Dari hati itu
aku mendengar suara
aneh bunyinya
hingga tak ku gambar dengan kata
Ingin sekali aku bertanya
tapi lidah tetap kelu
mungkin tiada keberanian
mungkin juga kerana malu
yang pasti
aku ingin sekali tahu
Ada yang kata
kalau tidak mahu kesesatan arah
maka haruslah bertanya
jangan terus biarkan tanda soal
mengantikan neuron-neuron yang ada di minda
namun cukup kuatkah aku untuk bertanya
Sungguh dan benar
aku tak sanggup terus memikirkan
menyambung teka-teki
jasadku dah tak punya kudrat
biar naluriku tanpa belas masih meronta
oh kamu
tolong aku
ketika kita berhadapan
sesekali jangan bikin bunyi
terutama dari hati
kerana cuma itu
ruang yang aku ada
harap kau mengerti
2 comments:
bunyi?bunyi?
ting tong....
toing toing!
Post a Comment