Thursday, June 21, 2012

Celoteh Kehidupan *-* Never say you can't

Salam ingatan...

Semester 6 kali ni betul2x cepat berakhir. Pantas tapi seksanya terasa sungguh. 14 minggu pengajian terisi dengan pelbagai agenda. Sibuknya diri di semester ini tak terbayang. Tak sangka minggu ni adalah minggu yang ke-14. Dan minggu depan, final exam dah bermula. Dengan markah-markah test yang hanya sekadar average tanpa ada apa2x wow factor, memang susah siket ler nak excellent sem ni. Tapi belum habis cuba tak boleh mengalahkan? 

Bak kata ayah si Bruno Mars ni...

"Never say you cant!!"

Sunday, June 17, 2012

Ukiran Ilham *-* Sesungguhnya Alhamdulillah



Salam ingatan...



Masih ada nyawa di jasad ini.. 
Sesungguhnya, Alhamdulillah.

Masih ada yang menyayangi diri ini..
Sesungguhnya, Alhamdullillah.

Walau apa yang aku ada tidak cukup sempurna,
Masih jua inginku lafazkan syukur,
kerana aku punya apa yang banyak dari mereka tidak punya,
biarpun sikit dari mereka punya lebih sempurna dari apa yang ku punya. 

Sesungguhnya, Maha puji Allah. ALHAMDULILLAH.

3.21 a.m
17 June 2012
Ruang peribadi Shah Alam