Friday, March 11, 2011

Celoteh Kehidupan *-* Tahniah NR UiTM... juara keseluruhan SUKOL 11

Salam ingatan..

Arini sudah 11/03/11 tapi baru dua entry yang terkongsi dengan korang sepanjang Mac ni kan. Terbukti ke-bz-an syana sejak dua menjak nie. Aish.. Tak taw ler bila nak rehat. Syana rindu sekali saat bersuka-ria dan bergelak ketawa tanpa tekanan ketika cuti semester. Harap2x semester ini akan pantas berlalu agar 'kami' tidak terus terseksa jiwa dan raga.

Ok.. Habis citer pasal stress yang tak berkesudahan.. Mari kita beralih kepada main topic kita pulak.

NR JUARA KESELURUHAN SUKOL 2011

Phewit!! Hebat lah NR..

NR= Non Resident. Jadi Syana pun budak NR jugak lah kan. Wahhh! Bangga jadi komuniti NR kejap.

Syana lah antara atlet yang menyumbang masa dan tenaga semasa kejohanan SUKOL 11 kali ni. Macam tak percaya kan?. Walaupun tak memberikan sumbangan yang besar tetapi sekurang2xnya Syana menyumbangkanlah jugak lemak2x tepu yang telah lama Syana kumpul dalam badan ni. Sedih pulak rasa. =p

 Rasa nak bawak balik umah jer tiang gol nie.

 Senaman robik!! I like..

 Antara penyokong yang hadir. Ramai lagi sebenarnya. Mekasih yer!

 Amek gambaq dengan coach n pengurus pasukan!

 We are great as one team..

Yang pakai vest oren tu Pasukan Futsal NR 1

MAWAR Vs NR 1.. Sengit

Sampai 10 kali sepakan penalti. Tak ker hebat!

Walaupun kalah tapi berbangga dengan NR II mampu melayakkan diri ke suku akhir dan NR I mampu melangkah ke separuh akhir! No worries.

See u next year in SUKOL 12..

p/s: Oh ya! Nie 1st time in my life main futsal betul2x. Sebelum nie pergi court futsal tengok orang lain main jer. =)

Next entry: PERTEMA Explorace Day at Bukit Cerakah.

No comments: