Orang kata setiap individu itu telah ditetapkan jodohnya. Cuma cepat atau lambat je.
Jadi soal jodoh itu apa benarkah ada?
Korang percaya ke pada jodoh?
(credit: fireopal14.deviantart.com)
Orang putih gelarkan ia ' mate '
Masyarakat cina panggilnya sebagai ' Bànlǚ '
Rakyat Jepun sebut jodoh sebagai ' meito '
Kalau kat Korea pula jodoh dikenali sebagai ' hanghaesa '
Tak kiralah apa pun gelarannya, yang pasti seluruh dunia memahami konsep jodoh. Tapi persoalannya, adakah korang percaya pada ketetapan jodoh?
Syana teringat pada satu dialog Bob Lokman dalam babak filem syurga cinta mengenai tiga jenis jodoh manusia.
Yang pertamanya, yang dikatakan jodoh dari syaiton. Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan, dan terus buat maksiat, akhirnya Syuhada mengandung. Baru kamu menikah.
Yang keduanya, jodoh dari Jin. Kamu berdua berkenalan. Kamu sukakan Syuhada, tapi Syuhada tak sukakan kamu. Kamu bomohkan dan sihirkan agar Syuhada suka kepada kamu. Dan kamu berdua menikah.
Dan yang ketiganya,jodoh dari Allah. Kamu berdua berpandangan mata, terus menusuk ke kalbu.Kamu terus meminang Syuhada dan Syuhada terima pinangan kamu. Dan kamu berdua menikah. InsyaAllah berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan itulah yang dikatakan SYURGA CINTA.
Syana tak tahu sama ada korang percaya atau tidak pada ketetapan jodoh. Tapi Syana sangat yakin dan percaya. Setiap manusia ada jodohnya yang mana telah ditetapkan oleh yang Maha Esa. Cuma setiap orang bertemu dengan jodoh mereka itu melalui cara, masa dan situasi yang berbeza.
Kawan-kawan, tidak kiralah siapapun jodoh kita, bersyukurlah. Kerana sekurang-kurangnya korang telah dipertemukan dengan jodoh korang. Masih ramai lagi mereka di luar sana yang masih tercari-cari di manakah jodoh mereka berada.
Dan Syana ketika menulis entry ini masih juga belum mengenali jodoh Syana. Tidak tahu sama sekali jika dia sudah berada di depan mata ataupun masih jauh berada di mana-mana. Tapi buat masa ini, itu tidak mengapa. Sungguh, masih banyak perkara yang perlu Syana selesaikan sebelum bersatu dengan jodoh. Moga jodoh Syana itu akan mempergunakan masa yang masih ada ini untuk mendalami segala ilmu sebagai bekalan bagi membimbing sebuah keluarga menuju jalan yang diredhai Allah.
Insya-Allah, bila sudah tiba masa kita pasti akan bertemu dan bersatu kerana kamu adalah jodoh tetapanNya yang terbaik buatku.
p/s: Believe in your heart as long as it is not against faith and religion.
2 comments:
Allah Maha Tahu siapa jodoh kita :)
InsyaAllah, Allah telah menetapkan yang terbaik untuk kita semua. =)
Post a Comment