Monday, February 14, 2011

Celoteh Kehidupan *-* Luangkanlah masa bersama yang tersayang!!

Salam ingatan...

Yang dinamakan masa itu akan berlalu begitu sahaja. Tak boleh dihentikan, tak boleh dipercepatkan dan tak boleh jugak diperlambatkan. Ikut suka hati dia jer untuk berdetik mengikut arah jam. Suka atau tidak kita kena terima yang masa tak pernah tunggu kita!

Jadi kengkawan, bila ada lebihan masa, jangan dibiarkan sahaja. Rugi beb. Jalani masa terluang kita bersama orang yang disayangi tak kiralah sama ada family, soulmate ataupun bestfriend. Mungkin juga bersama haiwan peliharaan kesayangan kita. Baru berbaloi2x. 

Bukan apa, kita tak tahu kan sampai bila kita akan kekal bersama. Mungkin esok atau lusa ada di antara mereka yang kita sayang akan tinggalkan kita tanpa sempat kita puas meluangkan masa bersama. Atau mungkin juga kita pula yang terlebih dulu dijemput olehNya. Semuanya berkemungkinan. Tiada siapa yang mampu melawan di saat ajal menjengah tiba... 

(Sob..sob.. Bila terfikir tentang mati, terasa diri begitu kecil.)

Jadi dikesempatan masa Syana yang banyak sekarang nie, Syana telah beriadah bersama rakan2x yang tersayang. Hari ini, kami telah pergi berkayak kat tasik shah alam dan juga bermain bowling di Plaza Alam Sentral. Walaupun agak lambat untuk tunggu turn baik utk kayak mahupun bowling, kami tetap puas hati dan bergembira seperti tiada beban yang tergalas di bahu biarpun berpuluh tugasan kuliah yang masih belum diselesaikan.. =)

SESI BERKAYAK BERMULA..

Mekasih yer kepada juru tangkap gambar tak berbayar...

 Alamak.. Hujan rintik2x lah!

 Kalau nak rasa kena ketuk dengan paddle datanglah dekat!

 Sampai meneran akak kita kayuh perahu.

 Jaga2x.. Jihah nak turun.

Amaran: Jangan rempuh perahu saya!

Sesi Kayak Tamat
JOM MAIN BOWLING PLOP...

Demi kamoo semua, Syana rela dimalukan dengan kekalahan!

 Yang berdiri kat tengah2x tu juara bowling tadi.
Mengalahkan juara bertahan, akak baju stripes.

 Cuba tengok point kami.
Walaupun ciput tapi tak per. 
Sebab kami bukan pemain profesional sepenuh masa!

Hari yang penat tapi bermakna.

Jadi korang tunggu apa lagi.. Kalau ada masa tu jangan kedekut nak kongsi dengan mereka yang kamoo sayang yer! Jika kamoo melihat mereka tersenyum pasti kamoo juga akan tersenyum. Ia adalah terapi. Cuba jika anda tidak percaya.

p/s: Suppose kami ke air terjun dis weekend tapi sebab pagi tadi ada quiz online arab maka tak jadilar. Tak per. Saya tetap gembira!

No comments: