk pasang modem internet kat rumah.

Cumanya, kalau kita masih belum ada phone rumah terpaksa lah pasang dulu phone rumah nie sebelum pasang modem streamyx. Kos pasang phone rumah (RM85+RM30). Dapat phone rumah yang versi wayar tue dengan phone bergerak,Yang lagi best nanti dapat gayut dengan phone2x umah yang lain for free! Sila percaya!

Ok lah guyz. Sampai sini dulu. Memang banyak cerita2x yang terkumpul yang nak diceritakan kat korang nie. Weeee!

P/s: Mekasih banyak2x untuk kamoo n kamoo yang telah ke sini walaupun Syana tak dapat nak publish entry. Sayang kamoo semua. Syana menghargai kehadiranmu.

*-* Lepas nie kalau Syana tak rajin post entry, sila cubit lengan Syana beramai2x. Mekasih =)

Tuesday, July 6, 2010

ShoutOut *-* BZ yang teramat sangat

Salam ingatan..

Waahh. Sesangat rindu untuk menulis di sini. Banyak cerita yang ingin dikongsi. Tapi tiada masa n connection. Next two weeks insya Allah  segalanya akan kembali normal. Mudah-mudahan.
 
 

Tuesday, June 15, 2010

ShoutOut *-* Contest mirror mirror on the wall, who's the most beautiful..

Salam ingatan...

Jom kengkawan kita pakat reramai serbu contest by myself dari So Close 2213 nie.. Mari.. Mari. Cepat!! Tinggal beberapa hari saja lagi untuk korang join contest nie. Wee..

Contest nie tak susah pun arahan dia. Tak yah perah2x otak segala. Tak kena pikir pun. Tapi kena posing! Haha. Garu kepala kejap. Posing bukan sebarang posing yer. Syarat wajib penyertaan, posing mesti depan cermin. @-@

Syana nie memang suka cermin yang besar. Tapi xderlah sampai ketagih. Setiap 5 minit pun nak kena belek cermin. Aduhh.. Ada ker orang cam nie?? Ahakxx.. Lu pikir lah sendiri. =p

Jadi.. jom usha gambar yang Syana nak kasi kat akak ku sayang untuk contest nieyh.


Gambar Penyertaan Syana

Wihuuu... Gambar ini adalah combination dari sembilan gambar yang berlainan. Ketiga2x cermin yang Syana gunakan dalam gambar2x ini adalah cermin2x yang terdapat dalam kamar tidur Syana.

Cermin pada baris pertama adalah cermin meja solek. Dengan cermin nie lah Syana pilih baju yang sesuai untuk keluar dari rumah. Mak aii.. Kekadang berkali-kali tukar baju sebab cermin tue asyek cakap... 'Error..Error... ' Adess!

Row tengah dalam gambar nie pulak adalah pose menggunakan cermin kesayangan Syana. Cermin nie Syana yang hias sendiri tau. Jenuh pi cari bulu2x pink tue suatu masa dulu. Wakaka. Tapi hasilnya sangat memuaskan hati Syana. Fungsi cermin nie dalam kehidupan Syana mudah jer. Untuk pakai eye-liner dan sebagai cermin penilai terakhir sebelum keluar bilik. Haha. Paham ker?

Lastly, gambar pose ngan cermin bulat. Cermin nie sebenarnya cermin yang Syana guna kat kolej. Huhu. Entah macam mana tetibe jer ada kat bilek nie. Elok jer terletak kat atas meja study. (Macam mana ape nyer, dah awak angkut sekali cermin tue masuk beg waktu balik kampung hari tu, memang lah dia ada kat sini! Wee)

Apa pun cermin memang penting. Walaupun tak sepenting udara tapi ianya tetap diperlukan oleh kita. Pada Syana, ada dua situasi jer yang mana Syana amat perlukan cermin. 

Pertama, dalam bilik mandi. Senang nak cuci muka dan rambut. Kedua pulak, masa study. Yang nie xder sebab kukuh. Tapi bila tak de cermin macam cermin bulat kat atas nie, maka tak dapatlah Syana study dengan penuh fokus. Haha. Macam tak logik jer. Tapi itu kenyataan. Bukan rekaan semata. Bila ada cermin mudah jer pelajaran nak menyerap masuk. Huhu. Mungkin jugak sebab waktu belajar Syana suka bersoal-jawab dengan cermin. Entahlah. Mungkin kowt! (*-*)

Rasanya sampai sini jer lah special entry dari SyaNa_SaN untuk contest nie. 

Agak2x ada tak peluang nak menang?

Insya-Allah. Kena yakin diri nie. Kalau ada rezeki maka adalah yer. =)


Lastly, again nak ajak korang-korang yang masih belum tahu pasal contest nieyh untuk join. Tak rugi pown untuk mencuba. Untung sabut timbul. Hoho. Selamat mancuba yer. Weee

Wednesday, June 9, 2010

ShoutOut *-* Jom tengok Syana jawab tag untuk dapatkan award

Salam ingatan...


 Syana di tag oleh Miss Nana. Miss Nana kasi award kalau siapkan tag2x yang amat banyak nie. Jadi jom baca apa yang Syana jawab tag-tag ini untuk dapatkan award comel yer!

TAG 1 
MISI: BUAT SATU CERITA YANG ADA A SAMPAI Z 
Di sebuah desa yang permai, tinggallah seorang Atuk tua Bersama tiga orang cucu lelakinya. Cucu-cucunya itu Dijaga oleh atuk tua tersebut sejak Emak dan ayah mereka meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya beberapa tahun yang lalu. Fofo, Gigi & Haha. Itulah nama panggilan buat ketiga-tiga cucunya.

Fofo merupakan cucu lelakinya yang paling sulung. Selain mempunyai daya Ingatan yang kuat, Fofo juga rajin bekerja. Dia sering membantu Jirannya Pak Kodi di Ladang tebu pada waktu pagi. Tambahan lagi, Fofo juga telah mengambil upah sebagai pengawal keselamatan di surau desa mereka yang sering dimasuki pencuri duet tabung surau. Bukan itu sahaja, air paip surau pun ada yang nak curi untuk siram pokok bunga atau basuh kereta. Adess!

Gigi pula cucu Atuk tua yang tengah. Dia sungguh sinonim dengan huruf M kerana sifatnya yang Manja, Malas dan Mengada-ngada. Namun begitu, Atuk tua masih sayang cucunya yang seorang ini kerana sikapnya yang pandai mengambil hati orang tua. Kiranya kaki bodeklah nie =) Ohh.. ya! Lupa pulak nak cerita. Nama Gigi tu digelarkan kepadanya kerana dia mempunyai sebaris gigi dengan susunan berlapis yang amat menawan jiwa. Hati yang retak boleh kembali berbunga dengan hanya melihat senyumannya. Sasau sunggoh dibuatnya!

Cucu Atuk tua yang terakhir pula dikenali seluruh desa sebagai Haha. Jangan tersalah ok! Dia digelar Haha bukan kerana suka ketawa terbahak-bahak ke haper. Tapi kerana ada masalah sound trouble siket. Bila orang tanya jer automatik dia akan akan kata "Ha! Aper?" Adess. Lama-lama panggilan Haha pun melekat pada empunya badan. Btw, korang jangan terkejut yer. Dalam reramai cucu atuk tua nie, Haha yang Paling bermulut manis dan romantik. Jadi tak hairanlah jika Haha yang pekak nie mempunyai ramai peminat di desa tersebut sehingga tertubuhnya kelab peminat Haha yang menggelarkan diri mereka sebagai Queen of Haha!! Fulamak..Cayalah Bro..

Amacam?? Rasa-rasa dah kenal ker cucu-cucu Atok tua tu? Ada yang berkenan nak wat calon Suami ker?? Haha. Boleh2x. Beri Tahu jer Syana. Nanti kita pergi masuk meminang sama-sama yer. Tapi pastikan terlebih dahulu yang anda adalah wanita sejati. Sebab Untuk pengetahuan kamoo semua, Fofo, Gigi & Haha nie straight ok! Tak layan kaum sejenis.. =p

3 beradik ini tersenyum. Mereka sudah dapat membayangkan ramai cewek yang akan datang meminang mereka selepas diberi promo mahalan di SiFi hari ini. Ohh.. Gembiranya mereka bukan kepalang. Lebih-lebih lagi Si Fofo yang kurang publisiti berbanding adik-adiknya yang lain. Terbayang di fikiran Fofo seorang gadis berkereta Viva putih di penghujung desa yang menjadi idaman hatinya setelah sekian lama. 

Ohhh.. Encik Fofo sudah berangan jauh.. Wee.. Dia siap termimpi-mimpi mahu bawa si gadis Viva dengan motor jenama X nya ronda-ronda keliling Malaysia. Dia juga bercadang mahu belanja gadis Viva makan Yong Tau Foo kat pasar malam lepas mereka berjalan-jalan di Zoo Negara. Sunggoh Perasan!! Macam lah cewek kereta Viva tu setuju nak naik motor kapcai dia. Hmm!

(   Cerita ini memang tak der motif... =[   )

TAG 2
It's harder than it looks

Instruction
copy to your own notes
erase my answer
enter yours and tag twenty (20) people
use the first letter of your name to answer
each of the following questions..
they have to be real
nothing made up
if the person before you had the same first initial,
you must use different answer..
you cannot use any words twice and
you can't use ur name for the boy / girl name question..

 S

What is your name : Syana Nasser

A four letter word : Syok
A boy's name : Syedan
A girl's name : Syahidah
An occupation : Singer
A colour : Sirap Bandung
Something u wear : Sweater
A food : Siakap Sweet Sour
Something Found in the bathroom : Shampoo
A place : Sungai Yang Bersih
A reason to being late : Sakit Perut 
Something u shout : Something is wrong!
A movie title : Seniman Bujang Lapok.. Haha
Something u drink : Strawberry Ice Blended
A musical group : Super Junior
An animal : Snake
A street name : Sultan Idris Street (don't ask me where is it)

Dah siap sila tag 5 orang

TAG 3
1) Apa yang bermain di fikiran you all sekarang?
Bila Afini nak sampai ni!

2) Apakah nama samaran you all?
SyaNa_SaN

3) Berikan 3 orang yang you all sayang?
Family... Luv u!!
BFF.. Miss U So Much!!
Follower SiFi tersayang.. Emmuahh!!

4) Panggilan untuk si dia?
 Teruna Idaman

5) Hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa?
Hadiah Impian yer?? Hmm.. Apa-apa sahaja yang masih belum Syana miliki!! Wee. Rite now Syana nak Suzuki Swift! Ada sesape nak kasi?! Adess. Sila sekeh kepala saya beramai-ramai.

6) Blog mana yang you all suka visit?
Semua blog yang Syana follow. =)

TAG 4

1- Thanks and link the person who tagged u!
Mekasih kepada Miss Nana AKA Miss Panda AKA Pengelola Ciput Sedut kerana telah mengetag Syana yer. Ohh... Tertanya-tanya apa kaitan diantara Panda dan Ciput Sedut?? Sila tanya Cik Nana sendiri yer!

2- Tag 5 blogger that u discovered and think fantastic!

3- Contact that blog and let them know they have been tagged!

4- State 7 things bout you!
*-* Anak sulung dari empat adik beradik
*-* Tak suka mandi pantai tapi suka mandi air terjun
*-* Suka makanan yang sedap tapi tak suka penjual makanan yang tak ada adab
*-* Rindu semua kawan-kawan lama kat high school
*-* Berperangai pelik kerana sukar dijangka. Kekadang pendiam kekadang bertih jagung!
*-* Sangat menyayangi diri sendiri. Sehingga bersifat sungguh protective terhadap diri.
*-* Pertama kali di tag soalan oleh blogger


TAG 5
korang kena cite

1) Kamu paling sayang sape??
Tuhan yang menciptakan seluruh alam

2) Apa yang paling kamu suka buat??
Reading..reading..N reading (Sila jangan percaya) 

3) Amenda yg boley buat kamu jadi boring tahap dewa??
Tatkala baca surat khabar dari page pertama sampai terakhir semuanya berceloteh pasal politik!! Sangat mengganggu jiwa!

4) Kalo p kfc xpun mcd, ape plg korg suka mkn, dan sebab suka makan tue??
Kalau KFC, Snack Plate (Ayam mesti spicy). Kalau McD, set large quarter pounder tambah strawberry sundae (air tukar Milo).... YUMMY

5) Kamu minat sejarah x??
Sejak tadika memang minat sejarah Nabi Muhammad jer.. Yang lain bowink! 
 
 6) Bagi satu teka teki serta jawapan skali..pastikan betul2 lucu atau misteri..
Di mana terletaknya pipi pada seekor lembu??
Jawapan: Pada punggungnya. 
Alasan: Si lembu jantan cium punggung lembu betina bukan mukanya. WEE!!

7) Banyak2 rumah, rumah ape idaman korang??
Rumah yang ada air terjun kat kawasan dalam rumah.

8) Tag 5 orang blogger lain..

9) Selamat menjawab........hahahaha

BLOGGER YANG DI TAG
1. Una
2. Neddy
3. Nik G
4. Ct Fatanah
5. Keena
 6. Jannah
7. Aziemah
8. Semua Follower SiFi
9. Saper2 Yang Nak Jawab Tag2x nie



Yeahh.. At last, tag selesai dijawab. Anugerah Blogger Hebat Diterima. Thanks My Dear.

Monday, May 31, 2010

ShoutOut *-* Saya Menang Contest?? Biar betul!

Salam ingatan...

Skang nie Syana masih lagi dalam mood terkejut beruang.. Adess. Saya menang?? Biar betul! Seyes ke nie?? Tampar pipi bulat siket... Adess! Sakit Woo.. Maksudnya bukan mimpi lah kan.


Petang tadi bukak SiFi tup2x ada ucapan tahniah kat shoutbox.. Pelik jugak ahh.. Aleh2x usha kat blog empunya penganjur pertandingan, Cik Syaza, ada announcement tentang kemenangan contest yang Syana sertai tue. Bagaikan mimpi di siang hari, saya dinobatkan sebagai pemenang 'Pertandingan Untuk Kamu Dari Syaza' tue. Yeahhh.. Melompat2x ke'excited'an sebentar bila tahu!! 

Bukan nye ape.. Ini contest pertama yang Syana sertai setelah hampir setahun menjadi blogger. Siapa sangka boleh menang! Alhamdulillah. Terima kasih Cik Syaza. Mekasih banyak2x. Nie yang semangat nak join contest laen pulak lepas nie nie.. Wee @-@

Ok. Saper nak usha penyertaan Syana atau nak baca cerpen yang Syana reka untuk pertandingan nie leh klik kat sini yer... Selamat membaca.

p/s: Malam semalam line internet tingtong tingtong. Kerana malas nak menunggu maka tiada entry untuk SiFi semalam. Maaf yer semua. =O Tak per, hari ni kita online sampai pagi yer!!

