Thursday, February 16, 2012

Music N Entertainment *-* Avril Lavigne Black Star Tour

Salam ingatan...

Avril datang buat konsert kat Malaysia! Yeah... Setelah sekian lama menunggu. Akhirnya, Stadium Merdeka akan menjadi saksi kehadiran Avril Ramona Lavigne aka Avril Lavigne di Kuala Lumpur.




Yup! I luv AVRIL music n I can't wait to meet her. Wihuu!

AVRIL LAVIGNE BLACK STAR TOUR
18th February 2012
Stadium Merdeka Kuala Lumpur


One of the best song in her latest album.

"REMEMBER WHEN"


Thursday, February 9, 2012

Celoteh Kehidupan *-* Semester 5 Degree

Salam ingatan...

Terlampau sibuk, busy memanjang dan tak cukup masa..

Itulah antara sebab mengapa semester 5 syana baru-baru ini sepi tanpa sebarang entry baru. Namun, alhamdulillah. Penyeksaan berbulan-bulan lamanya telah berakhir jugak. Sama ada berakhir dengan jaya ataupun sebaliknya, kita pakat tunggu result final exam keluar ye. Moga semua beroleh kejayaan yang diimpi.

Oleh kerana lama tak berceloteh, Syana nak ringkaskan apa yang berlaku sepanjang semester September 2011 hingga January 2012.

1) Rumah sewa dipecah masuk

Permulaan semester yang tragis tetapi penuh hikmah. Kejadian berlaku pada penghujung september 2011. Hanya dua minggu setelah semester bermula. Sewaktu petang kejadian, semua penghuni rumah tiada. Masing-masing menghadiri slot 'makmal instrumental analysis'.

Nak diringkaskan cerita, dalam senggang masa 3 jam, pencuri terbabit telah berjaya melesapkan 5 buah laptop, telefon bimbit dan barangan lain. Bagaimana pencuri-pencuri terbabit berjaya memasuki rumah yang sememangnya berkunci, masih menjadi tanda tanya. Tapi disyaki dengan meleburkan mangga rumah. Dan yang kami pasti, pencuri terbabit lebih dari seorang. Mungkin dua orang. Ini berdasarkan cara penggeledahan yang dilakukan di setiap bilik berbeza-beza. 

Bagaimanapun, dengan apa yang berlaku, kami masih lagi bersyukur. Mujur jugalah kejadian itu berlaku di petang Jumaat. Andai kata ianya terjadi di sebelah malam ataupun di hujung minggu di saat ada penghuni di dalam rumah, mungkin sesuatu yang lebih tragis akan berlaku. Ya, sebagai seorang Muslimah memang tidak baik untuk kita berandai-andai. Namun, kerana kejadian ini jugalah kami lebih tabah dan lebih dekat kepadaNya. Selepas apa yang berlaku, soal keselamatan tidak lagi dipandang remeh oleh kami semua malah ianya menjadi prioriti. Apapun, kepada si pencuri, terima kasih kerana menguatkan diri ini. Moga kamu dipermudahkan hidup sama ada di dunia ataupun di akhirat kelak. Bertaubatlah sementara nyawa masih bersisa.






2) Test, test n test

22 jam kredit untuk pengajian di semester 5 ini memang menguji diri. Terlalu banyak quizes n tests yang terpaksa dihadapi untuk setiap subjek. Belum dicampur dengan assignment n presentation lagi. Hinggakan di saat ini, Syana masih belum percaya yang Syana telah berjaya melalui itu semua. Syukur kerana semester yang perit ini telah berakhir. Hanya tinggal lagi dua semester yang menanti di hadapan.Chayok2x. (@-@)






3) XTVT

Memandangkan Syana sibuk sepanjang semester, tak banyak sangat aktiviti yang Syana ikut serta. Cuma beberapa aktiviti santai anjuran PERTEMA (Persatuan Teknologi Makanan UiTM). Antaranya, Family Day di Padang Seroja dan acara Makan Malam di Denai Alam.  








Lain-lain aktiviti adalah lawatan ke beberapa lokasi. Bukan tempat bersejarah tapi tempat kutip serba sedikit ilmu. Antaranya, Pusat Nuklear Negara, Kompleks Abatoir Shah Alam (pusat penyembelihan secara stunning) dan Kilang Yeo's.









Lagi, Syana banyak jugak pergi open house anjuran rakan-rakan, rukun tetangga, fakulti, persatuan dalaman UiTM dan NR UiTM.





Anugerah Saintis Muda turut tidak ketinggalan untuk dihadiri pada semester ini.








Secara keseluruhannya, semester 5 degree meninggalkan Syana dengan bermacam kisah pahit, tawar dan manis. Semuanya ditelan kerana itulah lumrah kehidupan manusia.


See you in the next entry.. *-*