Saturday, February 27, 2010

ENTRY PERTAMA berkenaan CINTA

salam...

ntah kenapa arini SYANA terasa seperti ingin berbicara soal cinta.. sesuatu yg belum pernah syana bicarakan dalam blog ini!!! malah sesuatu yang amat jarang benar untuk saya bicarakan bersama rakan2 atau sesiapa sahaja.. saya agak perahsia dalam soal ini.. pada saya soal cinta terlalu peribadi untuk dibicarakan.. terlalu sulit untuk dikongsi bersama semua..

Tapi entah mengapa sejak membaca beberapa novel berkaitan cinta dan menonton beberapa drama yang turut mengupas tentang topik tersebut, syana terasa seperti terpanggil untuk berkongsi sesuatu tentang CINTA di sini.. hanya sekadar untuk berkongsi rasa dan pandangan!!

Secara jujur.. ya.. saya pernah merasai cinta.. Tapi secara jujur juga ya.. saya amat takoot terhadap CINTA.. saya terlalu takoot utk disakiti hingga kekadang saya seperti melarikan diri dari cinta..SAYA terlalu menyayangi diri sendiri hingga tidak berani membiarkan diri ini disayangi oleh insan lain.. takut jikalau sayang yang diberi hanya sekadar permulaan kepada suatu penyeksaan!! Jadi saya sering lepaskan cinta... Bukan prejudis terhadap cinta atau sombong untuk meneruskan cinta tetapi saya rasa belum tiba masanya utk saya betul2 mengabdikan diri untuk cinta!!

ADA apa DENGAN CINTA?? kenapa ada yg sanggup menghambakan diri kerna cinta?? mengapa ada yg boleh sanggup diri diperbodohkan hanya kerana seseorang yang belum tentu sah menjadi milik kita..mereka hanya bergelar kekasih ataupun teman lelaki dan bukannya suami yang memiliki hak keatas kamoo.. Maka, kenapa masih ada juga rakan-rakan satu jantina yang sanggup menyerahkan hidup mereka demi lelaki2 sebegini... kadang2 saya xpaham dengan manusia sebegitu rupa..
benar lah kata orang CINTA ITU BUTA hingga kekadang boleh membutakan diri seseorang itu!!

Pada saya, jika kita cinta maknanya kita akan melindungi dia.. memberikan dia kebahgiaan walaupun mungkin kebahgiaan yang dia cari itu mungkin bukan bersama kita... Kita akan bersama2 menasihati dan memimpin pasangan kita ke arah SYURGA.. bukan syurga dunia.. tapi SYURGA yang hakiki..

Kepada insan yang berkenaan.....

"Bukan aku menolakmu keluar dari hidupku.. bukan jua aku menerima dia melebihi apa yang kita ada bersama.. tapi aku hanya seorang wanita.. aku enggan menutup hatiku semata-mata kerana kau telah membukanya.. menghalau yang lain pergi semata2 kerana kau ada di sini.. menidakkan segala peluang semata2 kerana menyimpan satu harapan.. Biarlah apa pun yang kita rasa @ ada selama ini, tidak memadai dengan hanya... bayangan bukan luahan... kerlingan dan bukan tatapan.. & terutama sekali dengan hanya perlakuan dan bukannya pengakuan"

Adakala manusia suka kerana tiada apa untuk dibenci... Cinta kerana tiada apa untuk ditolak..
Segalanya begitu indah seperti yang diimpi, maka.. kita menerimanya, kerana itu sudah memadai!!

p/s: mungkin selepas ini akan ada bbrp sekuel entry cinta dr saya.. apa ciri2 lelaki yang saya cari?? apa yg sy xpuas ati dengan sikap manusia dlm cinta?? bgmana percintaan yg sy impi?? semuanya akan terjawab!!

No comments: