Monday, February 21, 2011

Calon MPP: Asal handsome jer ko nak undi. Asal cute miut jer ko nak pangkah.

Salam ingatan...

"Apa?? Esok kena pergi mengundi MPP"

Syana baru tahu petang tadi je kowt yang tarikh untuk mengundi calon MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) tue esok! Bukan sebab syana tak cakna. Tahu yang dalam masa terdekat nie akan ada sesi pengundian MPP mengikut fakulti masing2x kat UiTM. Tapi tak sangka pulak esok.

Macam mana nak pergi mengundi nie kawan2x. Calon yang bertanding pun baru tahu namanya petang tadi. Manifesto dorang satu pun syana tak tahu. Nampaknya terpaksa ler mengundi guna sebelah mata jer esok. Mana yang muka agak2x boleh jual tue lah yang akan jadi pilihan kami esok. Yang tak berapa nak confident je muka tue harap maaf lah yer. Saya tak mampu nak undi kamoo!

 Antara calon MPP yang akan bertanding esok. 
Ni calon fakulti akaun ok. Bukan FSG!

Tetiba dengar suara2x sumbang dari belakang..

"Mana boleh weihhh. Asal handsome jer ko nak undi. Asal cute miut jer ko nak pangkah. Habis tue kesian lah kat mereka2x yang berwibawa tapi xder rupa!"

Ala.. Nie yang payah nie. Nak undi secara bijaksana tak boleh. Sebab tak kenal malah tak tahu pon aper impian mereka  dalam nak menaikkan nama Fakulti Sains Gunaan (FSG). Tapi kalau tak mengundi langsung pulak, nanti terpaksa pulak tebal muka cipta sejarah diri masuk court UiTM. Lagilah  tak maw. Kalau kok yer pun syana kena masuk court UiTM biarlah isu besar siket. Tak kuasa skip kelas semata2x nak pergi court. Adess. Konpius. Konpius.

Jadi, korang macam mana?? Dah tahu ker nak undi saper?? Ke lebih rela naik court?

3 comments:

fatanahzakirah said...

kita undi budak food tech!yeahh!
hidup bdk food!:D

e.m.o.g.i.r.l. said...

xnak budak food tech yg nih..!tolonglh korg jgn undi die..>_<!

SyaNa_SaN said...

saper budak fud tech yg bertandg?? ok.. sy mmg xtahu!