Thursday, May 27, 2010

ShoutOut *-* Mintak Semua Tolong Doakan TokWan Syana

Salam ingatan..

Baru dapat berita yang tokwan Syana di Perak sudah dua hari di tahan di wad Hospital Taiping. Ohhh.. Kenapa saya lambat tahu =( Sobsob

Bila terdengar jer berita tersebut dari abah, Syana terus je SMS seorang cazen yang berada di Taiping untuk tahu kedudukan sebenar berita tersebut. Ternyata TokWan ditahan di sana sudah 2 hari. Ohh.. 

Gambar hiasan semata

Menurut Afiza (my cazen), Tok Wan ditahan awalnya kerana demam panas. Kemudian, dia terus ditahan akibat tekanan darah yang terlalu rendah. Badan tokwan pun dah makin susut sekarang nie. Tokwan dah tak sesihat dulu lagi. 

Sebelum nie, tokwan memang dah ada diabetes. Kesihatan tokwan memang selalu juga tak menentu lately sejak arwah Tok meninggal. Tapi tokwan masih selaloo melayan Syana dan cucunya yang lelain.

Tok Wan, Syana sayang Tok Wan. TokWan satu-satunya Atok yang Syana masih ada. Bertahan yer Tok Wan!! Tok Wan kena kembali sihat demi kami semua..

Kepada semua pembaca entry ini, mintak mendoakan kesejahteraan Tok Wan Syana. Moga dia sihat kembali seperti sediakala. Aminn!!!

Saturday, May 22, 2010

ShoutOut *-* Header Baru.. Sila beri komen!!

Salam ingatan...

Nak berjogging malam2x tak cukup stamina. Nak tido tak lena lah pulak. Jadi godek2x photoscape terhasillah header baru untuk SiFi. Sayang photoscape! Emmmuahhh

Yeaaa.. SiFi dah ada header!!! (Menjerit sambil terlompat2x)
Akhirnya ada jugak kan.

Lawa tak?? ker buruk?? Sila beri komen siket.

Sunday, May 16, 2010

ShoutOut *-* Penyertaan Contest Pertama Syana = Cari Beza Gambar & Hasilkan Sebuah Karya Agung

Salam ingatan..

Berjalan2x tadi jumpa satu pertandingan. Xpernah2x Syana sertai apa2x contest sejak bergelar blogger nie. Percaya tak?? Haha. Tapi hari ni rasa cam hati dah terbuka besar2x nak join contest. So, Cik Syaza Shafeeqah , ini penyertaan Syana yer!!

Contest ini terbahagi kepada 2 bahagian.

Untuk bahagian 1, Cik Syaza mintak cari 7 perbezaan pada gambar2x dibawah. Jom cari sesama yok!



OK.. 7 perbezaan dah dibulatkan dengan pen dakwat purple. Penat mencari tadi. Jom kita berhenti minum air pearl cafe kejap!! Hehe.

Untuk bahagian 2, Cik Syaza mintak buat satu karya berdasarkan salah satu gambar yang diberi. Tak kiralah sajak, syair, pantun, gurindam atau cerita pendek. Jom layan karya saya.


Saya pilih gambar 2

Lily merenung lukisan cat minyak yang telah disiapkannya beberapa tahun yang lalu. Lukisan yang menggambarkan betapa indahnya lokasi rahsia mereka itu sungguh bermakna buat Lily. Ada kisah di sebaliknya.

XXXXXXXXXX
  
Rika dan Lily memang bersahabat baik sejak di bangku sekolah rendah lagi. Mereka berdua cukup dikenali sebagai pasangan kembar SMK Impian di kalangan rakan-rakan. Semua perkara mereka lakukannya bersama. Mereka tidak pernah bertikam lidah. Jauh sekali untuk bersengketa. Jika Rika bersedih, Lily juga akan turut berduka. Dan jikalau Lily sakit, Rika pasti dapat merasakannya sama. Begitulah akrabnya persahabatan mereka.

Tapi lama kelamaan, Rika mula berubah laku. Anginnya tak menentu. Lily tidak lagi dihiraukannya seperti dulu. Malah, apa sahaja yang dilakukan oleh Lily pasti salah di mata Rika. Rika sering memperlekehkan kebolehan dan kesungguhan Lily untuk mencapai cita-citanya bergelar pelukis tersohor. Pada mulanya, Lily bersabar dengan perubahan sikap rakan baiknya itu. Tetapi apabila cara pemakaian dan imejnya dipersendakan oleh Rika, Lily mula berkecil hati dengan sikap Rika yang dianggapnya sungguh keterlaluan. 

Dia tidak mengerti kenapa Rika mula berubah perangai. Rika yang dikenalinya dulu adalah seorang yang penyabar, tenang dan sering menyokong apa sahaja yang dilakukannya. Rika yang dahulu tidak pernah sekali-kali memperkecilkan dirinya. Tambahan, Rikalah yang selalu menasihatinya untuk yakin pada diri. 

'Rika.. Aku rindukan kau yang dulu!!' detik hati Lily.
 
XXXXXXXXXX

Minggu berganti minggu, Rika dan Lily semakin renggang. Mereka bukan lagi saudara kembar SMK Impian. Tanpa sebab, tanpa isyarat, mereka bagaikan dua orang asing yang tidak pernah mengenali. Sedaya upaya Lily tetap cuba untuk merapatkan persahabatan mereka kembali. Namun, semakin erat Lily cuba menyimpulkan ikatan persahabatan mereka semakin jauh Rika pergi. 

Suatu hari, Rika menghantar SMS kepada Lily. Dia mahu bertemu Lily di tempat mereka sering bersantai suatu ketika dulu. Tempat itu dikenali sebagai tempat rahsia pasangan kembar SMK Impian. Setelah menerima SMS itu, Lily sedikit teragak-agak untuk pergi berjumpa Rika. Entah kenapa hatinya berasa kurang enak. Tapi.. sebagai seorang teman yang masih menganggap Rika sebagai sahabat sehidup sematinya, Lily menggagahkan diri.

"Ada apa awak nak jumpa saya Rika?" tanya Lily sebaik sahaja tiba di lokasi perjumpaan keramat mereka itu. 

"Nah.. Ini untuk awak!!" jawab Rika keras.

"Apa ni?" tanya Lily lagi sebaik terpandangkan sebuah kotak terbalut cantik dengan warna biru laut. Ianya memang warna kegemaran mereka berdua.

Suasana sunyi seketika. Rika menarik nafas dalam sebelum bersuara.

"Saya akan pindah dari sini Lily. Esok saya akan berangkat." kata Rika sambil mendongak ke langit cerah.

"Apa?? Awak nak pindah! Tapi kenapa?" tanya Lily separuh menjerit.

"Saya harus. Dan saya terpaksa," Rika menjawab perlahan. Antara dengar dan tidak.

"Jadi, saya bagaimana? Saya sayangkan awak Rika. Saya perlukan awak dan saya tak boleh hidup tanpa awak. Awak tak boleh pergi!!" teresak-esak Lily menangis. Dia benar-benar tidak dapat menerima perkhabaran itu.

"Awak boleh hidup tanpa saya Lily. Awak boleh!! Sudah dua bulan kita jauh. Dan saya sama sekali tidak nampak yang awak tidak boleh hidup tanpa saya!" kali ini suara Rika keras. Dia merenung tajam ke dalam mata Lily. 

"Tapi Rika.."

"Shhhhh..." Rika pantas menerkup mulut Lily.

"Lily!! Dengar sini. Ambil pemberian saya ini. Simpan dengan baik. Selepas tiga bulan baru awak buka. Ingat. Kalau awak sayangkan saya, buka kotak ini selepas 3 bulan."

Dan sejurus selepas memberi amaran itu, Rika memeluk Lily erat. Kemudian, dia terus berlari meninggalkan Lily yang masih terpinga-pinga tidak mengerti dengan apa yang sedang terjadi.

XXXXXXXXXX

Berbulan-bulan Lily menanti, dia sememangnya runsing dan keliru. Berkali-kali dia cuba menghubungi Rika dan ahli keluarga Rika yang lain. Tetapi tidak pernah berjaya. SMS yang dihantarnya juga tidak berbalas. Lily tahu sesuatu telah terjadi. Tetapi apa?? Persoalan itu hanya tergantung tanpa jawapan. Kalau hendak diikutkan fikirannya, mahu saja Lily membuka kotak bungkusan biru muda itu. Tetapi hatinya meronta-ronta untuk dia terus menghormati permintaan Rika.

Genap tiga bulan, kotak bungkusan yang diberi Rika dibuka dengan penuh debar olah Lily. Sebuah album yang memuatkan puluhan gambar kenangan persahabatan mereka mengisi kotak tersebut. Lily mengamati satu persatu gambar mereka berdua. Di muka surat terakhir album, Lily terlihat sekeping kertas yang berlipat terselit rapi di situ.

XXXXXXXXXX

Bismillahirrahmanirrahim

Lily yang disayangi,

Terima kasih kerana menepati janji kita. Saya tahu awak seorang yang amanah. Terima kasih kerana menurut permintaan saya.

Lily,

Saya tidaklah begitu pandai mengarang surat. Awak pun tahukan yang saya tidak suka subjek penulisan semasa di sekolah rendah dahulu =p . Tapi, saya tetap juga mahu coretkan sesuatu untuk awak di sini.

Lily, 

Pertama sekali saya mahu memohon ribuan ampun daripada awak. Saya tahu saya telah banyak melukakan hati awak sama ada secara sengaja ataupun tidak. Tujuan saya cuma satu Lily, saya tidak mahu awak terus bergantung kepada saya. Saya mahu awak berdikari di atas kaki awak sendiri. Saya mahu awak biasakan diri menjalani kehidupan tanpa saya. Maafkan saya Lily. Tapi hanya membuatkan awak terluka sahaja membolehkan awak menjauhi saya.

Lily,

Saya nak awak tahu seperkara. Saya tersangat sayangkan awak. Saya sungguh bersyukur kerana saya telah dianugerahkan oleh Allah untuk memiliki seorang sahabat sebaik awak.  Dan saya juga nak awak tahu yang selamanya kita adalah pasangan kembar SMK Impian. Terlalu banyak kemanisan saat kita bersama. Itu semua sungguh membahagiakan saya. Awaklah satu-satunya sahabat baik yang saya ada.

Lily,

Untuk pengetahuan awak, ketika surat ini dibaca, saya pasti sudah tiada lagi di sisi untuk menemani awak. Malah, saya jugak tidak dapat lagi menangis serta ketawa bersama-sama awak seperti dulu. Sebagaimana yang awak telah tahu, saya sudah berpindah dari sini. Tapi ada sesuatu yang awak tak tahu, perpindahan saya ini adalah bersifat kekal. Saya pergi menuju ke satu dunia lain yang hanya dipisahkan dengan nyawa. 

Lily,

Badan Rika sudah tidak mampu lagi untuk menanggung kesakitan ini. Seperti kata doktor, paling lama saya boleh hidup pun hanya sebulan sahaja lagi. Tumor di otak saya semakin membesar. Tiada jalan untuk membuangnya. Rawatan pembedahan juga tipis peluangnya untuk menyelamatkan saya. Dan saat awak membaca bingkisan ini, sememangnya saya sudah tiada. Maafkan Rika kerana rahsiakan ini dari Lily. Rika tak mahu Lily turut merasai kesakitan Rika.

Lily,

Pemergian saya ini janganlah awak tangisi. Memang telah tiba masanya untuk saya pergi. Pergi ke alam yang hakiki. Kembali kepada Allah yang merupakan pemilik seluruh alam. Jangan bersedih Lily. Kerana saya akan amat terseksa jika awak bersedih. Jangan risau juga. Awak tak mungkin akan merindui saya. Kerana saya sentiasa akan terus ada di hati awak.

Lily,

Akhir kata, maafkan saya sekali lagi. Halalkan segala makan dan minum serta ilmu yang pernah Rika dapat dari Lily. Teruskan usaha awak untuk mengapai kejayaan. Saya akan terus menyokong awak dari jauh. Saya percaya suatu hari nanti awak akan mampu menjadi seorang pelukis yang berjaya. Sebagaimana idola awak Leonardo Da Vincci. Jangan pernah putus asa dan yakin pada diri.

Salam Sayang,
Rika
  
XXXXXXXXXX


Lily menyeka titisan jernih yang mulai jatuh dari kelopak matanya. Lukisan itu terus direnungnya. Ya, awak telah pergi Rika. Di situlah kali terakhir kita bertemu dulu. Dan kini seperti mana gambaran lukisan cat minyak ini, bangku itu akan terus kosong tanpa kehadiran pasangan kembar SMK Impian.

SEKIAN

Ok. Karya agung sudah siap. Gi mana Cik Syaza?? Ada potensi nak dapat hadiah tak?? Hehe =0

Saturday, May 15, 2010

ShoutOut *-* SiFi Dah Ada ShoutBox Baru

Salam ingatan.
Entry pendek nie hanya nak kasi tahu semua readers yang SiFi dah ada ShoutBox baru. Mekasih seluas laut saya ucapkan buat awak yang prihatin tentang problem yang terjadi kat ShoutBox SiFi yang terdahulu. Maaf di atas segala kesulitan yang dialami. (Mak aii.. skembat nyer ayat).

Before dis, ingat ker saya sorang jer yg xleh full view shoutbox tuhh.. Dah cuba nak betulkan dulu, tapi tak dapat adjust balik shoutbox lama tue. Frust tertonggeng-tonggeng lah jugak. Namun, sebab tak der saper pown yg  pernah tegur pasal shoutbox tue teruk Syana pown ignorekan jer. Malas nak kasi berat kepala. Lagipun semua orang pun guna shoutbox tue cam biasa jer. Pelik sungguh!! Gi mana lah kamoo semua chat kat situ dulu?? (Buat muka pelik)

Macam manapun semalam ada seorang blogger nie tegur sal shoutbox lama SiFi tue. Dia siap mintak Syana tukar layout lagi untuk atasi problem shoutbox lama yang tak leh view secara full tue. Bagus2x. Saya suka awak!! Haha. Mekasih lah yer. Kalau tak kerana awak yang prihatin, saya tetap fikir yg readers2x blog ini tak mengalami sebarang problem dengan shoutbox lama itu. Terima kasih sekali lagi =)

Tadi godek2x susah jugak nak perbetulakan ShoutBox tue. Try banyak kali. Tapi tak dapat2x jugak. Last2x Syana sign up baru kat ShoutMix. Buat ShoutBox baru. N inilah hasilnya. Weee *-* 

Lepas nie bolehlah korang buat bising kat ShoutBox sebelah kanan nie. Nak karaoke kat situ pun boleh!!


 Gambar hiasan semata-mata.

Akhir kata, Selamat Menggunakan ShoutBox Baru SiFi. Keselesaan anda adalah keutamaan saya (@-@)

Wednesday, May 5, 2010

ShoutOut *-* Bila Tarikh Hari Ibu? Sila Baca Untuk Tahu!!

Salam ingatan..

Bila masuk jer bulan Mei, semua orang pun riuh bercerita pasal Hari Ibu atau bahasa Omputih nyer Mother's Day. Tapi persoalannya Hari Ibu tu berapa haribulan 5??

Ibu siapakah ini??

Ok.. Straight to the point lah yer!! Hari Ibu itu disambut pada tanggal ahad pertama dalam bulan mei saban tahun.. kiranya tahun ni pada 9 Mei lah kan?! Ops.. hari Ahad niey lah yer?? A'a. Ahad nie lah kengkawan. Jadi apa lagi?? Jangan buat2 lupa pulak. 

Ada orang berkata.. 

Kalau nak hargai jasa ibu kita tak semestinya pada hari ibu!!

Syana berkata..

Betul. Setiap hari pun kita patut kenang pengorbanan insan bergelar ibu. Tapi Hari Ibu tetap harus disambut bersama ibu tercinta demi memberitahu dia yang kita tak melupakan dia di hari-hari istimewa. 

Ada orang berkata..

Ibu saya tak kisah pun pasal hari ibu nie!

Syana berkata..

Mana korang tahu dia tak kisah?? Pernah korang tanya dia?? Entah2x sepanjang 9 Mei tuhh dia ternanti2x. Seorang ibu tidak mengharapkan sesuatu yang besar dari anaknya di Hari Ibu tapi cukuplah sekadar ucapan ikhlas tanda ingatan..

Ada orang berkata..

Malulah nak sambut Hari Ibu dengan ibu saya. Sebelum nie keluarga saya tak pernah pun celebrate ker haper.. Tak pernah2x saya wish hari ibu kat dia. Nanti semua orang ingat saya buang tabiat pulak.

Syana berkata..

Rileks la Bro.. Buat haper nak malu??!! Korang buat sesuatu yang murni kowt! Kalau korang dengar cakap orang sampai bila pun xsudah. Ok.. kalau korang malu sangat cuba teknik nie.. 

Amek sehelai kertas kosong, tulis perkataan 'SELAMAT HARI IBU'. Kemudian tanda tangan pada kertas tersebut. Pastu korang lekatkan kertas nie pada cermin meja solek ibu korang. Tak pun lekatkan kat depan peti ais. Kalau malu jugak letakkan jer kat atas katil ibu. Ada paham??!! As simple as it. Takkan tak boleh buat kowt. Boleh kan?? =)
-----------------------------------------------

Adik Syana dah beli present utk Umiey sempena Mother's Day nie. Aduhhh.. Syana tak prepare apa2x lagi.. Nak wat haper erk??!! Ingat nak masakkan cheese cake!! Atau chocolate cake?? Aci tak??

Oklah! Korang wat haper pun tak penting.. Yang pasti korang ingat.. Ingat jangan sampai ibu korang sedih tengok anak2x orang lain sambut hari ibu dengan emak2x mereka. 

Jadi.. Apa yang korang nak buat masa Hari Ibu nanti??

Thursday, April 22, 2010

ShoutOut *-* Layout baru..Gaya penulisan baru.. Segalanya Baru tentang SiFi

Salam ingatan..
Kepada yang selalu menjenguk ke sini mesti perasaan tentang layout baru SiFi kan. Amacam?? Comel tak?? ker menyerlah sangat??? Tapi Syana kan memang begitoo.. Suka benda yang berblink2x nieyh.. Jadi kalau sakit mata tuhh tahan jer lah ok!!

Buat mereka yang baru nak berjinak-jinak ke sini atau mungkin ini lawatan kali pertama anda, Syana ucapkan Selamat Datang n Hye... I'm Syana =) Glad to have u on board! Wihaaa

Ok... Kali ini SiFi bukan sahaja dah ada layout baru tapi jugak ada sedikit perubahan besar. 

Buat pertama kalinya, Syana nak introduce kat semua yang SiFi bakal mempunyai kolum2xnya yang tersendiri. Tak Faham?? Ayoyoo..

Meh sini rapat2x nak terang. Begini, setiap entry di SiFi selepas ini akan dibahagikan kepada beberapa kolum (bukan kolam mandi lah tapi Kolum. Ala.. Lebih kuang cam bahagian2x lah). Cam kat dalam magazine tuhh. 

Ok. Mari kita lihat secara overview kesemua kolum2x tersebut :-

Celoteh Kehidupan *-*
Tips Syana *-*
Self Motivation *-*
Bicara Tentang Cinta *-*
Belajar Bahasa Kelantan Secara Percuma *-*
Senduk Vs Sudip *-*
Music & Entertainment *-*
Ukiran Ilham *-*
ShoutOut *-*


Buat masa ini hanya ada 9 kolum sahaja yang diperkenalkan untuk SiFi. Namun kolum-kolum ini mungkin bakal bertambah dari masa ke semasa. Jom kita go through kolum2x nie satu persatu.

1) Celoteh Kehidupan *-*
Kolum ini akan menempatkan segala apa yang berkisar tentang kehidupan. Tak kiralah sama ada yang berkaitan dengan kehidupan Syana ataupun kehidupan manusia-manusia di sekeliling kita. Pengalaman hidup, diari kehidupan dan segala apa memori2x indah dan suram akan bakal jua diletakkan di bawah kolum ini.

2) Tips Syana *-*
Dekat kolum ini pulak akan ditempatkan segala macam tips2x berguna yang boleh dijadikan rujukan dan ikutan para pengunjung SiFi. Antara tips yang bakal menjadi tatapan semua adalah tips berkaitan dengan alam remaja, alam dewasa dan alam rumah tangga.. Wahh.. budak kechik nak bercakap pasal alam perkahwinan ni. Kita tunggu dan lihat jer lah ok!! Tips study n enjoy pown akan berada di pasaran tak lama lagi!! Haha.

3) Self Motivation *-*
Motivasi Diri. Syana rasa kolum ini perlu untuk para pengunjung SiFi. Sebagai makanan jiwa untuk mantapkan apa yang kurang mantap. Mungkin di sini Syana boleh letakkan mutiara-mutiara kata untuk kita renungkan bersama.  Juga bercerita tentang beberapa tokoh yang boleh dijadikan idola.

4) Bicara Tentang Cinta *-*
Isu yang paling semua orang suka.. Dari dulu sampai sekarang. Apsal senyum2x. Ish..ish..ish

5) Belajar Bahasa Kelantan Secara Percuma *-*
Kolum nie bunyi cam best kan??!! Ramai sangat kawan2x kat sekolah n kolej yg jadikan Syana sebagai kamus bahasa kelantan bergerak. Jadi dari situ syana terfikir yang kolum ini memang patut diwujudkan. Untuk kamoo-kamoo di luar sana yang ada admire gadis2x atau teruna2x dr negeri cik siti wan kembang maka kolum ini memang wajar untuk kamoo ikuti. Buat masa ini, Syana dah tetapkan untuk keluarkan 1 sesi pembelajaran bahasa kelantan dalam seminggu. Satu sesi akan ada 5 perkataan. Jadi sebulan anda akan belajar 20 perkataan. Banyak tue!!

6) Senduk Vs Sudip *-*
Namapun senduk Vs sudip. Jadi Syana agak mesti korang boleh teka kan apa yang bakal dikupas di bawah kolum ini. Resepi gadis2x bujang, resepi save budget and segala macam resepi bakal disiarkan di SiFi. Waahh.. Syana memasak. Conperm sedap =) Lagi kat sini jugak akan dikongsi bersama beberapa petua-petua masakan dengan para pengunjung. Teruja tak??

7) Music & Entertainment *-*
Macam remaja2x yang laen, muzik adalah jiwa Syana. Kalau ada lagu2x baru yang best Syana akan paparkan di dalam kolum ini. Lagu Melayu and Inggeris, dua-dua sekali lah yer. Selain itu, di sini juga akan dimuatkan dengan review drama n filem yang syana tonton. Kat kolej kan Syana digelar Hantu Movie. Malam2x orang tido, saya mengadap laptop sambil emo lap2x air mata. Hahha. Lagi akan menyusul juga komen n pendapat tentang novel2x dan buku2x yang saya baca.

8) Ukiran Ilham *-*
Ini kolum yang kedua terakhir buat masa sekarang. Ukiran Ilham *-* akan menyumbat segala idea-idea kreatif nukilan Syana atau mereka2x yang lain. Sajak, pantun, teka-teki n lain2x ilham kreatif akan turut menyusul. Dulu zaman sekolah, saya memang suka menulis benda2x kreatif nieyh. Sampaikan dalam exam pun tulis sajak. Tapi dah lama tak mencipta puisi lagi. Mungkin kolum ini bakal memberikan ruang kembali kepada Syana untuk berkarya. Wahh..

9) ShoutOut *-*
Ok guyz.. Kolum terakhir ni. Untuk kolum ShoutOut, Syana akan selitkan sebarang pengumuman tentang SiFi. Tentang pembaharuan atau apa sahaja perkara penting yang perlu pengunjung-pengunjung SiFi sekalian tahu. Jadi sila updatekan diri anda ok!!

Gimana?? Kesembilan-kesembilan kolum telah diperkenalkan nie. Teruja tak?? Syana lagi teruja!! Waahh.. Terlebih Sudah!! Ok lah. Teruskan mengunjung ke SiFi yer. Daa