Saturday, April 23, 2011

Tips Syana *-* Makanan Baik Ketika Exam

Salam ingatan...

Bila musim exam cam gini, perut asyik lapar jer. Aish... Tapi ingat, dont.. dont..dont.. kamoo makan meggi! Kesian kat badan. Dah ler letih belajar, dipaksa pula bekerja lebih untuk menghadam segala macam preservatives and additives yang ada pada meggi kegemaran ramai tu. Ayoyo. Kejam.. kejam.

Kalau kok yer pun lapar, makan ler makanan yang berkhasiat. Nasi dan lauk-pauk yang seimbang. Jangan hantam 3 ketul ayam goreng pulak. Tapi kalau takut ngantuk, roti mungkin boleh jadi salah satu daripada pilihan yang hebat. 

Roti Gardenia ++ telur hancur ++ baked bean = YUMMY

Entry kali ni Syana nak cerita pasal makanan yang baik untuk otak. Nak pandai kenalah jaga aset utama kita nie.

1) Kismis


Dalam Islam banyak hadith yang membicarakan tentang kebaikan kismis ni.

Rasulullah bersabda:

"Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji sehari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan ditimpa penyakit (dengan izin Allah) kecuali kematian."

"Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu, cairan kuning, kahak), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih."

Lagipun Ibnu qayyim pernah berkata: 
Sesiapa yang ingin menghafal hadith hendaklah sering memakan kismis. (Petikan kitab Tibb An-Nabawi)

Menurut Ruth Liew pulak, seorang pakar pembangunan kanak-kanak di sebuah hospital tempatan, dalam temubualnya bersama kosmo, kismis mengandungi gula dari buah yang asli. 

Maksudnya di sini kan, kismis takkan mengemukkan korang sebab gula yang ada dalam kismis nie adalah jenis yang mudah dicerna oleh badan. Jadi kismis nie memang penting untuk kita masa nak study macam nie sebab dia akan beri tenaga yang konsisten kepada badan dan otak kita untuk belajar.

2) Kekacang macam almond, macadamia, pecan, walnut, pistachio n hazel

 

Kacang-kacang ini penuh dengan omega-3 dan omega-6 fatty acid, folate, vitamin E dan vitamin b6. Semua ini bagus untuk perkembangan otak yang baik. Lagipun kan korang omega-3 dan omega-6 fatty acid ni bagus jugak untuk mengurangkan stress. Jadi memang eloklah untuk kita yang tension je mengadap buku dan kertas ni. Lagi kebaikan, kebanyakan kacang terutamanya kacang2x yang disebutkan ni mengandungi tahap magnesium dan thiamin yang tinggi. Yang mana ianya baik untuk daya ingatan dan fungsi kognitif otak.

Satu lagi berita baik, kekacang ini juga boleh mengurangkan risiko jantung dan menurunkan kadar kolestrol dalam badan. Wow.. Amazing!

3) Coklat

Ada banyak khasiat2x yang hebat macam vitamin A, B1, C, D dan E serta ada jugak magnesium, kalium dan kalsium. Yang mana coklat merupakan sumber magnesium semula jadi yang tertinggi. 

 Untuk kesan yang lebih: makan coklat dengan kekacang dan kismis.

Lagi, macam yang semua orang dah tahu, coklat merupakan penenang atau penghindar stress yang baik. Ini kerana coklat kaya dengan antioxidant seperti fenol dan flavanoid. Malah kandungan antioxidant dalam coklat adalah 3 kali ganda lebih dari teh hijau. Can you imagine? (*-*)

4) Madu asli

Ini memang terbaik. Tapi sebab harga dia mahal dan susah nak dapat kat bandar jadi syana tak amalkan. Haha. Alasan... Sebenarnya tak suka rasa madu asli. Apa boleh buat. Tapi nak kena belajar suka jugak. Kalau tak rugi kowt. One of da best food in the world nieyhh!

Sedangkan nabi pun ada bersabda:
"Barangsiapa nak memiliki hafalan yang kuat, maka hendaklah dia meminum madu."

5) Air putih


Air boleh menyegarkan kita dan membantu melancarkan fungsi dalam badan termasuk fungsi otak. Badan yang tak cukup air akan lemah dan tak cerdas untuk melakukan aktiviti harian termasuk belajar. Jadi pastikan sebotol air mineral ada di depan korang semasa study. Tapi jangan minum air terlalu banyak hingga kembung perut pulak.. Ada paham?!


p/s: Cakap saja tak guna. Buat kemudian rasai kesannya!

6 comments:

fatanahzakirah said...

ehem2,ade org tak ske makan megi ye?kurang percaya!haaha

nja jannah said...

nk coklat tuh..!haha..:p

SyaNa_SaN said...

ct: mmg tak pernah makn megi abis pun... lalalalalala

SyaNa_SaN said...

nja jannah: alohhh.. abes dh kowt.. hehe =p

mykhalis said...

khalis minat roti canai ngan nasi lemak..huuu..nape takde dalam list..hehe

SyaNa_SaN said...

khalis: u know da answer! kehkeh