Thursday, December 23, 2010

ShoutOut *-* Pertaruh Gambar Dalam Peace Contest

Salam ingatan..

CONTEST PEACE.. Saya sedang berPEACE!!


Jom Kita Check.. Adakah saya memenuhi syarat2x kelayakan contest?!

Yeah.. Sudah sis!!

2) Mesti ada blog n berwarganegara MALAYSIA
Yeah... Saya Rakyat 1 Malaysia.. Malaysia Boleh!!

3) Letak banner contest kat sidebar blog n entry
BEREH!!

4) Tagged 3 blogger lain..
* Neddy
* Fatanah Zakirah
* Suna

JADI..

HERE I AM..


AMACAM??

SKEMBAT TAK??

AGAK2x BLEH MENANG TAK UNTUK KATEGORI PEACE PALING SKEMA??

Eh.. Ada ker Kategori tuhh??

Actually, Nie pic konvo ari tuhh. Ehh.. Bila masa plak syana konvo?? Ada! Korang jer yg tak taw! 1hbDEC2010. Itu tarikhnya. Tapi konvo DIPLOMA jer. Wat per nak kepoh. Nanti tyme degree punya konvo leh lah gtaw semua orang. Tue pun malu nk cakap kat orang.. Yerla. Bukan syana sorang tyme tue ada degree. Orang lain PHD pun dah ada..Senget!

Buat pengetahuan saudari pengelola contest (EZAN IDMA)

Gambar nie ada memori yg tersendiri. Tyme nieyh me n my cazen curi2x amek gambar kat studio. Banyak keping jugak la menyempat sebelum kena marah sama akak2x studio yg sengal tuhh! huuhh. Menyampah taw. Yg dorang biarkan syana tunggu kat dlm studio tuhh lama2x sapa suh. =p Tapi part yg kena marah tuhh memang best lahh.. Tetiba jer terpancul ayat nie dari mulut.

"Ooo.. Tak boleh erk?? Nape akak tak wat notis kat sini.. Itu lar.. Lain kali akak kena wat notis. Barulah tak rugi. So, camner? Kna delete ke gambar2x yang kami amek tadi?"

Poyo tak ayat Syana. Hahah.. Gedix pun yer. Yang sebenarnya, 4 ayat yang pertama tuhh jer yang sempat terpancul dari mulut. Yang lelain tue sebut dalam hati jer.

K lah.. Sampai situ jer.. Harap2x kalau tak dapat menang mana2x kategori, dapat sengitkan persaingan pun jadilah yer..

Lastly.. Thankz to Adik Jan yg tag akak Syanana yer.. Waah. Akak taw!! Geli ewww..

Tuesday, December 21, 2010

Celoteh Kehidupan *-* LELAKI, BERKHATAN & ...

Salam ingatan...

Adib: "Ayah kenapa adib kena berkhatan? Kalau tak berkhatan tak boleh ker? Adib takut la yah."
(Ayat standard budak lelaki bila tahu yang Si Ayah aturkan proses berkhatan untuk mereka)

Ayah: "Lar.. Adib nak takut apa? Berkhatan tu kan normal bagi anak lelaki macam Adib nie. Ayah dulu masa sebaya dengan Adib pun kena berkhatan jugak.

Adib: Tapi... Kenapa anak lelaki jer kena berkhatan ayah? Tak acilah macam ni. Kak Long tu tak da pulak kena potong. Adib ada baca tau ayah, orang perempuan pun kena khatan jugak.

Ayah: Siapa pulak bagitahu Adib yang Kak Long belum khatan? Kak long dah selamat dah berkhatan Adib oiii. Cumanya kalau orang perempuan nie dorang berkhatan masa bayi.

Adib: Ayah... Kenapa Islam suruh umatnya berkhatan?

Ayah: Islam tu cukup sempurna Adib. Dia wajibkan umatnya berkhatan sebab berkhatan tue ada banyak kebaikan.


Gambar adik Syana, Syedan yang berkhatan baru-baru ni. 12.12.2010

Adib: Kebaikan?? Kebaikan apa? Sakit tau ayah. Berkhatan tu ibarat mendera kanak-kanak saje.

Ayah: Ish.. Ada pulak cakap macam tu.. Tak baik tau. Kita sebagai orang Islam yang baik tak boleh mempertikaikan hukum hakam agama. Ok. Apa kata kita pergi tanya pak cik Google. Dia pasti bagi Adib jawapan.

___________________________________________________________________________

KELEBIHAN BERKHATAN

Ayah: Jadi macam mana Adib??

Adib: Ohh.. Sekarang baru Adib faham. Islam suruh Adib berkhatan sebab..


1) Kalau tak buang lebihan hujung zakar maka Adib akan sentiasa kotor. Lebihan hujung zakar tu bersifat menakung kotoran saki baki air kencing. Maka wudhuk dan ibadat Adib pun tak kan diterima.

2) Lagi kan ayah.. Jika kita tak berkhatan, kuman pun akan mudah membiak. Lagipun berkhatan ini boleh kurangkan risiko jangkitan kuman pada salur air kencing.

3) Selain itu, tadi Adib ada baca yang berkhatan jugak adalah kaedah pencegahan kuman HIV dan kanser zakar serta kanser prostat.


Ayah: Pandai anak ayah. Jadi macam mana?? Takut lagi tak?

Adib: Takut memang lah takut ayah. Tapi kalau semua lelaki lain boleh buat, Adib pun pasti boleh!

______________________________________________________________________________

ADAT BERKHATAN ZAMAN DULU KALA

Ayah: Macam tu la anak lelaki. Berani kerana benar. Adib nak tahu tak. Adib bertuah tau sebab zaman sekarang ni orang tak pakai khidmat Tok Mudim lagi.

Adib: Oo. Adib tahu siapa Tok Mudim tue. Lelaki tua yang bermisai lebat ala-ala Sarjan Misai tue kan ayah. Yang muka masam mencuka jer memanjang. Adib tahu. Adib tahu. Dulu Tok Mudim ker khatankan ayah? Fuyoo. Seram tu. Cerita la ayah.

Ayah: Ayah dulu sebelum khatan, pagi-pagi lagi kena mandi puas-puas kat dalam sungai. Sejuk Adib air sungai pagi-pagi macam tu. Lepas tue, Ayah kena siram dengan air jampi Tok Mudim kat atas tangga.

Adib: Lepas tue ayah?
(Adib dengan penuh teruja tak sabar mendengarnya.)

Ayah: Lepas tue Tok Mudim mintak ayah berkangkang kat atas batang pisang. Kemudian, dengan pantas Tok Mudim tu terus khatankan ayah pakai pisau. Yang part paling best sekali, lepas dah kena cantas, Tok Mudim tue ambil pulak seekor ayam jantan dan suakan kepalanya pada tempat yang kena cantas tu.

Adib: Haaa.. Ayam jantan?? Kenapa pulak?

Ayah: Entah la Adib. Itu adat dan kepercayaan orang dulu-dulu. Mereka percaya kalau tengkuk ayam tu kembang bila diacu-acukan maka lelaki itu garang dan akan berbini banyak. Tapi sekarang orang dah tak buat macam ini lagi. Khurafat ini semua Adib. Boleh pesongkan Akidah.

Adib: Habis tue apa pasal orang kampung biar jer Tok Mudim wat macam tu?

Ayah: Sebab.. Orang dulu mana pergi sekolah Adib. Jadi mereka tak salah sebab mereka tak tahu. Tapi kita sebagai orang yang pergi ke sekolah ni tak bolehlah amalkan lagi adat-adat yang bertentang dengan agama ni. Sebab kita tahu. Berdosa kalau kita buat jugak.

Adib: Ooooo.. (Melopong mulut Adib. Biawak hidup pun muat nak masuk)

Ayah: Jadi.. Adib tak payah la takur lagi ye. Doktor sekarang nie tak pakai dah teknik kuno Tok Mudim tue. Kementerian Kesihatan Malaysia sekarang ni syorkan teknik dorsal slit untuk berkhatan. Sebab ianya mudah dan selamat. Jadi Adib tak perlulah risau.

Adib: Ya ayah. Adib tak takut dah. Lagipun kalau Adib berkhatan Adib boleh kawen dengan anak perempuan pakcik jiran sebelah kan ayah??? @ Toing-toing @


p/s: lama betul kan saya menghilang!! Jangan marah yer semua.. =)

Saturday, September 25, 2010

Self Motivation *-* Kisah Aku, Lim dan Hidayah. Subhanallah!

Salam ingatan...

Wahai kawan2x ku sekalian.. Jom kita peruntukkan sedikit masa untuk membaca kisah kat bawah nie. Tak lama. Sekejap jer pun! Moga bisa memberikan kesedaran. 


Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak bernama Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6 manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumahku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan aku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan. 

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

"He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago... Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku. 

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan...

Assalamu'alaikum... Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah. 

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? Memanglah... Kenapa kau tanya macam tu?

Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham... diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapakah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku di Islamkan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal... sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu. Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.

Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih dari 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

Untuk perkongsian sebagai teladan... terima kasih pada sumber 
(tiki md <tiki_md@yahoo.co.uk>)

Tuesday, September 21, 2010

Celoteh Kehidupan *-* PESANAN MAUT UNTUK CALON UPSR 2010

Salam ingatan..

Hari ini bersamaan 21 September 2010, bermulalah hari besar buat semua pelajar tahun 6. Lambat betul adeq2x kita nie berUPSR tahun nie. Selalunya awal September kan?? Sebab waktu akak UPSR tahun 2001 dulu kalau tak salah tarikhnya jatuh pada 3, 4 dan 5 September.. Waah 'akak' taw!! Tak leh blah..

Ini semua gara2x raya lah niey. Cuti lama sangat. Jangan korang beku otak dah lah adeq oi! Plzz ha.. Jangan jadi cam akak nie. Masih tak leh nak gerakkan otak secara normal biarpun kuliah akak kat UiTM nie dah start dah. Sabar jer arr.

Ok. Berbalik kepada topik kita!!


"PESANAN MAUT UNTUK CALON UPSR 2010"

Maklum lah.. Budak sekarang nie cepat lupa. Jadi perlu diingatkan berkali2x. Biar melekat kat kepala.

Oohh ya! Pesanan nie ditujukan jugak untuk mak2x n bapak2x serta abang akak calon UPSR 2010 bagi memastikan yang anak2x serta adik2x yang amek UPSR tahun nie tak buat kesalahan besar nie sepanjang tempoh peperiksaan.

_________________________________________________


Budak sekarang nie celik IT. Even budak tadika pun ada facebook. Ini kan pulak budak darjah 6 kan??

Jadi... Adeq2x UPSR!!

Sila pastikan yang kamoo tak menjadikan facebook sebagai tempat berbincang tentang kertas UPSR yang telah kamoo amek selagi semua kertas belum diamek. 

Mak aii. Payah nye bahasa. Agak2x budak darjah 6 paham tak??

Tapi.. Tolong lah. Akak merayu yer!!

Jangan buat kalau nak selamat!

Tak der faedah nye kalau korang berbincang pun. Apa yang berlalu biarkan ia berlalu ok! Just focus untuk paper seterusnya. 

Ingat!! Jangan buat2x luper..

Amaran nie bukan saje2x akak cakap.. Tapi dah berlaku last year. Bile ramai candidate UPSR nie mengeluh n berbincang pasal kertas exam kat dalam facebook. Korang sebenarnya bukan saje mendownkan diri sendiri tapi juga rakan2x korang yang lain. Sila PRIHATIN!!

Dengan kata lain.. kalau nak selamat, PUASA FACEBOOK jer arr selama 3 ari nie. Tak lama pun. Lepas tue korang merdeka dah. Nak berfacebook tanpa henti selama berbulan2x pun boleh.

Apapun akak tetap nak wish korang... 

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN... All Da Best!

Friday, September 10, 2010

Tips Syana *-* Selamat Hari Raya

Salam ingatan...

Buat rakan-rakan blogger sekalian, kad raya ini buat anda semua. Khusus sebagai penganti diri di hari mulia.


Jika ada kata-kata serta tulisan syana yang ter'over' hingga menyebabkan ada yang terasa, ampun maaf seikhlas hati syana pinta. Moga tiada sebarang sengketa lagi di antara kita.

Tips raya:
1) Makan beringat!! Jangan sampai berebut jamban. =p
2) Pandu kenderaan berwaspada!! Jangan sampai ada nyawa yang terkorban.
3) Kumpul duit raya bebanyak!! Nanti buleh kasi siket sama saya..... Wee

Sayang kamoo.. Sayang semua..
Rindu kamoo.. Rindu semua..
Kasihi kamoo.. Kasihi semua..
Mengampuni kamoo.. Dan mengampuni semua!!

Tuesday, August 31, 2010

Self Motivation *-* Merdekakan Diri Melalui Pencarian Lailatul Qadar

Salam ingatan..

Tiba detik 12 malam nanti, kita semua selaku rakyat Malaysia akan menyambut kemerdekaan negara yang ke-53. Ya! Pada yang kurang alert tue, sila tahu yang Malaysia dah 53 tahun merdeka!!

Kemerdekaan.. Tafsirannya merangkumi beberapa aspek dan ianya begitu luas sehingga tidak hanya terhad kepada kebebasan negara daripada cengkaman penjajah sahaja. 

Hari ini, Malaysia telah berjaya membebaskan diri selama 53 tahun daripada cengkaman penjajah-penjajah ini. Tapi, adakah kita semua (korang dan saya) selaku rakyatnya telah berjaya membebaskan diri kita??

Alhamdulillah.. 31 Ogos tahun ini disambut pada malam ke-21 Ramadhan, malam permulaan kepada malam 10 akhir Ramadhan yang mana terletaknya salah satu dari malam ini sebuah malam yang dipanggil malam Lailatul Qadar.

MALAM LAILATUL QADAR!!


Ianya merupakan anugerah dari Allah Taala untuk umat Muhammad S.A.W. Sememangnya Allah sudah mengetahui yang umat Islam di akhir zaman ini mempunyai banyak kelemahan dan sering melakukan dosa. Jadi diberikan olehNya kepada kita semua satu peluang di mana ibadah yang dilakukan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan.

Jika kita semua dapat mencapai malam Lailatul Qadar ini, kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu bersamaan juga dengan 83 tahun. 

SUBHANALLAH!! 

Ianya seumpama kita semua menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah. Sungguh lumayan tawaran anugerah yang Allah janjikan ini.

LAILATUL QADAR PADA MALAM2x YANG GANJIL??

Menurut para ulamak, dinyatakan bahawa malam Lailatul Qadar ini berkemungkinan jatuh pada malam ke 21,23,25,27 dan 29 dari bulan Ramadhan iaitu pada malam2x ganjil di 10 akhir Ramadhan. 

Secara ringkasnya, malam Lailatul Qadar ini boleh dikatakan sebagai berubah dari satu tahun ke satu tahun yang lain. Tetapi ianya tetap dalam lingkungan 10 malam terakhir Ramadhan.

Apapun, masa berlakunya malam Lailatul Qadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam terakhir Ramadhan itu.

Jadi bagaimana??

Tidak mahukah kita merebut peluang keemasan ini??

Negara kita mungkin sudah merdeka! Tapi kita semua masih lagi juga terikat dengan dosa-dosa yang pernah dilakukan. Tidak mahukah kita merdeka dan bebas dari belenggu dosa-dosa lampau kita ini??

Allah sudah memberikan jalan.. Tinggal kita sahaja untuk membuat keputusan sama ada mahu melalui jalan yang ditunjukkan atau tidak. 

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN NEGARA!! MERDEKA!!

Friday, August 20, 2010

Celoteh Kehidupan *-* Pusat Islam UiTM Shah Alam yang terkini

Salam ingatan...

Tengah hari tadi, buat pertama kalinya, solat jumaat telah diadakan di Pusat Islam selepas segala proses pengubahsuaiannya selesai. Agak lama jugak ler Pusat Islam nie diubahsuai. Menghampiri tempoh setahun.

Nie pandangan dari sudut luar Pusat Islam UiTM atau lebih dikenali sebagai PI.



Bahagian luar memang tak banyak beza sangat dengan PI yang dulu. 

Tapi cuba korang tengok bahagian dalam dia. 




Antara perbezaan yang ketara adalah penggunaan aircond yang sepenuhnya kat dalam PI.
Huhu. Kaya betul UiTM nie. Satgi melambung la bil letrik!! Hahah =)


Cantikkan??
Nampak mewah n elegan..

Pic kat bawah nie pulak ruang solat wanita di tingkat paling atas. 
Berbau carpet baru lagi taw tyme Syana masuk petang tadi!



Masjid atau surau yang cantik sahaja tidak menjanjikan apa2x jikalau tidak digunakan seoptimum yang mungkin. Harap2x dengan pengubahsuaian yang baru nie, PI akan menjadi sebuah one stop centre dalam merangka pelbagai kegiatan berunsurkan rohaniah. 

p/s: Insya-Allah, solat tarawikh di PI akan bermula pada hari Isnin depan. Marilah kita bersama-sama memenuhkan saf.

Thursday, August 19, 2010

Belajar Bahasa Kelantan Secara Percuma *-* Sesi Pembelajaran 8

Salam ingatan...


Sesi kali nie mestilah yang ada kaitan dengan bulan ramadhan.. Kata puasa?!

Tips Sifoo: Sebutan untuk huruf 'e' begini ialah emak. Tapi 'E' begini pula disebut seperti Esok 

1) Poso = Puasa
Mula-mula sekali kenalah tahu bagaimana oghE kelatE sebut perkataan puasa nie.

Contoh penggunaan ayat: "Awak poso ke tak harini??" tanya Minah

2) Bukok = Berbuka
Kalau dah tue puasa tue kena lah berbuka ye tak?! Takkan nak puasa sepanjang hari kowt..

Contoh penggunaan ayat: "Saya nak pergi bukok poso dengan Abu kat masjid
nanti." beritahu Rogayah.

3) SmayE = Sembahyang

Bulan ramadhan nie macam2x jenis amal orang buat. Antaranya solat sunat.


Contoh penggunaan ayat: SmayE terawikh nie sunat jer tapi ramai yang buat. SmayE wajib tue pulak dah terang benderang wajib tapi ramai yang tinggal. Aduhh! 

Moga2x kita tergolong dalam golongan yang melakukan kedua-duanya.

4) KenyE = kenyang

Contoh penggunaan ayat: "KenyE betul perut. Sampai tak larat nak bangun dah." adu Ali.

5) Penak = Penat / Letih
Antara word yang sering disebut masa bulan puasa nieyhh.. Especially tyme lunch hour. 

Uhh.. saje nak cari alasan nak berbuka lah tue!! =p

Contoh penggunaan ayat: "Banyak betul kelas hari nie. Dengan test, lab n presentation lagi. Penak sungguh! Tak tertahan rasanye," leter Minah yang memang tak puasa tue. haha

AKHIR KATA


Sampai ketemu lagi di lain sesi minggu hadapan. Praktis jangan tak praktis!!

p/s: Syana baru selesai test 1 nutrition n presentation syariah pagi tadi. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Tuesday, August 17, 2010

Shout Out: DAPATKAN MAJALAH POTENSI SECARA PERCUMA!

Majalah POTENSI merupakan sebuah majalah yang mencungkil bakat-bakat potensi dalam segala bidang, dan bukan hanya dalam bidang perniagaan walaupun kebanyakan kandungan adalah lebih menumpukan kepada bidang keusahawanan dan peluang perniagaan.

Sejarah penubuhan majalah ini bermula sekitar tahun 2007/2008 lagi, dan ianya diasaskan oleh Puan Salnor bersama Editor En.Jafari yang juga suaminya. Mereka memulakannya tanpa modal yang mencukupi seperti mana penerbit-penerbit majalah lain, namun berkat usaha mereka, kini akhirnya majalah POTENSI bakal mencecah usia 4 tahun. (rujukan pautan ini)

Majalah POTENSI dirasmikan oleh Datuk Noh Omar dan Datuk Rahim (CEO Tekun)

TIADA DI PASARAN
Memang itu adalah persoalan utama apabila bercakap mengenai majalah POTENSI. Memang majalah ini tidak dijual secara terbuka di pasaran kerana majalah ini diedarkan melalui rangkaian sedia ada atau pelanggan tetap. Kerana itulah ia jarang terdapat di pasaran. Namun, pada awal tahun 2010, majalah ini sedikit sebanyak mula menjengah pasaran terbuka walau bilangannya tidak banyak.

KUALITI KANDUNGAN
Tidak boleh dinafikan bahawa kualiti kandungan dalam majalah POTENSI sangat menarik kerana ia bukan bahan copy&paste seperti mana majalah-majalah yang terdapat di pasaran. Tiada kandungan merapu, gambar separa bogel dan gosip fitnah yang ditulis dalam majalah ini.

CETAKAN
Sehingga kini, cetakan majalah POTENSI menunjukkan peningkatan dari 8000 ribu cetakan sehinggalah ke puluhan ribu cetakan pada hari ini. Semua ini adalah sokongan dari rakan niaga dan langganan dari golongan-golongan pencari peluang perniagaan.

PERSAINGAN
Majalah POTENSI tidak mempunyai persaingan, semua majalah keusahawanan yang ada di pasaran merupakan "rakan seangkatan" kepada majalah POTENSI, kerana kami sama-sama menterjemahkan isu-isu potensi keusahawanan untuk dipaparkan kepada pembaca yang rata-rata dari golongan masyarakat melayu. Lebih dari itu, boleh dikatakan tiada satupun majalah di pasaran yang mengamalkan konsep langganan seperti mana yang dilakukan oleh majalah POTENSI.

KELEBIHAN MAJALAH POTENSI
Majalah apapun pasti mempunyai kelebihan sendiri, bagi majalah POTENSI, kepada pembaca kelebihannya ialah mereka akan mendapat bahan asli yang tidak diceduk dari mana-mana penerbitan atau bahan-bahan internet. Ia merupakan artikel asli dan unik yang pastinya memberikan kepuasan kepada pembaca.

Kepada pengiklan, majalah POTENSI menganggap mereka adalah rakan niaga yang memberi sokongan. Iklan di majalah POTENSI adalah PERCUMA sahaja (sila hubungi majalah POTENSI untuk keterangan lanjut). Setiap tahun bermula awal 2010, majalah POTENSI telah mengadakan Konvesyen POTENSI. Buat pertama kalinya ia diadakan di Carlton Holiday Shah Alam (rujuk pautan ini)

CARA MENDAPATKAN MAJALAH POTENSI
Seperti yang diketahui, majalah POTENSI mengamalkan konsep langganan. Bagaimanapun ia juga ada dijual di kedai-kedai buku seluruh negara walaupun bilangannya tidak banyak. Bagi memudahkan sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan majalah POTENSI, mereka boleh mengikuti langkah-langkah di bawah:

Langganan terus:
Hubungi POTENSI NETWORK PUBLISHER: 0196672470
@
Wakil Daerah
Johor/Melaka/Negeri Sembilan: 0197130219 (Jopana Trading)
Sabah/Sarawak: 0165859735 (Onyx Circle)
Pahang/Terengganu/Kelantan: 0196978789 (Rangkaian Timur Marketing)
Kedah/Perlis/Pulau-Pinang: 0125862186 (Suria Mas Enterprise)


Letak posting ini di blog anda, dan dapatkan senaskah majalah POTENSI Percuma
Keterangan lanjut boleh layari: www.potensi.co.cc |www.potensi.com.my