Salam ingatan...
Hye semua! Pagi nie Syana nak bagi tips sikit sebanyak kat korang pasal sifat manusia yang tak boleh dielakkan iaitu tidur. Kenapa syana kata tidur tak boleh dielakkan?? Sebabnya seperti makan dan minum, tidur juga merupakan fitrah manusia yang mana ianya amat penting untuk memberikan hidup yang sempurna.
Figure yang amat memeranjatkan.
Menurut sebuah buku di Popular Bookstore (xingat apa tajuk buku tu), Albert Einstein memerlukan tidur selama 10 jam sehari. (Fuhh..lamanya dia tidur, cam baby). Walau bagaimanapun, menurut Thomas Edison pula (pencipta light bulb), dia hanya tidur selama 4 jam sehari kerana baginya tidur adalah membuang masa. Yang lagi best, Thomas Edison juga turut mengeluarkan statement pedas yang mana baginya tidur juga merupakan tanda kebodohan dan kelemahan seseorang manusia. @-@
Hoho... Apapun, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, seorang manusia normal memerlukan tidur yang secukupnya iaitu selama 6-8 jam sehari. Jadi, Syana nak tanya lah kan. Adakah masa tidur anda boleh dikategorikan sebagai normal?? Ataupun adakah ianya kurang normal atau terlebih normal??
Kalau Syana, masa tidur Syana memang tak menentu. Bergantung kepada keadaan pada hari itu. Jika di sebelah paginya Syana banyak melakukan aktiviti2x cergas maka di sebelah malamnya Syana pasti masuk tidur lebih awal dari biasa. Namun, kalau dah ter'over' letih, nak tidur pun susah. Tapi esok harinya pasti bangun lambat. Adesss!
Kat sini ada beberapa tips yang boleh korang amalkan untuk mencapai tidur yang nyenyak dan sempurna. Mana yang agak-agak bagus tuk kita semua boleh diamalkan secara berperingkat.
TIPS MENDAPAT TIDUR NYENYAK
1. Cipta 'sleep promoting environment'
Seperti katil yang selesa, bilik yang gelap dan keadaan persekitaran bilik tidur yang sunyi.
Peringatan!! Bilik yang terlalu sejuk atau terlalu panas boleh menyebabkan kita terjaga dari tidur.
2. Elakkan alkohol
Walaupun alkohol memudahkan kita untuk tertidur tetapi selepas itu semasa tengah malam ia akan menyedarkan kita dari tidur dan amat susah untuk kita tidur semula. Selain itu, ia juga akan menyebabkan kita monyok apabila bangun di waktu pagi. (Bagi orang Islam memang dah haram bagi kita kan!)
3. Elakkan merokok dan minum minuman berkafein sebelum tido
Tobacco dalam rokok dan kafein merupakan sejenis stimulant yang boleh menganggu tidur seseorang.
4. Lakukan aktiviti2x relaks sebelum masuk tido
Antaranya seperti mendengar muzik yang menenangkan jiwa atau membaca novel.
5. Jangan makan atau minum dengan banyak sebelum masuk tidur
Ini akan menyebabkan makanan tadi tidak dapat dicerna dengan baik dan menganggu tidur seseorang.
6. Cuba melakukan aktiviti-aktiviti yang seronok dan mengembirakan di siang hari
Walaupun tampak agak kurang yakin tapi ianya memang boleh memudahkan kita tidur dengan nyenyak tanpa gangguan.
7. Lakukan senaman
Tetapi bukan 3 jam sebelum masuk tidur yer!!
8. Cuba tidur pada waktu yang sama
Ini boleh bantu badan kita regulate our body biological clock dan membolehkan kita tidur dengan da same pattern setiap hari.
9. Tidur dalam posisi yang betul
Paling senang, cuba tidur dalam posisi di mana kita selalu didapati bangun dalam keadaan begitu pada keesokan paginya.
10. Tidur hanya as much as we need
Elakkan oversleeping. Ini hanya akan membuatkan kita bertambah letih dan menjejaskan biological clock kita. Hahahaha. Nie yang biasa kita buat masa weekend kan??
Oklah guyz!! Selamat beramal.
Moga tidur anda semua nyenyak pada malam nanti.
P/s: Nak pergi kelas pulak nie. =)