Tuesday, August 31, 2010

Self Motivation *-* Merdekakan Diri Melalui Pencarian Lailatul Qadar

Salam ingatan..

Tiba detik 12 malam nanti, kita semua selaku rakyat Malaysia akan menyambut kemerdekaan negara yang ke-53. Ya! Pada yang kurang alert tue, sila tahu yang Malaysia dah 53 tahun merdeka!!

Kemerdekaan.. Tafsirannya merangkumi beberapa aspek dan ianya begitu luas sehingga tidak hanya terhad kepada kebebasan negara daripada cengkaman penjajah sahaja. 

Hari ini, Malaysia telah berjaya membebaskan diri selama 53 tahun daripada cengkaman penjajah-penjajah ini. Tapi, adakah kita semua (korang dan saya) selaku rakyatnya telah berjaya membebaskan diri kita??

Alhamdulillah.. 31 Ogos tahun ini disambut pada malam ke-21 Ramadhan, malam permulaan kepada malam 10 akhir Ramadhan yang mana terletaknya salah satu dari malam ini sebuah malam yang dipanggil malam Lailatul Qadar.

MALAM LAILATUL QADAR!!


Ianya merupakan anugerah dari Allah Taala untuk umat Muhammad S.A.W. Sememangnya Allah sudah mengetahui yang umat Islam di akhir zaman ini mempunyai banyak kelemahan dan sering melakukan dosa. Jadi diberikan olehNya kepada kita semua satu peluang di mana ibadah yang dilakukan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan.

Jika kita semua dapat mencapai malam Lailatul Qadar ini, kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu bersamaan juga dengan 83 tahun. 

SUBHANALLAH!! 

Ianya seumpama kita semua menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah. Sungguh lumayan tawaran anugerah yang Allah janjikan ini.

LAILATUL QADAR PADA MALAM2x YANG GANJIL??

Menurut para ulamak, dinyatakan bahawa malam Lailatul Qadar ini berkemungkinan jatuh pada malam ke 21,23,25,27 dan 29 dari bulan Ramadhan iaitu pada malam2x ganjil di 10 akhir Ramadhan. 

Secara ringkasnya, malam Lailatul Qadar ini boleh dikatakan sebagai berubah dari satu tahun ke satu tahun yang lain. Tetapi ianya tetap dalam lingkungan 10 malam terakhir Ramadhan.

Apapun, masa berlakunya malam Lailatul Qadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam terakhir Ramadhan itu.

Jadi bagaimana??

Tidak mahukah kita merebut peluang keemasan ini??

Negara kita mungkin sudah merdeka! Tapi kita semua masih lagi juga terikat dengan dosa-dosa yang pernah dilakukan. Tidak mahukah kita merdeka dan bebas dari belenggu dosa-dosa lampau kita ini??

Allah sudah memberikan jalan.. Tinggal kita sahaja untuk membuat keputusan sama ada mahu melalui jalan yang ditunjukkan atau tidak. 

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN NEGARA!! MERDEKA!!

No comments: