Tuesday, December 31, 2013

celoteh kehidupan ^-^ suka duka 2013

Salam ingatan...

Lama kan tak bercerita kat sini.. kalau tengok balik kat blog.. last post is on nov 2012.. terrible! N today is 31st dec 2013.. meaning.. dis can be considered as my first n last post in 2013.. OMG! 

Jadi, macam yang ramai dari kalian boleh teka... post syana arini berkisar tentang sweet n meaningful memory in 2013. Pada syana.. post ni penting sebagai tanda ingatan especially untuk diri sendiri di kemudian hari. 

Jan 2013 - my very last final exam as a degree's student.. Masa ni tgh addict Korean series.. jadi sambil study sambil nonton. Kurang asam jer. 

21jan2013.. kenangan terindah bersama bestfrenz dari diploma sampai degree di uitm. Its our farewell vacation before everyone heading to their own future path. Walaupun time tu hujan, bermalam dlm kesejukan n xdpt main byk benda kt genting tu.. tapi kami masih happy.. bergelak ketawa n spend quality time together2.. sahabat.. hati ini merindui kehadiran kalian.

Penghujung january 2013 hingga march 2013.. syana join satu program yang dinamakan GCAP-Graduate career accelerated program anjuran kementerian pengajian tinggi.. selama 6 minggu join program yg bertujuan utk mempersiapkan diri para graduan sebelum melangkah ke dunia kerjaya ni.. syana berkenalan dengan kawan2 baru dari different background study.. buat fun n interesting xtvt bersama mereka yg mostly gila-gila ni memang best.. belajar sambil berhibur..berbaloi travel almost 80km (two ways) everyday..

Feb 2013 - trio hangout to pengkalan kubor kelantan. Ini antara sweet memory jgk ni.. dengan wawa n ipah.. its not dat easy to hangout with them esp wawa.. 

March 2013 - Selesai jer gcap... alhamdulillah.. dapat rezeki join iidex 2013. Menang bronze medal.. ok lah tu.. dr tak de apa2 kan?! :) Pastu trus start job hunting.. syukur.. walau tak sesenang mana nak cari keje n dpt interview (iv) call tp so far so good.. smua iv yg pergi.. semua melekat.. tips: be confidence n do prepare. cumanya offer yg dorg bagi lah len2.. jadi still kena hunting sampai rasa.. yes.. this job suit me well. 

20march2013.. di mana satu hari sebelum iv di salah sebuah multinational food company di jb.. syana dapat berita sedih dari umi abah di kelantan tentang kematian tok wan di perak. Dan ketika itu syana berada di shah alam. Sedih n sebak. Tak tahu apa nk buat masa tu. But lepas discuss ngn family.. syana wat keputusan utk travel ke jb for dat iv.. masa tu syana mmg teragak2.. tp as abah n umi mention.. klu syana balik pun.. there is nothing dat I can do for him. Let him go as tok wan pun dh lama sakit tenat. N alhamdulillah.. pergorbanan yg bukan sedikit tu.. membuahkan hasil. N syana berhasil mendapatkan tempat kat company tu selepas beberapa fasa iv. Alhamdulillah again! 

Apr 2013 - trip 6 hari 6 mlm bersama family tercinta ke kota kinabalu n sandakan sabah. Byk yg menarik n byk jgk yang dah dikongsikan di dinding fb. Weee.. saya rindu n jatuh cinta dengan sabah. 


Definitely I will go there again. InsyaAllah.

N dalam april jugak dapat satu anugerah dari gcap. As a gcap's best presenter. Tq mr khadam. 

26 apr 2013 - adopt seekor anak kucing dari pasar besar machang. Kesian kecik2 dh keseorangan. Dan itulah TENE. Kucing manja yg disayangi ramai. Sekarang di bawah jagaan abah, umi n syedan. N 26 apr jugak adalah tarikh syana officially drive sendiri selepas amek driving license beberapa tahun lepas.

May 2013- 12.05.13 - graduation day utk degree. Syukur yang tak terhingga atas penganugerahan anugerah naib canselor uitm. Azam 2011,2012 n 2013 tercapai. Akhirnya berjaya jugak merangkul first class degree in food science n technology. Umi n abah.. ini hadiah utk anda. 


20 may 2013 - Bermulalah kerjayaku. Banyak benda yg syana belaja. Ramai kawan dari seluruh pelusuh dunia yg syana baru kenal. Sekali lagi alhamdullilah. Sesungguhnya ya Allah, Engkau pemberi segala nikmat. Oh yer selama lebih satu bulan pertama syana di johor.. syana tak keseorangan tapi ditemani rais n dua rakannya (boboy n mujie).. yeah.. terima kasih adik2 atas perhatian. Sesungguhnya kehadiran kalian di sini dulu membuatkan syana tidak terasa terasing di daerah ini yang pertama kali ku jejakkan kaki. 

July 2013 - Dapat teman serumah kat jb ni.. foreigner dari mauritius. Buatkan syana blaja banyak lagi benda baru esp on culture n of cos food. 

Ramadhan 2013 - pertama kali berpuasa sambil bekerja. Byk bezanya. Dengan baazar yg tak semeriah kelantan n shah alam.. syana lebih gemar masak sendiri dari ke bazaar. N ramadhan 2013 lebih bermakna bila buat pertama kali bayar zakat fitrah sendiri. Alhamdulillah.  

Oct 2013 - pemergian seorang lagi ahli keluarga tersayang. Kali ini bapa saudara sebelah umi. Permergian mengejut yang tiada siapa sangka. Benarlah firman Allah. Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Cuma kita tidak tahu masa dan ketikanya.

Nov 2013 - double triple pleasure with fren. First oliday together with bff arifah.. n its singapore. Seronok sangat berjimba dua hari di spore n dua hari di jb. :) antara tempat yang kitaorang pergi.. Universal studio singapore.. wee


In november jugak.. pergi melaka dengan family.. n attend konvo diploma rais kat shah alam :) 

N di hujung november, syana sempat pergi trip dengan bff syida ke legoland. Huhuu.. first time masuk.. =) 



Dec 2013 - Balik kampung untuk bercuti.. sonok stay kat umah tanpa banyak keluar. N jugak mula diet. 

Yer.. begitulah tahun 2013 berakhir. Yang banyak dikongsikan di sini adalah detik2 indah n perkara2 penting yang mahu syana ingati n kenang sepanjang hayat. Mungkin ada perkara indah lain yg syana tak dapat recall. Namun apapun terima kasih kepada semua yang telah mengindahkan tahun 2013 saya. Looking forward for 2014.  Hope better moment n experiences can be gained starting tomorrow.  Bye bye 2013. 






 


Saturday, November 10, 2012

Kiki Vs Roka - Si Kucing Kuning

Salam ingatan...

Dulu masa Syana mula-mula pindah rumah baru, ada seekor anak kucing ni memang sentiasa ada kat rumah baru tu. Mungkin dia terlebih dulu duduk situ sebelum saya kot. Syana bagi dia nama KIKI. Syana pun tak tahu macam mana nama tu boleh melekat. Mungkin sebab Kiki pun suka nama dia Kiki kowt. Hehe. ^-^

Kiki ni memang comel n manja. Hobi dia mengiau n buat bunyi kat sliding door. Dah  lebih 3 tahun jugaklah Syana bela si Kiki.. Dari dia kecik n kurus, sampailah Kiki ni jadi besar n gemok.  Tapi sekarang dah setahun Kiki tak balik rumah. Entah dia ada lagi ke tak syana pun tak tahu. Sedey.... Rindu Kiki sangat. 

Dalam tempoh masa syana bela Kiki tu, dah dua kali Kiki beranak. Kali pertama dia beranak, syana tengok ngan mata sendiri. Disebabkan sebelum ni tak pernah bela kucing, maka agak kelam kabutlah kejadian masa tu. Syana masih ingat macam mana Kiki gigit anak dia yang masih berdarah dengan gigi pastu bawak anak dia masuk rumah. Syana ingat dia gigit tikus. Syana pun menjerit sakanlah. Nak roboh rumah. Siap panjat kerusi lagi. Takut n geli sangat masa tu. Tapi bila dah sedar tu anak kucing, barulah Syana boleh berfikir secara waras dan ambil tindakan yang sepatutnya. 

Anak Kiki ni ada 5 ekor semuanya. Sekarang ni cuma ada 2 ekor je yang masih tinggal dekat rumah syana. Lagi tiga dah berhijrah ikut jantan. Hahha. Btw, umiey syana lagi rapat dengan dorang. Mungkin sebab umiey ada kat rumah dengan dorang kowt. Syana pulak tak berani nak rapat sangat dengan 2 beradik ni. Walaupun dorang ni anak Kiki tapi dorang tak berapa comel n bersih macam Kiki. Dorang ni ada kurap siket kat telinga. Dan sebab tu jugaklah dorang ni dilarang keras dari memasuki pintu rumah. Setakat kawasan laman jer boleh.  Tapi saya pegang je dorang. Cuma tak peluk-peluk je.. 

Ok sambung balik pasal Kiki. Baru-baru ni pulak ada sekor kucing tetiba saja muncul dalam kawasan rumah syana. Dari mana dia datang, Syana pun tak pasti. Yang pasti, rupa dia sebijik macam Kiki masa kecik dulu melainkan mata kucing ni lagi shining n ekor dia sangat panjang.

Hari pertama dia datang rumah Syana, kucing ni punyalah meneroka kawasan persekitaran rumah. Dari satu bilik ke satu bilik dia melawat. Dari tingkat bawah sampailah ke tingkat atas. Laman rumah pun habis dia teroka. Sampai hampir nak terjatuh dalam kolam ikan sebab cuba nak tangkap katak. Adegan tu memang lagak ngeri dan kelakar habis. Huhu. Sebabkan itu syana bagi dia nama ROKA. Kucing yang suka meneroka.

Sejak hari pertama Roka datang rumah, Syana dapat rasa satu perasaan yang sangat indah. Dengan gaya comel dia, Roka dapat menambat hati Syana hanya dalam masa beberapa jam. Mungkin itu yang dinamakan takdir. Roka datang di saat Syana merindui Kiki yang hilang sekian lama. Syana percaya Roka memang dihantar ke sini untuk menjadi pengganti Kiki.

Kalau korang kenal Roka mesti korang pun akan terpikat dengan dia. Dia sangat manja. Malah lebih manja dari Kiki. Kalau tak pun, mungkin korang akan rasa macam ni : mula-mula rasa dia comel, pastu rasa menyampah dengan dia. Haha. Sebab ramai orang rasa macam ni. Mungkin sebab dia suka bergesel dengan orang 24 jam kowt. Jadi naik rimas. No komen!

Walaupun Roka jarang sangat mengiau (sehari dalam sekali dua je kot leh dengar dia mengiau), dia akan guna tubuh badan dia untuk tarik perhatian orang. Hobi dia bergesel kat ibu jari kaki. Cumanya kalau ngan umiey, Roka akan gigit ibu jari kaki umiey terutamanya kat dapur. Mungkin sebab umiey tak layan dia masa tengah masak kowt. Hehehe.. 

Lagi satu, dia pantang nampak paha orang free, pasti dia akan panjat. Kalau korang tido atau baring kat ruang tamu pulak, dia akan pergi bergolek kat sebelah sekali. Syana pernah ada pengalaman tidur atas sofa dengan Roka sampai 3 jam. Saat manis. =) Kalau dengan Syana, Roka ni lagilah manja terlebey. Pantang panjat riba, mesti nak kissing. Gedix.. Tapi tetap comel. 






Roka tu yang ekor panjang!

Disebabkan Roka, sekarang ni si Putih n Browny (anak-anak Kiki) dah mula nak mengada sama. Masing-masing nak tunjuk 'aku lebih comey'.. Cessss... Jeles lah tu.. Sebab Roka pendatang, tetiba dapat special treatment. Apapun, thanks Roka sebab datang tanpa diundang. Awak memang pengganti Kiki buat Syana. Sayang Roka dan Kiki. Muahhhhhh... <3

p/s: tak leh lupa Roka cirit atas paha Syana masa nak say gudbye kat dia sebelum balik uitm semula minggu lepas. Salah syana jugak lah sebab biarkan dia berselera minum sisa air dragon fruit yang syana minum petang tu. (*-*) Sory Roka buat awak sakit perut. 

Sunday, October 7, 2012

Music N Entertainment *-* Aku Dia Dan Tong Sampah



Salam ingatan...

Cerita ni comey sebab ada BETO.. Aghhhhh. Kenapa? Kenapa?

Sekian. Wassalam.

Wednesday, August 8, 2012

Self Motivation *-* Solat Tahajjud Pada Malam Lailatul Qadar

Salam ingatan..

Kita dah nak melangkah ke 10 malam terakhir Ramadhan. Masya-Allah. Cepatnya masa berlalu.

10 malam terakhir Ramadhan ni seharusnya kita berusaha mencari malam Lailatul Qadar. Yakni seperti mana yang telah diberitahu kepada kita, malam Lailatul Qadar merupakan malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Malam penuh barakah yang dijanjikan Allah Taala kepada seluruh umat Muhammad S.A.W.



Justeru, perlaksanaan solat tahajjud pada 2/3 malam selepas bangun dari tidur merupakan usaha terbaik dalam mencari Lailatul Qadar. 


SOLAT TAHAJJUD

Ada banyak cara melakukan solat tahajjud ni. Ianya boleh dilakukan sebanyak 2, 4, 7, 8, 9, 11 atau 13 rakaat. Tapi kalau dah ngantuk sangat tu, 2 rakaat pun dah cukup. Lagipun, Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, amalan yang paling disukai oleh Allah adalah amalan yang sedikit tetapi dilakukan secara terus menerus. 


CARA MELAKUKAN SOLAT TAHAJJUD

1. Lafaz dan niat 
Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini lillahi ta’ala
Ertinya:”Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah ta’ala”

2. Bacaan surah atau ayat Al-Quran selepas Al-Fatihah
Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (seeloknya 7 kali)
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (seeloknya 11 kali)

3. Lakukanlah dua rakaat seperti sembahyang sunat yang lain.

4  Selepas membaca tasbih biasa ketika sujud kedua pada rakaat terakhir, bacalah doa berikut:
Rabbid khalniimud khala sidqin wa-akhrijnii mukhraja sidqin waj’allii mil ladunka sultaanaan nasiiraa.
Ertinya: ” Tuhanku! masukkanlah aku kedalam pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran dan kurniakanlah kepadaku daripadaMu pembantu”

5. Lakukan sembahyang sunat tahajjud ini mengikut kemampuan. Kalau terlalu mengantuk maka eloklah dipendekkan sahaja.

6. Selepas selesai mengerjakan sembahyang Tahajjud maka bacalah doa sepertimana yang pernah dibaca oleh Rasulullah S.A.W. ini:
Allahummaj’al fii qalbii nuuran wafii lisaanii nuuran waj’al fii sam’ii nuuran waj’al fii basori nuuran waj’al fii khalqii nuuran wamin amaamii nuuran waj’al min fauqi nuuran waa man tahtii nuuraa. Allahumma a’tinii nuuraa.
Ertinya: Ya Allah! Jadikanlah didalam hatiku cahaya yang cemerlang, pada lidahku cahaya yang cemerlang dan jadikan pada pendengaranku cahaya yang cemerlang serta jadikan pada penglihatanku cahaya yang cemerlang jadikan dibelakangku cahaya yang cemerlang dan dihadapanku cahaya yang cemerlang dan dari bawahku cahaya yang cemerlang. Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku cahaya yang cemerlang!”

KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD
1. Memperoleh ketenangan jiwa
2. Mendapat keampunan dan rahmat Allah
3. Mencegah dosa dan menghindar penyakit

Memanglah sukar kalau tak pernah buat. Tapi bukan ke alah bisa tegal biasa?
Tak cuba maka tak tahu sejauh mana kemampuan kita. 
Jadikan 10 malam terakhir Ramadhan ini sebagai titik tolak untuk kita melakukan solat sunat tahajjud. 
Moga malam Lailatul Qadar mampu kita semua temukan dalam usaha menghapuskan dosa dan melipat gandakan pahala. Insya-Allah dengan izinNya. 

Credit: sini dan sini 

Thursday, August 2, 2012

Self Motivation *-* Uji tahap amalan kita di bulan Ramadhan

Salam ingatan..

Ramadhan dah hampir ke pertengahan bulan. Bagaimana dengan puasa anda? Telah berjaya beramal semaksimum mungkin atau tidak?

Floating mosque of Kinabalu
Photo credit: Nora Carol


Duduk sejenak! 
Dan tanya diri kita tentang beberapa soalan 
untuk menguji sejauh mana tahap amalan kita di bulan Ramadhan ni.


Dalam sudah 13 hari berpuasa ni..............


1) Berapa hari telah kita berpuasa tanpa meninggalkannya dengan sengaja? 

2) Berapa hari telah kita pergi bersolat tarawikh berjemaah di masjid-masjid dan di surau-surau atau sudah berapa hari telah kita dirikan solat tarawikh secara sendiri di rumah?

3) Berapa banyak harta telah kita sedekahkan?

4) Berapa banyak helaian al-quran telah kita baca?

5) Berapa banyak lafaz zikir memuji tuhan dan selawat ke atas Rasulullah S.A.W yang telah terukir di bibir kita?

6) Berapa kali telah kita berjaya mengawal rasa amarah yang tersembunyi dalam diri?

7) Berapa kali telah kita berjaya menahan pancaindera kita yakni mata dan telinga dari perkara-perkara yang boleh mengugat kita sebagai seorang Muslim?

8) Dan berapa kali telah kita berbakti kepada orang yang lebih tua dari kita terutama kedua ibu bapa kita?


Jadi bagaimana??? Sudah berapa hari? Sudah berapa banyak? Sudah berapa kali?

Seandainya ia sudah maksimum, syukur ke hadrat Illahi. 

Seandainya baru sekadar optimum, masih punya banyak hari dan ruang untuk kita memaksimumkannya. 

Namun, seandainya amalan kita masih di tahap minimum, tetapkan niat dan lipat gandakan usaha. Kalau niat kita baik dan usaha kita setimpal. Insya-Allah Yang Maha Kuasa akan bantu mudahkan urusan kita dalam beramal. 

p/s: Sesungguhnya amalan yang baik adalah amalan yang ikhlas.