Wednesday, May 5, 2010

ShoutOut *-* Bila Tarikh Hari Ibu? Sila Baca Untuk Tahu!!

Salam ingatan..

Bila masuk jer bulan Mei, semua orang pun riuh bercerita pasal Hari Ibu atau bahasa Omputih nyer Mother's Day. Tapi persoalannya Hari Ibu tu berapa haribulan 5??

Ibu siapakah ini??

Ok.. Straight to the point lah yer!! Hari Ibu itu disambut pada tanggal ahad pertama dalam bulan mei saban tahun.. kiranya tahun ni pada 9 Mei lah kan?! Ops.. hari Ahad niey lah yer?? A'a. Ahad nie lah kengkawan. Jadi apa lagi?? Jangan buat2 lupa pulak. 

Ada orang berkata.. 

Kalau nak hargai jasa ibu kita tak semestinya pada hari ibu!!

Syana berkata..

Betul. Setiap hari pun kita patut kenang pengorbanan insan bergelar ibu. Tapi Hari Ibu tetap harus disambut bersama ibu tercinta demi memberitahu dia yang kita tak melupakan dia di hari-hari istimewa. 

Ada orang berkata..

Ibu saya tak kisah pun pasal hari ibu nie!

Syana berkata..

Mana korang tahu dia tak kisah?? Pernah korang tanya dia?? Entah2x sepanjang 9 Mei tuhh dia ternanti2x. Seorang ibu tidak mengharapkan sesuatu yang besar dari anaknya di Hari Ibu tapi cukuplah sekadar ucapan ikhlas tanda ingatan..

Ada orang berkata..

Malulah nak sambut Hari Ibu dengan ibu saya. Sebelum nie keluarga saya tak pernah pun celebrate ker haper.. Tak pernah2x saya wish hari ibu kat dia. Nanti semua orang ingat saya buang tabiat pulak.

Syana berkata..

Rileks la Bro.. Buat haper nak malu??!! Korang buat sesuatu yang murni kowt! Kalau korang dengar cakap orang sampai bila pun xsudah. Ok.. kalau korang malu sangat cuba teknik nie.. 

Amek sehelai kertas kosong, tulis perkataan 'SELAMAT HARI IBU'. Kemudian tanda tangan pada kertas tersebut. Pastu korang lekatkan kertas nie pada cermin meja solek ibu korang. Tak pun lekatkan kat depan peti ais. Kalau malu jugak letakkan jer kat atas katil ibu. Ada paham??!! As simple as it. Takkan tak boleh buat kowt. Boleh kan?? =)
-----------------------------------------------

Adik Syana dah beli present utk Umiey sempena Mother's Day nie. Aduhhh.. Syana tak prepare apa2x lagi.. Nak wat haper erk??!! Ingat nak masakkan cheese cake!! Atau chocolate cake?? Aci tak??

Oklah! Korang wat haper pun tak penting.. Yang pasti korang ingat.. Ingat jangan sampai ibu korang sedih tengok anak2x orang lain sambut hari ibu dengan emak2x mereka. 

Jadi.. Apa yang korang nak buat masa Hari Ibu nanti??

No comments: