Wednesday, March 30, 2011

ShoutOut *-* Jom makan free kat FPD 11

Salam ingatan...

FPD aka Food Product Development Competition datang lagi. Untuk student Fakulti Sains Gunaan UiTM, acara ini tidak asing lagi. Kerana saban tahun program yang superb menarik ini menjadi tumpuan ramai. Makan free.. Sapa tak nak oi!!

Tahun ini, FPD 2011 akan diadakan di ruang foyer Menara SAAS UiTM bermula dari jam 9 pagi. Product tasting akan bermula around pukul 10. Jadi sesapa yang free esok n suka try makanan baru n suka makan, anda dijemput hadir. 

Peserta2x pertandingan adalah part 6 degree in food science n technology. Buat pengetahuan korang, ada 12 produk baru yang akan bertanding esok.


Semua produk2x nie macam menarik n sedap. Tapi sedap tak sedap, kita try rasa esok! Wee

Antara produk yang bertanding esok:-



p/s: teringat pulak debaran masa syana sertai FPD 09

Sunday, March 20, 2011

Music N Entertainment *-* Hikayat Merong Mahawangsa Angkat Martabat Filem Malaysia

Salam ingatan..

 
Syana dah tengok Merong!! Weee. Best kowt! Sapa yang cakap cerita ni tak best aritue, meh sini nak lekuk kepala. Nampak sangat dia kurang semangat juang. Hehe. Jangan mara.

Kalau mintak syana kasi markah, Syana akan kasi 8.9/10. Kira tinggilah kan. Apapun ianya masih ada ruang untuk diperbaiki lagi di masa hadapan. Hidup filem Malaysia! Tetiba jer semangat negara. =)

Kat bawah nie ada gambar dari beberapa scene dalam movie nie.






Yang si botak dengan muka keparat nie, anak buah Geruda. Memang kejam.

Cerita nie tak skema lah korang. Syok.. Ada unsur lawak jugak. Memang tak sia-sia lah pergi tengok kat Jusco Bukit Raja semalam. Scene yang paling Syana suka masa pertama kali putera Rom jumpa dengan puteri China. Haha. Sweet kowt! Tyme dorang lawan ngan geruda pun best gak. *-*

Pada sesiapa yang tak tengok lagi tu, boleh la pergi beli tiket yer! Cuba korang tengok dulu.. Pastu baru komen. Jangan sekadar dengar komen2x orang jer.



Untuk KRU, syabas diucapkan. Moga lebih banyak filem2x berkualiti yang akan dihasilkan!

Thursday, March 17, 2011

Celoteh Kehidupan *-* Lecturer salah kasi soalan test....patutlah payah sangat!!

Salam ingatan...

Tadi pagi ada test BEL (English) .. Petang pulak ada test Bahasa Arab. Banyak sungguh test yang melibatkan bahasa asing arini. Semua pun guna otak belah kanan. Kesian otak kiri, diabaikan begitu sahaja. 

Esok pun ada test jugak. Test Usul Fiqh yang banyak chapter tue. Nie pun guna otak kanan jugak. Otak kiri.. Sila berehat secukupnya kerana anda akan digunakan untuk menjawab test Calculus ari sabtu nie. Yeahh.

Ok..

English test pagi tadi nasib baik tak susah mana. Confident lah jugak jawab. Tapi markah nanti tak taw lah macam mana tu kan. kadang2x kalau kita confident sangat pun tak bagoos jugak. *-*

Apapun test listening Arab tadi memang da best! Susah gila kowt! Satu apa pun tak paham. Ntah apa lah pak arab tue sebut kat dalam radio. Rasa macam tak pernah masuk kelas jer. 



 Makin banyak jawab dengar soalan, makin sedey. Tak tahu nak tembak apa. Kami hanya dibekalkan dengan kertas yang dicetak dengan huruf jawi alif, ba, jim dan dal. Jadi, pandai2x lah menembak. Kalau tepat tembakan nyer maka betul lah. Tapi kalau salah......... (!-!) hmmm. Sendiri mahu tanggung!

Syana toleh kiri.. kawan belah kiri tengah senyum! Aihh.. Budak nie jawab ke tak?

Syana toleh kanan.. kawan belah kanan tengah berkerut dahi. Macam menahan sakit perut jer kak.

Bila ditoleh belakang pulak... ada kawan yang tengah goyang2x kepala. Dia tengah dengar cd listening test ker tengah layan music rock?! Keliru.

Cukup 30 minit, Ustaz mintak semua orang pass kertas jawapan objektif ke depan. Fuyoo.. Syana baru bulatkan 4 soalan jer out of 20 nie. Tolong..... 

Bila dah antar.. semua orang bersurai. Geng kami antara yang terakhir meninggalkan kelas. Sebelum keluar seorang kawan bertanya Ustaz.

"Kenapa perkataan2x yang dia sebut satu pun tak der dalam buku ustaz.. Kita tak pernah belajar pun! Kenapa soalan dia payah sangat?"

Then, baru ustaz tue perasaan sesuatu!!

"MASYA ALLAH.. Saya pasang cd lain. Itu cd listening test untuk kod bahasa arab tinggi."

AGHHHH.. Baru kami tahu. Patutlah susah semacam jer. Jadi disebabkan semua orang dah balik maka terpaksalah kami jawab listening test 1 minggu depan. Dah lar minggu depan ada oral test jugak. Hahahahah. Tahniah lah semua! Kita dah berusaha.... =)

p/s: Kalaulah soalan tadi tue memang betul, mesti syana tengah masam jer tulis post nie. Tapi saya tersenyum je sekarang! Weee

Tuesday, March 15, 2011

Celoteh Kehidupan *-* Saya jadi mangsa plagiarisme!

Salam ingatan...

Saat satu dunia kepoh bercerita pasal Tsunami di jepun, Syana sibuk nak bukak cerita pasal plagiarisme. Sebuah isu lapok yang tak pernah berkesudahan. Aish.. Dulu tak amik point sangat pasal isu nie. Tapi bila dah terkena kat batang hidung sendiri barulah tahu betapa sedihnya rasa bila hasil kerja kita diciplak.




Menurut artikel wikipedia,

PLAGIARISME = penciplakan atau pengambilan karangan, pendapat atau tulisan orang lain dan menjadikannya seolah-olah pendapat atau tulisan sendiri.

Hal-hal berikut boleh diklasifikasikan sebagai tindakan plagiarisme:

  • Mengakui tulisan orang lain sebagai tulisan sendiri,
  • Mengakui idea orang lain sebagai pemikiran sendiri
  • Mengakui temuan orang lain sebagai kepunyaan sendiri
  • Meringkas dan memparafrasekan (mengutip tak langsung) tanpa menyebutkan sumbernya, dan
  • Meringkas dan memparafrasekan dengan menyebut sumbernya, tetapi rangkaian kalimat dan pilihan katanya masih terlalu sama dengan sumbernya.

Sejak dua menjak nie ada pulak plagiat2x tegar dalam kelas Syana. Aduh.. 1st assignment mintak tolong ajarkan sebab tak reti nak buat. Fine! Dengan seikhlas hatinya Syana berkongsi ilmu dengan mereka. 

Assignment ke 2 dan ke 3, dia datang tanya lagi. Sebab tak sempat nak ajarkan, Syana n fwenz kasi tengok hasil kerja kami. Siap bagi taw dia lagi. Please do the calculation part exactly like how I do.. Settle.

Tapi bila lama-kelamaan. Dia makin lemak. Siap boleh datang ke teratak kami lagi lalu dengan bangganya berkata "Aku tak buat apa lagi. Nak tengok report korang!"

Ush... Dah la report tue kena antar ptg nnt. Boleh pulak pagi tue satu haprak pun dia tak buat lagi. Pastu sesenang hati jer datang nak tengok report orang. Mula2x my housemate memang tak nak kasi. Then, dia ajarkan jer. Tapi si plagiat tegar nie memang malas nak paham n tak nak paham pun apa yang perlu dibuat. Terus mintak untuk tengok report my housemate tue jugak. Aishh.. lepas tu bleh pulak dia tiru the calculation part bulat2x tanpa tahu hujung pangkal walhal data experiment kami berbeza. Jalan kerja jer yang totally sama.

Ok.. Tak habis kat situ. Dia mintak tengok untuk question part pulak. Yang my housemate memang tak nak kasi. So, they juz told her yang mereka tak siap lagi. Abis kat situ. Si plagiat tadi pun pulang ke rumahnya.

Petang tue, hujan turun dengan lebatnya. Angin memang macam ribut. Dengan guruh lagi yang berdentum-dentum. Tapi Syana gagahkan juga diri pergi ke kelas. Penting kowt pergi. Ada quiz nieyhh..

Sesampai kat kelas dengan keadaan diri yang basah kuyup, Syana letak semua kertas, assignment n nota kat atas meja. Hoho. Baru jer nak duduk, datanglar si plagiat ni. "Nak tengok report boleh? Ada yang tak siap lagi nieyh!" Syana dengan innocent nya kasi dia my complete report tuhh. Takkan nak bagi alasan tak siap or tak bawak pulak. Dah sah2x terpampang muka depan report syana tue kat atas meja. So, nak tak nak, kasi saja lah.

After 5 minutes, Syana pergi kat dia balik. Baru teringat ada jadual dalam report tu yang syana belum gariskan. Tetiba......nampak dengan penuh usahanya dia copy jawapan2x syana utk part question. Mak aiii.. Sebijik kot. Kalau yer pun nak tiru, agak2x lah sikit. Tukar ayat ke ringkaskan ke apa ker. Nie nampak sangat dia salin jer tanpa baca soalan. =(

Sebab dah kantoi, dia terus cakap macam nie.. 'Aku tiru jawapan question Sya tau... HAHHAHAHAHAH!' kuat gila dia gelak kowt. Nak cover malu lah tue. Seyes syana tak cakap apa. Senyap jer. Buat muka ketat. Tak senyum n tak masam. Just be innocent macam nothing happen.

Lepas tue kelas bermula macam biasa. Sepanjang 1 jam kuliah berlangsung, report syana masih pada dia. Tak terfikir pun nak mintak balik sebab jarak kedudukan antara kami memang jauh. Takkan nak berjalan time kuliah pulak. Lagipun memang bila dah focus sangat dengar lecturer mengajar kat depan maka dengan sendirinya segala benda yang lain akan dilupakan dengan sendirinya.

Habis kelas baru dia kasi balik report syana. Huhu. Bila balik rumah, baru lah syana tahu yang dia memang begitu. My housemates semua terkejut bila Syana cakap yg my whole complete report ada pada dia sepanjang kuliah. Ohhh My! Adakah dia copy sebijik2x jugak part discusion Syana. Harap2x tak lah yer. Syana sedang cuba berfikiran positif nie.
Actually Syana tak kan kisah sebagaimana yang Syana kisah sekarang nie pun jikalau dia ada usaha untuk buat dulu sebelum copy. Tapi the problem is dia langsung tak der initiative untuk cuba buat. Kalau dah cuba tapi tak tahu memanglah boleh kami terangkan tapi kalau dah memang 100% dia mengharapkan jawapan kami semua, apalagi yang nak dikata. 

Untuk si plagiat.. kalau anda baca entry ini, ketahuilah bahawa Syana tak marah tapi geram. Entry ini bukan sama sekali mahu menghentam anda tetapi sebaliknya mahu memberi peringatan dan pengajaran kepada anda serta mereka2x yang lain bagaimana kami sebagai mangsa plagiat rasa teraniaya. Hopefully anda akan berubah. Masih ada masa dan ruang untuk anda memperbaiki diri. Syana harapkan anda akan dapat mengasah potensi diri.  

Korang macam mana? Ada pengalaman tak dengan plagiarisme. Korang dipihak yang mana? Mangsa atau pemangsa?

Saturday, March 12, 2011

Celoteh Kehidupan *-* Part 4 juara PERTEMA's Explorace Day

Salam ingatan...

Semalam Syana demam! huhu. nak bercakap pun tak larat rasa. Jadi student yang passive dalam kelas. Bukan my type. Rasa semacam jer. Tapi pelik betul. How come ada orang boleh jadi passive setiap hari?! Tak sanggup eden.

Selain dari Futsal dua minggu yang lepas, Explorace Day anjuran Pertema (Persatuan Teknologi Makanan) jugak penyumbang kepada kesihatan buruk Syana nie. Ditambah lagi dengan lab report yang menimbun, quiz dan jugak test, memang sesedap rasa. Nie minggu depan ada 4 quizzes n 3 tests lagi nieyh. Kuat syana.. Jangan tumbang!

PERTEMA's EXPLORACE DAY

Tarikh : 06 March 2011
Lokasi : Taman Pertanian Bukit Cahaya Shah Alam
Peserta : Compulsory untuk semua student Food TECH

As usual lah, apa2x pun kena start dengan aerobik dulu.





Tapi apsal semua pun menari agogo!

Jom pakai head band.




 Alamak.. Dah terjadi reben comey plak head band tue. =p


 
Sebelum Explorace bermula, kena buat cheer dulu!

 
 Greenade... BOOM. Gajah! Gajah! Gajah!
Comey tak cheer?



OK.. Explorace Begin.....

 First xtvt, SUDOKU CHALLENGE..

 Xtvt lain.. angkat botol!

 Asingkan kacang2x ikut jenis macam dalam cerita musang berjanggut.

 Haishh.. Penat dah semua.





Sangat nak tahu apa yang tiro cakap sampai ghah n shy gelak besar!

Ada banyak lagi xtvt2x lain. Macam cari bola pingpong dalam sawah padi. Ada juga pencarian duit seposen dalam karung yang tak tahu pebenda isinya. Scary! Lagi.. main ikat2x kaki satu pasukan. Dan lastly dipaksa telan sardin mentah + limau purut yang sangat masam n masin.




 Junior Part 3




Banyak benda yang terjadi kat group kami. Walaupun jadi group yang pertama selesaikan task 1st n 2nd tapi at last kamilah group yang terakhir! Sesat punya pasal. Semua pun tak reti baca peta. *-*

Lagi ada adegan-adegan bahaya n lucu berlaku kat Menara Pandang.

Ada group members yang jatuh buaian dengan tragis sekali pada ayunan pertama. Dan keduanya adalah Syana jatuh dari tingkat atas menara ke bawah. Jatuh kat tangga nie. Memang sakit. Tapi seb baeq tak der patah apa2x. Malamnya baru terasa sengal2x n kelihatan segala luka2x kecil. Standardlah kan. Namapun jatuh tangga. =p


Walaupun kalah dan kepenatan tapi kami bangga kerana dinobatkan sebagai group PALING COMEL. Haha. Kategori macam ni pun ada ker?? Nie menang mesti sebab hairband yang dah jadi ribbon n cheer gajah! gajah! gajah! tue kan..
















 
Apapun, kami tetap bangga kerana PART 4 adalah juara Explorace 
walaupun bukan group kami yang menang. Hidup PART 4!

Friday, March 11, 2011

Celoteh Kehidupan *-* Tahniah NR UiTM... juara keseluruhan SUKOL 11

Salam ingatan..

Arini sudah 11/03/11 tapi baru dua entry yang terkongsi dengan korang sepanjang Mac ni kan. Terbukti ke-bz-an syana sejak dua menjak nie. Aish.. Tak taw ler bila nak rehat. Syana rindu sekali saat bersuka-ria dan bergelak ketawa tanpa tekanan ketika cuti semester. Harap2x semester ini akan pantas berlalu agar 'kami' tidak terus terseksa jiwa dan raga.

Ok.. Habis citer pasal stress yang tak berkesudahan.. Mari kita beralih kepada main topic kita pulak.

NR JUARA KESELURUHAN SUKOL 2011

Phewit!! Hebat lah NR..

NR= Non Resident. Jadi Syana pun budak NR jugak lah kan. Wahhh! Bangga jadi komuniti NR kejap.

Syana lah antara atlet yang menyumbang masa dan tenaga semasa kejohanan SUKOL 11 kali ni. Macam tak percaya kan?. Walaupun tak memberikan sumbangan yang besar tetapi sekurang2xnya Syana menyumbangkanlah jugak lemak2x tepu yang telah lama Syana kumpul dalam badan ni. Sedih pulak rasa. =p

 Rasa nak bawak balik umah jer tiang gol nie.

 Senaman robik!! I like..

 Antara penyokong yang hadir. Ramai lagi sebenarnya. Mekasih yer!

 Amek gambaq dengan coach n pengurus pasukan!

 We are great as one team..

Yang pakai vest oren tu Pasukan Futsal NR 1

MAWAR Vs NR 1.. Sengit

Sampai 10 kali sepakan penalti. Tak ker hebat!

Walaupun kalah tapi berbangga dengan NR II mampu melayakkan diri ke suku akhir dan NR I mampu melangkah ke separuh akhir! No worries.

See u next year in SUKOL 12..

p/s: Oh ya! Nie 1st time in my life main futsal betul2x. Sebelum nie pergi court futsal tengok orang lain main jer. =)

Next entry: PERTEMA Explorace Day at Bukit Cerakah.

Wednesday, March 9, 2011

Ukiran Ilham *-* Pilihan aku

Salam ingatan..

Walau penat dengan seribu juta benda
Aku harus kuat tanpa rebah
Menempuh jua segalanya dengan rela.

Walau tiada masa bersuka ria dan bergembira
Aku harus tersenyum bahagia
Kerna ini pilihan aku bukan mereka.

Walau kata mereka
Aku tidak mampu bertahan tanpa berpaut
Aku tak akan sesekali percaya
Mereka siapa
Yang begitu mahu mengatur hidupku
Bukankah mereka juga punya hidup 
yang perlu mereka jalani sendiri?

5.11 petang
09 Mac 2011
Ruang peribadi, Shah Alam.