Monday, May 3, 2010

Belajar Bahasa Kelantan Secara Percuma *-* Sesi Pembelajaran 2

Salam ingatan...

Hari ini hari Isnin. Jadi bagaimana dah ready nak belajar 5 lagi words Kelantan??

Sebelum tue nak tanyalah kan kat kamoo2x semua. Dah praktis ke pembelajaran kita minggu lepas??

Baik ngaku cepat??!! Kalau dah bagus2x.. Bangga ngan korang!! Kalau belum tuhh korang paham2x sendiri lah yer..Ilmu takkan datang bergolek, tanpa amal ilmu yang diterima hanya ibarat pohon berbaja tanpa disiram.. (Alamak.. terfalsafah lah pulak).

Pembelajaran dimulakan dengan lafaz Dengan Nama Allah Yang  Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....

Kaligrafi bismillah berbentuk swan dari http://trin.cam.ac.uk

Pesanan ringkas: Sebutan untuk huruf 'e' begini ialah emak. Tapi 'E' begini pula disebut seperti Esok

1) KEcEk = Cakap / Sembang
Before this kita dah tahu word Royak. Skang nie kita belajar word KEcEk pulak. Actually kedua-dua words nie penggunaannya hampir sama tapi tetap berbeza.
Contoh penggunaan ayat: "Saya berpeluang kecek bertentang mata dengan Minah tadi," kata Ali kepada Abu.

 
Pic bersama saEng-saEng di MBSA masa survey tempat dinner setahun yang lalu

2) SaEng = Kawan / Sahabat
Kalau orang johor, SaEng nie maksudnya bersama-sama. Kalau bahasa baku pulak, saing nie bermakna compete. Tapi dalam bahasa Kelate, saEng bermaksud kawan ataupun sahabat.
Contoh penggunaan ayat: "Awaklah saEng saya dunia akhirat," beritahu Abu kepada Ali.

3) GEwE = Kekasih / Special BF / Special GF
Word nie kalau anda bukan rakyat kelantan pun anda mesti tahu punya lah. Word femes kowt. Tapi selain daripada kekasih, GEwE juga boleh memberi makna bercinta.
Contoh penggunaan ayat: "Inilah gEwE baru saya," dengan bangganya Ali memperkenalkan Minah kpd Abu.
Contoh penggunaan ayat: "Awak gEwE dengan dia ker???" tanya Rogayah kepada Minah.

4) Ngaju = Merajuk
Nieyh word paling sesuai untuk merujuk kepada orang yang mudah sensitif sensitif nieyh.
Contoh penggunaan ayat: "Awak ngaju macam mana sekali pun saya malas nak pujuk!!", kata Ali kepada Minah.

5) SrebE = Kebas / sesemut
haha.. Word terakhir arini spontan yer berdasarkan situasi diri yang tengah SrebE kaki sekarang.. Adoii.. geli.
Contoh penggunaan ayat: "Umiey tolong.. SrebE kaki nieyhh. Geli..geli" jerit Syana. Hhaaha

Ok... Lima words sudah selesai.
Sampai ketemu lagi di lain sesi minggu hadapan. Praktis jangan tak praktis!!

No comments: