Salam ingatan...
Tadi pagi ada test BEL (English) .. Petang pulak ada test Bahasa Arab. Banyak sungguh test yang melibatkan bahasa asing arini. Semua pun guna otak belah kanan. Kesian otak kiri, diabaikan begitu sahaja.
Esok pun ada test jugak. Test Usul Fiqh yang banyak chapter tue. Nie pun guna otak kanan jugak. Otak kiri.. Sila berehat secukupnya kerana anda akan digunakan untuk menjawab test Calculus ari sabtu nie. Yeahh.
Ok..
English test pagi tadi nasib baik tak susah mana. Confident lah jugak jawab. Tapi markah nanti tak taw lah macam mana tu kan. kadang2x kalau kita confident sangat pun tak bagoos jugak. *-*
Apapun test listening Arab tadi memang da best! Susah gila kowt! Satu apa pun tak paham. Ntah apa lah pak arab tue sebut kat dalam radio. Rasa macam tak pernah masuk kelas jer.
Makin banyak jawab dengar soalan, makin sedey. Tak tahu nak tembak apa. Kami hanya dibekalkan dengan kertas yang dicetak dengan huruf jawi alif, ba, jim dan dal. Jadi, pandai2x lah menembak. Kalau tepat tembakan nyer maka betul lah. Tapi kalau salah......... (!-!) hmmm. Sendiri mahu tanggung!
Syana toleh kiri.. kawan belah kiri tengah senyum! Aihh.. Budak nie jawab ke tak?
Syana toleh kanan.. kawan belah kanan tengah berkerut dahi. Macam menahan sakit perut jer kak.
Bila ditoleh belakang pulak... ada kawan yang tengah goyang2x kepala. Dia tengah dengar cd listening test ker tengah layan music rock?! Keliru.
Cukup 30 minit, Ustaz mintak semua orang pass kertas jawapan objektif ke depan. Fuyoo.. Syana baru bulatkan 4 soalan jer out of 20 nie. Tolong.....
Bila dah antar.. semua orang bersurai. Geng kami antara yang terakhir meninggalkan kelas. Sebelum keluar seorang kawan bertanya Ustaz.
"Kenapa perkataan2x yang dia sebut satu pun tak der dalam buku ustaz.. Kita tak pernah belajar pun! Kenapa soalan dia payah sangat?"
Then, baru ustaz tue perasaan sesuatu!!
"MASYA ALLAH.. Saya pasang cd lain. Itu cd listening test untuk kod bahasa arab tinggi."
AGHHHH.. Baru kami tahu. Patutlah susah semacam jer. Jadi disebabkan semua orang dah balik maka terpaksalah kami jawab listening test 1 minggu depan. Dah lar minggu depan ada oral test jugak. Hahahahah. Tahniah lah semua! Kita dah berusaha.... =)
p/s: Kalaulah soalan tadi tue memang betul, mesti syana tengah masam jer tulis post nie. Tapi saya tersenyum je sekarang! Weee
No comments:
Post a Comment