Tuesday, July 24, 2012

Tips Syana *-* Solat Tarawikh Penuh Sebulan

Salam ingatan...

Bila tiba bulan Ramadhan, amalan yang paling sinonim dengan masyarakat Islam ialah Solat Sunat Tarawikh. Siapa yang melepaskan peluang bersolat tarawikh sememangnya kerugian besar. Bukan selalu kita akan dapat peluang sebegini dalam hidup dan mungkin ini peluang tarawikh terakhir buat kita. Siapa jangka kan?

Selalunya, awal-awal puasa canggini memang semangatlah nak pergi tarawikh. Tapi bila ramadhan dah masuk hari ke belas-belas, mulalah perasaan malas menguasai diri. Nak kata godaan setan, setan semua dah kena ikat. Apa nak buat yer untuk kasi solat tarawikh kita semua cukup satu bulan. Meh Syana list down kan.

1. Bersederhana Ketika Berbuka

Makanlah secara berpada-pada. Jangan pelahap sangat waktu berbuka. Perut tu kasi lah ruang untuk bernafas sikit. Ini tak. Sampai nak bangun dari kerusi pun tak boleh. Ayoyo. Macam mana nak tunaikan tarawikh cam ni. Silap-silap maghrib pun dah tak mampu nak buat. Tak baik taw. Masa berbuka tu memang kita lapar dan kebulur tapi kawallah diri. Makan sekadar yang cukup je dulu. Berhenti untuk solat maghrib, isyak n tarawikh dulu. Karang, lepas balik dari masjid sambung lah makan balik yer.

2. Tidur petang

Kalau korang ni memang jenis yang kalau pergi tarawikh jer mengantuk dan letih badan, cuba korang tidur sekejap waktu petang. Tak yah lama2x pun. Dapat 30 minit pun cukuplah sebagai bekalan waktu malam nanti. Sekurang-kurangnya masa tok imam tengah baca bacaan dalam solat tu, tak der lah korang asyek menguap jer. 

3. Pilih Masjid

Maksudnya kat sini bukannya korang pilih masjid yang 5star ke apa. Cuma pilih masjid yang buat korang selesa. Sebagai contoh pilih masjid yang jemaahnya ramai, ramah dan bersemangat. Cara sebegini pun boleh naikkan semangat korang nak bertarawikh. Kalau korang ni jenis yang cepat lesu dan mengantuk masa solat pulak pilih imam yang baca surah-surah pendek. Cara macam ni boleh kurangkan mengantuk sebab korang boleh sama-sama ikut dalam hati bacaan imam tersebut. Kalau dapat masjid yang imamnya baca dengan jelas dan penuh bertaranum pun best jugak. Layan je time solat tu kan. 

Nak lagi best?

4. Variasikan lokasi

Buat variasi dalam solat tarawikh korang. Cuba satu hari satu masjid atau surau yang berlainan. Seronok kalau dapat buat gitu. Hari-hari pun dapat feeling yang fresh. Cubalah.

5. Kuatkan azam

Macam yang Syana belajar kat ipta dalam subjek Qawaid Fiqhiyyah, Al-Umuru Bi Maqasidiha. Apa jua yang kita buat, semuanya berdasarkan niat kita. Jadi, tetapkan niat. Kuatkan keazaman dalam diri setiap sorang dari kita. Kalau kita bersungguh-sungguh ingin melakukan kebaikan, Insya-Allah yang Maha Kuasa akan membantu dan mempermudahkan kita. Berdoalah selalu kerana itu senjata Muslimin yang paling mujarab. 



SELAMAT BERPUASA
SELAMAT BERBUKA
SELAMAT BERTARAWIKH

MOGA HIDUP KITA SEMUA DIBERKATI OLEH NYA

Wednesday, July 18, 2012

Celoteh Kehidupan *-* Be Home

Salam ingatan...

Tak dapat nak gambarkan perasaan berada kat rumah. Oh.. mengapakah Syana terpaksa balik semula ke sana selepas seminggu... Final Year Project. I HATE YOU...


Tapi dis time, bila balik terasa laen jer. Al-maklum ler penghuni bilik2x sebelah tak ada. Si Rais n Si Nedyah dua-dua kat U masing-masing. Tak dapat cuti. Diploma kan len cutinya dengan degree. Itu yang jadi canggitu tu.

Oh ya. Pada yang tak tahu. Adeq pompuan Syana, si Nedyah a.k.a Neddy belajar kat UiTM Puncak Perdana sekarang ni. Dia ambil diploma perakaunan fast track kat situ. Kampus tu tak jauh sangat pun dengan kampus UiTM Syana kat Shah Alam. 20 minit jer perjalanan dengan menaiki kereta untuk ke sana. Itu yang every weekend Neddy datang kat umah sewa Syana tue. =) Kiranya ok jugak la. Tak der la dia rasa asing sangat kat tempat orang. 

Time nak balik kg beberapa hari lepas, Syana ada ajak dia sama. Balik bukak puasa hari pertama kat kampung. Tapi dia tak maw ikut. Kononnya rushing. Ada cuti 2 hari jer. Itupun weekend. Alahai.. Nama pun budak diploma part 1.

Pastu skang ni duk touching sorang2x coz tak dapat balik umah. Yang sedihnya, semua kawan2x sekolej si Neddy ni balik umah or pergi rumah sedara time 1st day puasa nanti. Tinggal ler dia terkebil2x seorang diri. 

Yang akak dia sorang ni dah selamat pun balik kampung. Yang cazen2x kitaorg kat sana pun semuanya balik kg jugak. Nasib ler neddy oiii.. 

Tapi tak per. Nanti 23hb, umiey nak pergi sana melawat dia. Dan 25hb ni Insya-Allah Syana pulak datang sana. 

So, sabar yer. Nanti kita bukak posa n sahur sama2x ok!

Tuesday, July 17, 2012

Celoteh Kehidupan *-* Sister n cousins outing

Salam ingatan...

Sementara dah habis exam dan tak busy, Syana habiskan masa dengan adik dan sepupu-sepupu tersayang kelmarin. Kebetulan pulak semua pun free. Bukan senang nak keluar cam gini. =) 

Paling seronok kami semua diambil dan dihantar semula keesokkan harinya oleh Along n Kak Nana. Mekasih lah banyak-banyak yer. Susah-susah je. Len kali boleh ler amik n antar saya lagi. Hehe.


Lapo.....

 Chicken's Time

Our Favo

This one just enough for me.

Spiderman 

Late nite movie n we're still energetic.

Before saying goodbye.
In front of pameran pengantin at SACC, Shah Alam.

I wonder... Sapa yang nak kawen?
Of coz yang paling SENIOR kan.

By the way, tak puas shopping kat Times Square. Nak pergi lagi. Insya-Allah bila dah bukak sem pulak yer. Sapa nak join Syana jom la sekaki.

Celoteh Kehidupan*-* Pencinta Kucing


Salam ingatan...

Sepanjang hari ni asyek bercerita pasal kucing jer... Mula-mula si Siti bukak topik pasal kucing terbiar yang perlukan bantuan. Dengan penuh semangat dia bercerita panjang lebar tentang impiannya nak bela kucing banyak-banyak bila dah kerja. Yang si Alan kat sebelah pula tak puas hati dengan idea Siti. Yer la. Diri sendiri pun tak berapa nak boleh urus, inikan pulak nak jaga kucing berekor-ekor. Itu tak masuk nak jaga suami n anak berderet lagi tuhh.. Haha. Aku gelakkan jer masa Alan berleter pada Siti tadi. Nasib ko ler Alan. Bakal bini minat kucing. Apa boleh buat?! Kalau kucing tu ukk-ukk, Alan tolong ler basuh skali. =p

Pastu belah malam tadi, si Tieza pulak selsema dan tak sihat gara-gara kucing. Satu-satu kucing kesayangannya mati petang semalam. Apa lagi, menangis tak berlagu ler Tieza. Sampai bengkak-bengkak mata. Selsema bagai. Aduhh. Kesian pulak menengokkan dia. Apa boleh buatkan. Kucing tu tak panjang umur. Tabah yer teman!

Kalau ikutkan, kucing Tieza yang bernama Phillip tu dah 5 tahun berada di bawah jagaan Tieza. Sejak kecik lagi. Dan ini adalah kucing yang paling lama dengan dia. 
 
Bila Phillip sakit, tieza akan rawat dia sungguh-sungguh. Syana ingat lagi bila phillip sakit gigi tahun lepas. Tieza siap bawak dia pergi dapatkan rawatan gigi kat klinik haiwan lagi. Sanggup berhabis wang dan tenaga demi Phillip tersayang. Bila phillip sakit apa ntah pulak haritu, sakit perut kalau tak silap. Tieza bawa dia ke klinik utk surgery. Huhu. Istimewanya Phillip di hati Tieza dan Syana percaya Tieza pun begitu istimewa di hati Phillip. Dan no wonder la Tieza sedih sangat bila Phillip pergi meninggalkan dia. Tak henti mengenang. Harap-harap ianya tak berlarutan.U've to move on my frenz.



Phillip yang cool!


Tapi betul la. Phillip ni comel n adorable sangat. Tengok lah photo Phillip kat atas ni. Betulkan? -_-


Lagi gambar dan aksi si Phillip....






p/s: Rindu my Kiki. Tak tahu mana dia menghilang. Hidup ke mati ke. 
Hanya anak2x dia jer yang tinggal kat rumah =( 

Gambar semua ihsan facebook tieza. Hehe. TQ

Friday, July 13, 2012

Celoteh Kehidupan *-* Air Terjun JERAM TOI

Salam ingatan..

JERAM TOI.. Satu nama tempat yang asing bagi syana. Selalunya syana dengar nama Jeram Linang jer. Al-maklumlah, penduduk tetap negeri cik siti wan kembang kan. 

Jeram toi ni letaknya di negeri sembilan. Tak jauh pun dari pusat bandar seremban. Dan tak sampai dua jam pun dari shah alam. Kalau tanya kawan2x korang dari seremban memang dorang tahu ler kan. Sebab tempat ni agak famous jugak di kalangan family n budak2x sekolah kat sana. Syana tahu pasal tempat ni pun dari kawan dari seremban jugak ler. 


Kawasannya cantik sungguh, airnya pulak bersih dan sejuk sangat. Yang paling best kawasannya tenang dan tenteram. Memang rasa nak bermalam jer kat situ.


Kat jeram toi ni macam kat  jeram linang lah jugak. Ada satu kawasan takungan air buatan. Agak besar jugak ler. Tapi syana tak suka mandi kat kawasan tu. Air tak mengalir sangat. Tak natural. Jadi sebab nak dapatkan kawasan mandi yang best, kami kenalah mendaki siket. Fuhh.. berpeluh jugak dengan barang2x yang banyak. Tapi berbaloi. Permandangan n air kat situ terbaik!




 Mereka yang berusaha untuk menghidupkan api.


 BBQ's Time



 Bergembira dalam air... =)

 Fuhhh... sejuk!





Kesimpulannya, jeram toi sangat best. Sapa nak pergi, just go! Tak yah nak fikir2x. Pack barang, bawak makanan siket n berendam sampai puas. 

p/s: Cumanya pihak jeram toi yang berkenaan patut upgrade bilik persalinan supaya lebih selesa. Wassalam. 

Celoteh Kehidupan *-* I'm bored

Salam ingatan...

Exam sudah selesai. Muncul pula cuti sem yang ditunggu. Yeah. Secara tidak rasminya sekarang nie Syana adalah student part7 food tech. Yeah. Senior sem akhir. Cepatnya rasa. 

Tapi dalam kepantasan masa yang berlalu, masih berbekas seksanya. Ohh. Sungguh tidak percaya, semuanya telah berakhir. Hanya tinggal senafas jer lagi, selepas itu berakhirlah pengajian sebagai pelajar degree.

Selepas sem depan, apakah rutin baru harian Syana? Segalanya masih belum mencapai kata putus. Meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi? Bekerja dengan mana2x syarikat gergasi yang menghasilkan produk makanan? Mula bekerja sendiri? Atau......

Atau....................

Atau hanya sekadar mengasingkan diri dari dunia luar. Duduk sahaja di rumah, goyang kaki sambil meringankan beban umiey, membereskan segala kerja-kerja rumah yang terbengkalai. Menanti-nanti jika jejaka idaman datang dan berjaya mencari Syana yang selama ini hilang dari pandangan matanya. Ohhh... 

Masa hadapan memang susah nak diramal. Jika mampu meramal sekalipun, tidak semuanya akan tepat. Macam kata supervisor Syana, "we cannot predict future with certainty".



p/s: Akan ada banyak post hari ini. Syana borink n get nothing to do.