Malam nie cuma mahu berkongsi dengan korang semua sebaris ayat suci Al-Quran. Moga ia boleh menjadi renungan dan panduan untuk kita bersama.
(Surah Al-Baqarah; 216)
Maksudnya: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik untukmu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Setiap jalan yang ditetapkan untuk kita,
setiap perkara yang terjadi pada kita,
setiap harta yang dimiliki oleh kita dan
setiap orang yang ditakdirkan untuk bersama dengan kita...
Adalah pilihan yang terbaik untuk kita.
Ketentuan dariNya yang sudah pasti mempunyai sebab munasababnya.
Ada kelebihan dan hikmah di sebaliknya.
Cuma kadangkala kita tidak sedar akan kebaikan di sebaliknya.
Renungkan ayat ini bersama.
Berbaik sangka terhadap apa yang terjadi pada kita dan teruskan berusaha!!
No comments:
Post a Comment