Showing posts with label Self Motivation *-*. Show all posts
Showing posts with label Self Motivation *-*. Show all posts

Wednesday, August 8, 2012

Self Motivation *-* Solat Tahajjud Pada Malam Lailatul Qadar

Salam ingatan..

Kita dah nak melangkah ke 10 malam terakhir Ramadhan. Masya-Allah. Cepatnya masa berlalu.

10 malam terakhir Ramadhan ni seharusnya kita berusaha mencari malam Lailatul Qadar. Yakni seperti mana yang telah diberitahu kepada kita, malam Lailatul Qadar merupakan malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Malam penuh barakah yang dijanjikan Allah Taala kepada seluruh umat Muhammad S.A.W.



Justeru, perlaksanaan solat tahajjud pada 2/3 malam selepas bangun dari tidur merupakan usaha terbaik dalam mencari Lailatul Qadar. 


SOLAT TAHAJJUD

Ada banyak cara melakukan solat tahajjud ni. Ianya boleh dilakukan sebanyak 2, 4, 7, 8, 9, 11 atau 13 rakaat. Tapi kalau dah ngantuk sangat tu, 2 rakaat pun dah cukup. Lagipun, Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, amalan yang paling disukai oleh Allah adalah amalan yang sedikit tetapi dilakukan secara terus menerus. 


CARA MELAKUKAN SOLAT TAHAJJUD

1. Lafaz dan niat 
Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini lillahi ta’ala
Ertinya:”Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah ta’ala”

2. Bacaan surah atau ayat Al-Quran selepas Al-Fatihah
Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (seeloknya 7 kali)
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (seeloknya 11 kali)

3. Lakukanlah dua rakaat seperti sembahyang sunat yang lain.

4  Selepas membaca tasbih biasa ketika sujud kedua pada rakaat terakhir, bacalah doa berikut:
Rabbid khalniimud khala sidqin wa-akhrijnii mukhraja sidqin waj’allii mil ladunka sultaanaan nasiiraa.
Ertinya: ” Tuhanku! masukkanlah aku kedalam pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran dan kurniakanlah kepadaku daripadaMu pembantu”

5. Lakukan sembahyang sunat tahajjud ini mengikut kemampuan. Kalau terlalu mengantuk maka eloklah dipendekkan sahaja.

6. Selepas selesai mengerjakan sembahyang Tahajjud maka bacalah doa sepertimana yang pernah dibaca oleh Rasulullah S.A.W. ini:
Allahummaj’al fii qalbii nuuran wafii lisaanii nuuran waj’al fii sam’ii nuuran waj’al fii basori nuuran waj’al fii khalqii nuuran wamin amaamii nuuran waj’al min fauqi nuuran waa man tahtii nuuraa. Allahumma a’tinii nuuraa.
Ertinya: Ya Allah! Jadikanlah didalam hatiku cahaya yang cemerlang, pada lidahku cahaya yang cemerlang dan jadikan pada pendengaranku cahaya yang cemerlang serta jadikan pada penglihatanku cahaya yang cemerlang jadikan dibelakangku cahaya yang cemerlang dan dihadapanku cahaya yang cemerlang dan dari bawahku cahaya yang cemerlang. Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku cahaya yang cemerlang!”

KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD
1. Memperoleh ketenangan jiwa
2. Mendapat keampunan dan rahmat Allah
3. Mencegah dosa dan menghindar penyakit

Memanglah sukar kalau tak pernah buat. Tapi bukan ke alah bisa tegal biasa?
Tak cuba maka tak tahu sejauh mana kemampuan kita. 
Jadikan 10 malam terakhir Ramadhan ini sebagai titik tolak untuk kita melakukan solat sunat tahajjud. 
Moga malam Lailatul Qadar mampu kita semua temukan dalam usaha menghapuskan dosa dan melipat gandakan pahala. Insya-Allah dengan izinNya. 

Credit: sini dan sini 

Thursday, August 2, 2012

Self Motivation *-* Uji tahap amalan kita di bulan Ramadhan

Salam ingatan..

Ramadhan dah hampir ke pertengahan bulan. Bagaimana dengan puasa anda? Telah berjaya beramal semaksimum mungkin atau tidak?

Floating mosque of Kinabalu
Photo credit: Nora Carol


Duduk sejenak! 
Dan tanya diri kita tentang beberapa soalan 
untuk menguji sejauh mana tahap amalan kita di bulan Ramadhan ni.


Dalam sudah 13 hari berpuasa ni..............


1) Berapa hari telah kita berpuasa tanpa meninggalkannya dengan sengaja? 

2) Berapa hari telah kita pergi bersolat tarawikh berjemaah di masjid-masjid dan di surau-surau atau sudah berapa hari telah kita dirikan solat tarawikh secara sendiri di rumah?

3) Berapa banyak harta telah kita sedekahkan?

4) Berapa banyak helaian al-quran telah kita baca?

5) Berapa banyak lafaz zikir memuji tuhan dan selawat ke atas Rasulullah S.A.W yang telah terukir di bibir kita?

6) Berapa kali telah kita berjaya mengawal rasa amarah yang tersembunyi dalam diri?

7) Berapa kali telah kita berjaya menahan pancaindera kita yakni mata dan telinga dari perkara-perkara yang boleh mengugat kita sebagai seorang Muslim?

8) Dan berapa kali telah kita berbakti kepada orang yang lebih tua dari kita terutama kedua ibu bapa kita?


Jadi bagaimana??? Sudah berapa hari? Sudah berapa banyak? Sudah berapa kali?

Seandainya ia sudah maksimum, syukur ke hadrat Illahi. 

Seandainya baru sekadar optimum, masih punya banyak hari dan ruang untuk kita memaksimumkannya. 

Namun, seandainya amalan kita masih di tahap minimum, tetapkan niat dan lipat gandakan usaha. Kalau niat kita baik dan usaha kita setimpal. Insya-Allah Yang Maha Kuasa akan bantu mudahkan urusan kita dalam beramal. 

p/s: Sesungguhnya amalan yang baik adalah amalan yang ikhlas.

Saturday, April 30, 2011

Music N Entertainment *-* Mentari Hidup - Haikal

Salam ingatan...

Ada satu lagu ni betul-betul menggerakkan jiwa. Cuba layan.

Lagu: Mentari Hidup
Artis: Kumpulan Haikal
Album: Erti Pengorbanan
Lirik dipetik dari liriknasyid.net


 Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali

Untuk tengok video n dengar lagu.. korang boleh tekan link kat bawah nie. 

p/s: Lagi beberapa jam jer nak masuk bulan Mei.. *-*

Sunday, April 10, 2011

Self Motivation *-* " Lepaskan saja gelas itu! "

Salam ingatan...

credit: deviant art


Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya. “Berapa beratkah air ni?”

“10 ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!”
Murid-murid menjawab.

Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit?
“Tiada apa-apa!” Murid menjawab

Kalau saya memegang selama setengah jam?

“Tangan lenguh!” Murid menjawab,

Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?
“Tidak!” murid menjawab.

Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?

“Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.

Guru tersenyum, “Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”

Murid-murid mula pening, gilo ker apo?

Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital?
“Lepaskan sahaja gelas itu!”

Ya , itulah jawapan yang saya cari. Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama.

Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat.
Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa
Ingat…

“Lepaskan sahaja gelas itu!”

selawat~

Artikel ini diambil dari facebook seorg rakan, Sn Syafiqah

Tuesday, March 15, 2011

Celoteh Kehidupan *-* Saya jadi mangsa plagiarisme!

Salam ingatan...

Saat satu dunia kepoh bercerita pasal Tsunami di jepun, Syana sibuk nak bukak cerita pasal plagiarisme. Sebuah isu lapok yang tak pernah berkesudahan. Aish.. Dulu tak amik point sangat pasal isu nie. Tapi bila dah terkena kat batang hidung sendiri barulah tahu betapa sedihnya rasa bila hasil kerja kita diciplak.




Menurut artikel wikipedia,

PLAGIARISME = penciplakan atau pengambilan karangan, pendapat atau tulisan orang lain dan menjadikannya seolah-olah pendapat atau tulisan sendiri.

Hal-hal berikut boleh diklasifikasikan sebagai tindakan plagiarisme:

  • Mengakui tulisan orang lain sebagai tulisan sendiri,
  • Mengakui idea orang lain sebagai pemikiran sendiri
  • Mengakui temuan orang lain sebagai kepunyaan sendiri
  • Meringkas dan memparafrasekan (mengutip tak langsung) tanpa menyebutkan sumbernya, dan
  • Meringkas dan memparafrasekan dengan menyebut sumbernya, tetapi rangkaian kalimat dan pilihan katanya masih terlalu sama dengan sumbernya.

Sejak dua menjak nie ada pulak plagiat2x tegar dalam kelas Syana. Aduh.. 1st assignment mintak tolong ajarkan sebab tak reti nak buat. Fine! Dengan seikhlas hatinya Syana berkongsi ilmu dengan mereka. 

Assignment ke 2 dan ke 3, dia datang tanya lagi. Sebab tak sempat nak ajarkan, Syana n fwenz kasi tengok hasil kerja kami. Siap bagi taw dia lagi. Please do the calculation part exactly like how I do.. Settle.

Tapi bila lama-kelamaan. Dia makin lemak. Siap boleh datang ke teratak kami lagi lalu dengan bangganya berkata "Aku tak buat apa lagi. Nak tengok report korang!"

Ush... Dah la report tue kena antar ptg nnt. Boleh pulak pagi tue satu haprak pun dia tak buat lagi. Pastu sesenang hati jer datang nak tengok report orang. Mula2x my housemate memang tak nak kasi. Then, dia ajarkan jer. Tapi si plagiat tegar nie memang malas nak paham n tak nak paham pun apa yang perlu dibuat. Terus mintak untuk tengok report my housemate tue jugak. Aishh.. lepas tu bleh pulak dia tiru the calculation part bulat2x tanpa tahu hujung pangkal walhal data experiment kami berbeza. Jalan kerja jer yang totally sama.

Ok.. Tak habis kat situ. Dia mintak tengok untuk question part pulak. Yang my housemate memang tak nak kasi. So, they juz told her yang mereka tak siap lagi. Abis kat situ. Si plagiat tadi pun pulang ke rumahnya.

Petang tue, hujan turun dengan lebatnya. Angin memang macam ribut. Dengan guruh lagi yang berdentum-dentum. Tapi Syana gagahkan juga diri pergi ke kelas. Penting kowt pergi. Ada quiz nieyhh..

Sesampai kat kelas dengan keadaan diri yang basah kuyup, Syana letak semua kertas, assignment n nota kat atas meja. Hoho. Baru jer nak duduk, datanglar si plagiat ni. "Nak tengok report boleh? Ada yang tak siap lagi nieyh!" Syana dengan innocent nya kasi dia my complete report tuhh. Takkan nak bagi alasan tak siap or tak bawak pulak. Dah sah2x terpampang muka depan report syana tue kat atas meja. So, nak tak nak, kasi saja lah.

After 5 minutes, Syana pergi kat dia balik. Baru teringat ada jadual dalam report tu yang syana belum gariskan. Tetiba......nampak dengan penuh usahanya dia copy jawapan2x syana utk part question. Mak aiii.. Sebijik kot. Kalau yer pun nak tiru, agak2x lah sikit. Tukar ayat ke ringkaskan ke apa ker. Nie nampak sangat dia salin jer tanpa baca soalan. =(

Sebab dah kantoi, dia terus cakap macam nie.. 'Aku tiru jawapan question Sya tau... HAHHAHAHAHAH!' kuat gila dia gelak kowt. Nak cover malu lah tue. Seyes syana tak cakap apa. Senyap jer. Buat muka ketat. Tak senyum n tak masam. Just be innocent macam nothing happen.

Lepas tue kelas bermula macam biasa. Sepanjang 1 jam kuliah berlangsung, report syana masih pada dia. Tak terfikir pun nak mintak balik sebab jarak kedudukan antara kami memang jauh. Takkan nak berjalan time kuliah pulak. Lagipun memang bila dah focus sangat dengar lecturer mengajar kat depan maka dengan sendirinya segala benda yang lain akan dilupakan dengan sendirinya.

Habis kelas baru dia kasi balik report syana. Huhu. Bila balik rumah, baru lah syana tahu yang dia memang begitu. My housemates semua terkejut bila Syana cakap yg my whole complete report ada pada dia sepanjang kuliah. Ohhh My! Adakah dia copy sebijik2x jugak part discusion Syana. Harap2x tak lah yer. Syana sedang cuba berfikiran positif nie.
Actually Syana tak kan kisah sebagaimana yang Syana kisah sekarang nie pun jikalau dia ada usaha untuk buat dulu sebelum copy. Tapi the problem is dia langsung tak der initiative untuk cuba buat. Kalau dah cuba tapi tak tahu memanglah boleh kami terangkan tapi kalau dah memang 100% dia mengharapkan jawapan kami semua, apalagi yang nak dikata. 

Untuk si plagiat.. kalau anda baca entry ini, ketahuilah bahawa Syana tak marah tapi geram. Entry ini bukan sama sekali mahu menghentam anda tetapi sebaliknya mahu memberi peringatan dan pengajaran kepada anda serta mereka2x yang lain bagaimana kami sebagai mangsa plagiat rasa teraniaya. Hopefully anda akan berubah. Masih ada masa dan ruang untuk anda memperbaiki diri. Syana harapkan anda akan dapat mengasah potensi diri.  

Korang macam mana? Ada pengalaman tak dengan plagiarisme. Korang dipihak yang mana? Mangsa atau pemangsa?

Saturday, January 1, 2011

Self Motivation *-* Kau pilih aku untuk terus bernyawa!

Salam ingatan..

2010 telah meninggalkan diri. Cukup pantas detik masa berlalu tanpa benar-benar diri merasai. Oh.. Tuhan. Besarnya nikmat yang telah Kau berikan kepadaku sepanjang tahun 2010 ini. Sesungguhnya setiap hirupan oksigen yang Kau benarkan aku hidu di BumiMu, penyambung hayatku di dunia. Dan kini....... Kau berikan pula aku kesempatan untuk memasuki tahun baru.......2011

Alhamdulillah kerana aku yang Kau pilih untuk terus bernyawa!

Ya Allah. Sungguh banyak khilafku di 2010. Walau manusia sudah makin maju dengan kehadiran pelbagai teknologi baru, namun tiada satu pun yang dapat menyukat dosaku padaMu. Ampunilah aku.

2011.. Moga tahun baru terus mengubah aku. Melipat gandakan saham2x akhirat dan jua duniaku. 

 Sampai bilakah cahaya akan terus menyinari Bumi?? 
Hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Jangan menoleh ke belakang lagi. Teruslah melangkah wahai kaki. Insya-Allah kejayaan abadi akan mendakap diri suatu hari nanti.

Saturday, September 25, 2010

Self Motivation *-* Kisah Aku, Lim dan Hidayah. Subhanallah!

Salam ingatan...

Wahai kawan2x ku sekalian.. Jom kita peruntukkan sedikit masa untuk membaca kisah kat bawah nie. Tak lama. Sekejap jer pun! Moga bisa memberikan kesedaran. 


Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak bernama Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6 manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumahku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan aku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan. 

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

"He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago... Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku. 

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan...

Assalamu'alaikum... Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah. 

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? Memanglah... Kenapa kau tanya macam tu?

Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham... diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapakah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku di Islamkan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal... sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu. Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.

Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih dari 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

Untuk perkongsian sebagai teladan... terima kasih pada sumber 
(tiki md <tiki_md@yahoo.co.uk>)

Tuesday, August 31, 2010

Self Motivation *-* Merdekakan Diri Melalui Pencarian Lailatul Qadar

Salam ingatan..

Tiba detik 12 malam nanti, kita semua selaku rakyat Malaysia akan menyambut kemerdekaan negara yang ke-53. Ya! Pada yang kurang alert tue, sila tahu yang Malaysia dah 53 tahun merdeka!!

Kemerdekaan.. Tafsirannya merangkumi beberapa aspek dan ianya begitu luas sehingga tidak hanya terhad kepada kebebasan negara daripada cengkaman penjajah sahaja. 

Hari ini, Malaysia telah berjaya membebaskan diri selama 53 tahun daripada cengkaman penjajah-penjajah ini. Tapi, adakah kita semua (korang dan saya) selaku rakyatnya telah berjaya membebaskan diri kita??

Alhamdulillah.. 31 Ogos tahun ini disambut pada malam ke-21 Ramadhan, malam permulaan kepada malam 10 akhir Ramadhan yang mana terletaknya salah satu dari malam ini sebuah malam yang dipanggil malam Lailatul Qadar.

MALAM LAILATUL QADAR!!


Ianya merupakan anugerah dari Allah Taala untuk umat Muhammad S.A.W. Sememangnya Allah sudah mengetahui yang umat Islam di akhir zaman ini mempunyai banyak kelemahan dan sering melakukan dosa. Jadi diberikan olehNya kepada kita semua satu peluang di mana ibadah yang dilakukan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan.

Jika kita semua dapat mencapai malam Lailatul Qadar ini, kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu bersamaan juga dengan 83 tahun. 

SUBHANALLAH!! 

Ianya seumpama kita semua menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah. Sungguh lumayan tawaran anugerah yang Allah janjikan ini.

LAILATUL QADAR PADA MALAM2x YANG GANJIL??

Menurut para ulamak, dinyatakan bahawa malam Lailatul Qadar ini berkemungkinan jatuh pada malam ke 21,23,25,27 dan 29 dari bulan Ramadhan iaitu pada malam2x ganjil di 10 akhir Ramadhan. 

Secara ringkasnya, malam Lailatul Qadar ini boleh dikatakan sebagai berubah dari satu tahun ke satu tahun yang lain. Tetapi ianya tetap dalam lingkungan 10 malam terakhir Ramadhan.

Apapun, masa berlakunya malam Lailatul Qadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam terakhir Ramadhan itu.

Jadi bagaimana??

Tidak mahukah kita merebut peluang keemasan ini??

Negara kita mungkin sudah merdeka! Tapi kita semua masih lagi juga terikat dengan dosa-dosa yang pernah dilakukan. Tidak mahukah kita merdeka dan bebas dari belenggu dosa-dosa lampau kita ini??

Allah sudah memberikan jalan.. Tinggal kita sahaja untuk membuat keputusan sama ada mahu melalui jalan yang ditunjukkan atau tidak. 

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN NEGARA!! MERDEKA!!

Tuesday, August 10, 2010

Self Motivation *-* Ke Arah Ramadhan Yang Lebih Sempurna

Salam ingatan...

Sekejap jer masa berlalu. Tup tup esok dah masuk bulan Ramadhan.. Alhamdulillah kerana kita semua masih dipanjangkan umur untuk menjalani ramadhan pada tahun ini. Semoga ramadhan tahun ini merupakan ramadhan yang bermakna buat saya dan kamoo semua.

HAPPY BLESSED RAMADHAN!!

Abu Hurairah menyatakan : Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud

"“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke
atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan
ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan.
Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia
rugi.”

(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)

Dalam sabda ini Rasullullah (saw) menegaskan bahawa Ramadhan bukan sahaja bulan kita berpuasa tetapi ia datang dengan penuh keberkatan, yang mana jalan untuk beramal begitu luas terbentang, jalan untuk mendapat pahala berlipat ganda dipermudahkan, jalan ke arah dosa dipersempitkan. Ini merupakan pemberian Allah yang tiada-tolok bandingnya.

Sabda ini juga dinyatakan bahawa syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan. Ini bagi membolehkan kita menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita juga perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai. Jadi berwaspada ya!!

Selain itu, menurut sabda ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan dalam bulan Ramadhan. Malam itu kita kenali sebagai malam lailatul qadar yang mana malam yang lebih baik dari 83 tahun. Masya-Allah. 

P/s: entry malam nie dah macam tazkirah lah pulak kan?! *-*

Abu Hurairah menyatakan: Rasulullah s.a.w menganjurkan untuk mengerjakan solat pada malam bulan Ramadhan tetapi tidak mewajibkannya. Beliau bersabda:

"Barangsiapa yang bangun pada malam bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan keredhaan Allah maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu"

(Hadis Riwayat Muslim)

Solat sunat terawih merupakan antara amalan yang dilaksanakan semasa bulan ramadhan. Solat ini tidak diwajibkan tetapi digalakkan oleh Rasulullah s.a.w untuk kita lakukan. Hal ini kerana, kita semua mempunyai dosa. dan solat terawih merupakan cara untuk kita mendapatkan keampunan bagi dosa-dosa yang kita lakukan.

Maka, pada malam ini marilah kita tetapkan niat kita untuk menimba sebanyak mungkin keberkatan di bulan ramadhan. Pada malam ini, kita berusaha tingkatkan komitmen kita untuk rakus dan haloba mencari pahala. Malam ini juga kita pasang janji kita untuk berlumba memanfaatkan masa yang begitu terhad untuk beramal dan beribadah. Akhir sekali, pada malam ini kita tekadkan nekad untuk tidak tergolong ke dalam golongan yang rugi.

Credit to: Dr. Hj. Omar Bin Yaakob

P/s: Selamat menjalani ibadah berpuasa!! Puasa esok jangan lupa niat..=)


Tuesday, July 20, 2010

Self Motivation *-* Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui

Salam ingatan...

Malam nie cuma mahu berkongsi dengan korang semua sebaris ayat suci Al-Quran. Moga ia boleh menjadi renungan dan panduan untuk kita bersama.


(Surah Al-Baqarah; 216)

Maksudnya: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik untukmu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Wednesday, May 26, 2010

Self Motivation *-* Hukumnya 'Wajib' Untuk Bagi Hadiah Pada Diri Sendiri

Salam ingatan...

Oohh, awalnya Syana tido semalam! Baru jer baca novel sehelai dua dah terlelap. Apa nak jadi nie??!! Cerita best tapi buat tahi mata jugak. Dush2x..

Ok. Topik kita hari nie tak der kaitan pown dengan tido tanpa sedar ataupun baca novel terhenti-henti. Wihaa.. Di bawah sinar matahari yang memancar terang hari nie, Syana nak bukak topik pasal hadiah.

Wahh.. bestnya dapat hadiah!

Sebelum apa2x, nak tanya korang siket.

Pernah tak korang bagi hadiah pada orang tersayang??

Tak kisahlah kan kat emak bapak korang ker, kawan2x korang ker ataupun dekat mata air.

Pernah!! 

Bagus2x.. Memang kamoo semua niey baik punyer orang.

Lagi satu soalan nak tanya.

Pernah tak korang bagi hadiah pada diri sendiri??

 Haa.. Tak pernah. Pelik. Kat orang tersayang korang bagi. Kat diri sendiri tak der pulak. Apa korang tak sayang diri sendiri ke?? (Wat muka ala2x garang sambil cekak pinggang)

Tak patoot tau korang nie. Diri sendiri harus diberi penghargaan jugak. Kita kena selaloo hargai diri kita sendiri nie, barulah orang lain pun hargai kehadiran kita. Tak gitoo?


Hadiah macam mana yang sesuai untuk diri sendiri yer??

Semua jenis hadiah pun boleh. Tak semestinya korang nak kena bagi sesuatu yang BESAR sebagai hadiah. Kadang-kadang yang kecil itu lebih bermakna. =) Wee


Antaranya:


1. Bila tiba detik pukul 12 masa harijadi kita, apa salahnya kalau kita wish diri sendiri dulu sebelum orang lain wish kita. Itu hadiah jugak tue.


2. Kita juga boleh hadiahkan diri dengan sesuatu yang kita suka sebagai perangsang semangat. Misalnya, jika kita berjaya study selama 3 jam maka kita dibenarkan online selama 1 jam. Maka, kalau nak online lelama maka kenalah study lelama. Baru adil? Ye tak!!

 

3. Sesekali apa salahnya jika kita hadiahkan diri dengan benda yang kita amat2x mahu. Asalkan benda tu tak memudaratkan diri dah ler.. Tapi janganlah selaloo sangat. Nanti orang tak panggil hadiah dah. Haha


4. Lagi, kita jugak boleh bagi hadiah berupa makanan faveret ker, pakej percutian ker ataupun sesi spa. Setidak-tidaknya boleh jugak release tension. Haha


Rasa tak sesuai lah Syana bagi hadiah kat diri sendiri. 
Cam syok sendiri jer?!

Saper cakap?? Tak de maknanya bagi hadiah kat diri sendiri tuh SS! Meh Syana sekeh siket kepala dia yang cakap begitooo.. (Cepat...larikan diri!) =p



Jadi yang lelaen tunggu aper lagi. Marilah kita mula menyayangi diri sendiri. 

"Tiada erti kita menyayangi seribu orang sekalipun andai diri sendiri enggan untuk disayangi"

Tuesday, May 18, 2010

Self Motivation *-* " Walaupun Cuma Sekupang Tetapi Ianya Berharga"

Salam ingatan..

Kalau Mr.Kazirinkato baca title entry nie, sila jangan heart attack yer! Itu memang kata2x kat header blog awak. Saya nak mintak izin guna kejap nie. Sebab ianya  memang "cantik,tertarik,menarik kau memang da BoM".. Ahaaa. Halal yer?? Sebagai balasan saya kasi promosi siket..

Readers semua! Jom terjah blog milik Mr.Kazirinkato.
"Cerita Sekupang"  Pasti tak rugi =) Wee..

Ok. Berbalik kepada topik asal entry.


Duet sekupang..

Nilainyer sangat kecik. Memiliki sekupang dalam dunia sekarang nieyh samalah macam tak memiliki apa-apa. Yer lah. Apa lah yang boleh dibelanjakan dengan sekupang jika hendak dibandingkan dengan nilai mata wang hari ini. 

Kalau zaman Syana kecik2x dulu, sekupang nieyhh boleh lah lagi dibeli gula2x dua biji. Kalau tak pown dapat beli mamee yang paket comey2x tue. Atau kalau nak lagi best dengan berbekalkan sekupang zaman tue, Syana dapat beli aiskrim pong! (waahh..rindu nak makan aiskyem pong color pink dari kedai leong sambil lepak atas bumbung gelongsor yang macam istana tuhh.. senget!!)

Tapi hari ini, berapa kerat sangat lah gula2x yang harga 5sen sebijik. Semua pun dah dikasi packaging lawa2x.. Jual dalam bentuk tube panjang lah, apa lah.  Transformasi konon!! Lepas tue jual mahal2x.  Hmm. ^-^ Kalau setakat ada sekupang tuhh, kyem salam jer lah yer!!

Apalah sangat nilai sekupang...

Sedangkan budak2x kecik yang baru tiga empat tahun tuhh pown dah tak pandai mengomen bila dapat duet raya kertas biru bernilai seringgit. 

"Apalah atuk nie... Seringgit jer?? Apa class seringgit tok!" 

Amboi.. Budak sekarang. Demand ke main. Orang bagi tue terima jer lah. Siap komen bagai. Bukannya nak berterima kasih. Kalau anak Syana nanti bagi statement macam tuhh memang syana marah dia cukup2x.. (weickk.. macam la diri tuh reti sangat nak marah orang).

Ok.. Itu kes satu ringgit Malaysia. Kalau budak2x nie diberi sekupang agak2x korang cam ner reaksi mereka yer. Dahi berkerut beribu ker?? Mulut bermuncung itik ker?? Atau adakah diambil duet sekupang tersebut???? Korang yang bijak pandai nieyhh wat lah andaian sendiri yer..

Sebenarnya, empunya diri yang menulis nieyhh pown dulu tak pandai nak menilai erti Ringgit Malaysia sekupang. Sehinggalah mengalami satu pengalaman yang buruk.

Ceritanya bermula begini....Pada suatu hari (awak ingat nie buku cerita kanak2x ker Syana oii) , Syana telah menyertai sebuah kem remaja. Biasalah kan.. kat dalam kem mesti ada banyak game. Cuma satu game jer yang benar2x melekat dalam tempurung kepala syana nieyhh.. 

Game tuhh main dia senang jer. Mula-mula sekali, kita semua kena buat satu bulatan besar. Sebab kami tersangatlah ramai (dalam 100 orang gitu), jadi bulatan yang terbentuk tuhh memanglah tersangat-sangat gedabak. Lepas tue, setiap peserta diminta menghulurkan sebelah tangan ke hadapan. Maka, berjalan2 lah para fasilitator kepada setiap orang dari kami. 

Boleh agak tak apa yang cik kak n cik abang-cik abang fassi tue buat kat kitaorang?? 
Klu: Diaorang pegang marker berbagai2x warna..

Jom kita tengok siapa yang kena!! (Tone: ala2x suara Ibrahim Pendek dalam Ali Baba Bujang Lapok)

oK.. Jawapannya tangan kami semua diconteng!! (Ciss.. dah ler dengan marker..) Para fasi kem tuhh conteng tangan kitaorang dengan nilai wang. Kiranya macam letak tag harga untuk setiap sorang lah. Nilai2x wang yang diaorang bagi adalah antara 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan RM1. 

Ramai jugak yang diberi harga diri dengan nilai2x ciput bawah seposen. Dalam 1/2 dari jumlah peserta gituu. Tapi Syana diberi harga Rm0.50 taw. Walaupun bukan seringgit tapi punyalah kembang semangkuk bila diri bernilai tinggi. Siap kutuk2 kawan2x kat kiri-kanan yang murahan. Aduhh. Buruk nyer perangai!!

Lepas diri setiap individu dah mendapat contengan-contengan manja masing-masing, permainan diteruskan. Kali nieyhh kami kena cari pasangan (tak kisahlah pasangan dua sejoli ke, tiga sejoli ker malah pasangan 10 berjoli-joli sekalipun) sehingga hasil tambah nilai diri pasangan kami membentuk nilai wang yang akan disebutkan oleh seorang abang fasi yang menjerit dari atas pentas. Dengan penooh confident, Syana semangat mahu memulakan permainan. Al-maklumlah harga diri I tinggi. Pasti ramai yang akan berebut2kan I punyer. Jangan jelez si murahan!

Maka selepas nilai wang dilaungkan dari atas pentas, semua orang pun berpusu-pusulah cari pasangan yang secocok. Nilai wang pertama yang disebut ialah dua ringgit enam puluh lima sen (Sebenarnya, masa tulis entry nie, Syana dah tak ingat nilai sebenar yang disebutkan. Korang anggap jer lah nilai ni yer). 

Dengan itu, berpusing2x Syana cari pasangan Syana. Jumpa tiga empat orang. Tapi masih tak cukup. Sekejap tak cukup 20 sen. Sekejap tak cukup 5 sen. Aduhh.. Tengok orang lain  ramai dah berlari2x ke pentas. Dah cukup duet lah tue. =( 

Toop2x wisel dibunyikan. Masa dah habis lorr.. 

Saper tak dapat selesaikan game lagihh kena kentut ketampi 5kali.. Memang lah 5 kali jerrrrr. Tapi malu nyer teramatlah, perghhh!!

Game diteruskan lagihh bagi mereka2x yang dah kena kentut ketampi tadi. Kali nie nilai wangnya RM2.29. Syana dengan pasangan2x yang dah sedia ada pown p lah cari duet. Yang penting kat sini ialah seseorang yang bernilai 5sen dan 4 orang yang bernilai 1sen. Giler sakit hati. Susah kowt nak cari nilai2x kecik. Menjerit2x syana cari jodoh. Adess.. Semua orang pun nilai besar2x. Kalau ada yang bernilai kecik pulak tak cukup dengan duet yang abang fasi suruh cari. Memang frust nonggenglah. 

Sebab masih tak jumpa pasangan sehidup semati, sekali lagi syana didenda kentut ketampi. Orang yang tak selesaikan game tinggal tak sampai separuh pun lagi. Dalam 40 orang jer lagihh lebih kuang. Means, ada 60 orang tengah gelak2xkan kami buat kentut ketampi. Bayangkan sendiri lah malu nyer cam mane?? Maruahku sungguh tercalar-balar saat itu. 

Game diteruskan lagi. Nilai wang seterusnya yang perlu dikumpulkan ialah 4 ringgit 7 puluh satu sen. Kali nieyhh semua orang memang main dengan semangat juang kamikaze askar jepun. Melolong-lolong kami promote harga diri. Tagih simpati dari satu kumpulan manusia berkumpul ke satu kumpulan lagi. Keadaannya tak ubah macam orang cacat yang mintak sedekah nasi sesuap mulut. Waktu tuhh hanya tuhan yang tahu perasaan Syana. Malu dengan kawan2x lain yang dah selesaikan game. Sedih dengan nasib diri yang mahal tapi tak dihargai kehadirannya. Sakit hati dengan manusia2x yang taknak pada team saya. 

Peluh tak yah cakaplah kan. Basah lencun satu badan mengiklankan diri. Air mata dah mula nak menitis bila orang lain tak nak amek kita as their team member walhal harga diri kita tinggi. ='( Tahan syana. Tahan.

Begitulah keadaannya sampai beberapa kali. Peluang pencarian pasangan sepadan yang terakhir baru lah Syana dapat selesaikan game. Tuh pun jenuh jugaklah nak mengumpulkan nilai RM9.12 yang dimintak. Pasangan Syana terdiri daripada 5 orang bernilai RM1, 8 orang bernilai RM0.50 (termasuk saya lah nie), 1 orang bernilai RM0.10 dan 2 orang bernilai satu sen. Yang nak cari sekupang tue lah yang paling mencabar sekali. Weee.

Kesimpulannya, walaupun duet tue cuma sekupang, tetapi ianya sungguh berharga. 

Sama jugaklah macam hidup kita. Jangan sesekali kita pandang hina dekat orang lain yang lebih rendah martabatnya dari kita. Walaupun mereka nie bukanlah yang paling gah, yang paling orang impikan atau yang paling bagus. Tapi, suatu hari kita akan tetap cari  mereka untuk memberikan faedah semula kepada kita. Walaupun kedengaran hipokrit. Tapi tu lah realiti hidup. Suatu hari kita tetap perlukan 'tukang angkat najis' untuk pastikan keselesaan kita.

Kita semua dilahirkan berharga, jadi hargailah kelahiran diri kita dan orang lain..

Tuesday, May 11, 2010

Celoteh Kehidupan *-* Jangan Harapkan Pertolongan Orang Kalau Diri Susah Nak Tolong Orang Lain

Salam ingatan...


Bila susah merungut macam aper jer!! Konon semua orang pun cam tak der hati perut. Tak berperikemanusiaan. Nak mintak tolong siket pown susah. Bukannya mintak dia tolong banyak pown. Tolong siket jer. Itu pown payah benar. Bukannye nak mintak bagi nyawa ke haper. Bagi duet berjuta jauh sekalilah kan? Tapi kenapa susah sangat orang nak tolong tyme kita susah?

Sebelum Syana jawab soalan korang tue lah kan, Syana nak tanya siket. Pernahker korang tue tolong orang lain? Pernah ker korang tue ada hati perut?? Pernah ker korang tue bersimpati dengan kesusahan manusia lain?? Dan pernah ker korang tue ada sifat perikemanusiaan? Paling penting pernahker korang tue bantu orang??

Kalau pernah Alhamdulillah lah kan. Tapi kalau seumur hidup kita memang jarang nak tolong orang janganlah nak merungut bila orang lain pun susah nak tolong kita. Formula kehidupan nie senang jer. 'Kita buat kita dapat balik'. Jadi kalau kebaikan yang kita buat maka kebaikan jugaklah yang bakal kita dapat. Tapi kalau sebaliknya faham2x sendiri lah yer.

Jangan nak meminta-minta dari manusia lain sesuatu yang korang sendiri tak pernah bagi. Tak adil namanya. Tapi kalau korang dah memang dasar muka tembok yang tak tahu malu, teruskanlah gaya hidup hebat korang tue. Sememangnya akan ramai lah orang lain yang akan 'sayang' kat kita bila kita buat sedimikian. Tak percaya teruskanlah.

Tolong orang nie bukan bermaksud kita tolong orang yang nak mati lemas kat tengah laut tue jer. Bukan sampai kena derma organ penting dalam badan baru dipanggil menolong orang lain. Setakat bagi makcik tua duduk kat dalam monorel tu pun dah dikira bantu orang. Nak yang lagi senang, korang jimatkan penggunaan elektrik. Itu pun dah termasuk dalam menolong parent korang jimatkan belanja utility. Tak susahkan! Cuma nak praktis jer yang payah.

Harap2x lepas nie korang semua termasuklah diri Syana jugak amalkan semangat tolong-menolong nie. Bila orang mintak tolong dengan kita, kita bantulah selagi terdaya. Kalau tak dapat tolong dari segi material dan fizikal sekalipun, tolong bagi semangat dan sokongan pun dah memadai. Ingat yer, sekali kita tolong orang susah seribu kali orang tue akan kenang jasa kita. Moga2x bila tiba masanya kita pula yang dilanda payah, ada insan yang sudi menghulur tangan membantu kita. Insya-Allah pasti ada!!