Friday, July 13, 2012

Celoteh Kehidupan *-* I'm bored

Salam ingatan...

Exam sudah selesai. Muncul pula cuti sem yang ditunggu. Yeah. Secara tidak rasminya sekarang nie Syana adalah student part7 food tech. Yeah. Senior sem akhir. Cepatnya rasa. 

Tapi dalam kepantasan masa yang berlalu, masih berbekas seksanya. Ohh. Sungguh tidak percaya, semuanya telah berakhir. Hanya tinggal senafas jer lagi, selepas itu berakhirlah pengajian sebagai pelajar degree.

Selepas sem depan, apakah rutin baru harian Syana? Segalanya masih belum mencapai kata putus. Meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi? Bekerja dengan mana2x syarikat gergasi yang menghasilkan produk makanan? Mula bekerja sendiri? Atau......

Atau....................

Atau hanya sekadar mengasingkan diri dari dunia luar. Duduk sahaja di rumah, goyang kaki sambil meringankan beban umiey, membereskan segala kerja-kerja rumah yang terbengkalai. Menanti-nanti jika jejaka idaman datang dan berjaya mencari Syana yang selama ini hilang dari pandangan matanya. Ohhh... 

Masa hadapan memang susah nak diramal. Jika mampu meramal sekalipun, tidak semuanya akan tepat. Macam kata supervisor Syana, "we cannot predict future with certainty".



p/s: Akan ada banyak post hari ini. Syana borink n get nothing to do. 

No comments: