Saturday, April 10, 2010

1st day duduk UMAH sewa.. Dah ler tak bawak barang banyak!!

Salam Ingatan...

Malam semalam barulah merasa tido awal ciket.. Dalam pukul 12 selepas dah siapkan secara total final report, Syana menidurkan diri. Tergoda tengok Ilah BMS tido sejak pukul 9 malam lagi. Sengal jer kawan Syana yang sorang nie. Keje tak siap lagi tapi seronok2x jer tido.. Haha. Walhal dia yang beria-ria nak wat slide show utk presentation semalam.. (Ish2x..Jangan kutuk orang lebih2x Syana. Awak pown 3x10 jer)



Pagi tadi pulak Syana berjalan kaki ke kawasan nadi seksyen 7 (bukan senang nak merasa hidup tanpa kenderaan sendiri nieyh). Print report ajer dah makan Ringgit Malaysia 54. Print guna printer laser, tuhh yang mahal cket. Dah ler banyak page color. Tapi xper lah. Tak berapa kisah sangat. Sebab sunguh2x berpuas hati dengan hasil cetakan report dia. Gambar2x pown sangat cantek.Isi memang gempaq lah kan. Tengok lah hasil kerja sape. 'Syok sendiri kejap'. ^-^  Pendek kata, Sir Edy memang kena bagi kurang 1 markah jer drp full mark!! Boleh yer sir?? (Tolong jangan over action)

Selesai jer print report, kami terjah kedai makanan favo Syana kat area situ. Dulu, masa masih blajar kat uitm, boleh dirumuskan hampir setiap hari Syana beli makan tengahari kat situ. Murah, sedap n banyak pilihan. Yeah.. Terubat rindu dengan masakan makcik tue!! Kenyang abis sihh!!

Next station kami menyinggah d kedai cenderamata bernama fully shop. Belilah selipar murahan sepasang buat 'sehe'. hahah.. melayang duet lagihh..

Petang sampai ke malam, syana n my partner (Ct) bertungkus-lumus siapkan slide show. Memang puas hati sebab hampir siap.. Yg penting kemas, padat n cantik. Gembira bangat! =)

Tgh malam, Syana mengedit slide show2x tersebut. Kasi berwarna n berseri2x cket.. Satgi baru nak buat motion. Esok practice.. yeah.. We can do this Fatanah Zakirah!! Chayok2x..

Sir.. Get ready untuk mendengar presentation kami.. Hahahah 'Bukan sepatutnya kami ker yg kena get ready utk kena hentam'.. hahahahhaha.. WATEVA!! Positive2x.. 'Jika kau Fikirkan kau Boleh'..

Pengajaran:
*Makan n Minum masih penting walaupun kerja melambak macam infiniti!!
*Wajib kasi bina chemistry antara kita dengan group partner..

Friday, April 9, 2010

DuGaaN TahAp GaBaN

Salam Ingatan..


Baru jer sampai Shah Alam dalam pukul 2.30 tadi.. 1st tyme naik flight dengan kawan2x tanpa ditemani family.. Last naik flight ngan family pown waktu sebelum kami pindah ke kelantan.. iaitu tahun 90-an. Jadi agak seciput excited. Seciput jer lah kan gara2x sangat berdebar untuk presentation Isnin nanti. Wihuu =8

Progress Final Report
Alhamdulillah akhirnya report Syana telah mencapai tahap 95% siap. Fuhhh.. Lega separuh  ^-^
Lagi separuh lega kita simpan lepas presentation ok!!

Macam2 dugaan, ujian serta cabaran sepanjang menyiapkan practical report kali nieyhh..

1) Selasa (06 April)
Charger laptop rosak. Syana tak dapat nak on laptop sedangkan segala report yang telah 90% siap ada kat dalam tuhh.. File back up yang syana ada pun cuma yang 3 ke 4 ari yang lepas. Jadi memang cabaran besar kalau tak dapat nak on laptop tuhh dalam masa terdekat nieyhh. Takkan nak buat semula kan??
Kalau nak beli charger baru pown, Syana kena pergi Kota Bharu memandangkan memang tak da kedai computer yg agak besar kat area umah Syana niey. Tue pun kalu kedai kat KB tue ada lah yer charger utk model laptop cam Syana nieyh.. NEC VERSA S3200... 

Pengajaran

 * Back-up kerja setiap kali selepas selesai.. Don't take it for granted. Malang itu tidak berbau.
 * Jangan fikir pasal nak jadi unik jer.. Fikirkan pro & contra nyer sekali. (sebab nk jd  uniquelah syana pakai laptop yang jenamanya jarang2x orang pakai kat Msia nieyh.. Kan dah susah nak cari spare part)

Tapi nasib baeqlah POK NIK DA ada kat pasir mas sana.. Pok Nik nie merupakan pakcik Syana yang memang handal dalam hal-hal memperbaiki komputer dan alatan elektrik. Dalam masa tak sampai sejam pown dia kohkehkohkeh, tup tup dah elok. Memang berterima kasih lah kat pok nik. Tak sia-sia Syana datang dari jauh.

Tapi, malam tuhh badan Syana mula panas macam nak demam. Sakit perut. Sakit kepala. Mungkin sebab over stress n tak cukup tido selama beberapa hari. Sesampai jer dari umah pok nik, Syana terus tidur lepas telan Uphamol. 

2) Rabu (07 April)
Dah la semalam satu ari burned tanpa sentuh walau seinchi pun report. Tetibe pada sebelah petang, bekalan elektrik terputus untuk satu daerah Machang. Tyme2x genting jugak lah elektrik tak maw ada. Seb baeq sejam je. 

Ingat ker ianya berakhir di situ jer. Rupa-rupanya itu hanya satu amaran awal. Dalam pukul 1.30 pagi, seluruh bandar Machang bergelap untuk sekali lagi. Kali ini lebih lama. Aduhh!! Bertangguh lagilah report gamaknya.

Pengajaran * Kita hanya boleh merancang tetapi tuhan yang berkuasa untuk menentukan segalanya.

Apa dah jadi??
Hari ini Jumaat (09 April). Hanya ada 3 hari jer lagi untuk submit final report and present di hadapan lecturer. 
Report masih ada baki 5% lagi xsiap. Print pown mestilah belum lagi.Tapi yang paling jiwa tertekan, slide show utk presentation langsung tak sentuh lagi.. Hampeh betul. 

Tapi tak per lah. Syana akan cuba jugak siapkan kesemuanya sebelum ahad.. Ya!! Kesemuanya. Doakan kelancaran perancangan Syana yer. Report and presentation ini adalah projek yang terakhir sebelum menghabiskan diploma. Jadi amat terdesak untuk skor subject practical training dengan  3 jam credit hour ini. Penentu hidup dan mati untuk CGPA Syana nieyhh.. Sekali lagi, doakan yang terbaik buat saya yer!!

Sunday, April 4, 2010

SetiAp InSan PerLukan PRiVAcY

CSalam ingatan..

Manusia itu perlukan privacy?? Siapa tak setuju??


Sedarlah wahai insan2x bernyawa di luar sana bahawa anda perlukan sedikit privacy untuk diri anda sendiri. Anda memerlukan sedikit free time untuk meneruskan kehidupan. Free time itu sungguh mahal harganya. Bukan mahal dari sudut nilai wang ringgit atau US Dollar tapi mahal kerana tak dapat dibeli di mana-mana premis perniagaan. So, gunakan free time anda sebaik mungkin.

Bagi manusia2 yg suka mengacau free time orang lain, korang cuba letakkan diri kamoo ditempat mereka2x yang didisturb free tyme nya. Kamoo suka ker bila pukul 3 or 4 pagi, saat sedang lena2x diulit mimpi tetibe ada yang menelefon?? Kalau ada hal emergency yang betol2x penting tue xper lah jugak kan.. Tapi kadang2 tujuan mereka menelefon tuhh agak tak buleh diterima akal. Jadi prihatin lah terhadap privacy org laen.


Cakap pasal privacy, sejauh mana privacy kehidupan seseorang pada hari ini??
Dengan kehadiran pelbagai laman sosial dan kemudahan komunikasi, adakah privacy anda semua tidak terganggu?? Tuhh tak kira manusia2 yg nak intai apa yang anda buat saat beronline kan?? Takkan sampai perlu buat begini??


Tak patoot.. Tak patoot..

Nasihat syana berpada-padalah berkongsi cerita dan maklumat peribadi didalam mana2x laman sesawang milik anda.. Terutamanya gambar-gambar yang bersifat kontroversi.

Tapi kalau korang sendiri tak kisah jika gambar-gambar tuhh jadi tatapan umum, so lantak la.
Asalkan jangan nanti bila orang sibuk berbicara pasal gambar2 tuhh korang sibuk nak naik angin. Ingat semuanya terpulang semula kepada kita.
Kita yang menentukan kebahagiaan kita. =)

Saturday, April 3, 2010

Mudah sangat cinta mereka beralih arah!!!!

Salam ingatan...

Tajuk entry hari ni agak kontroversi kan! Syana tak nak komen banyak sangat. Cuma nak sentuh siket jer untuk pedoman bersama.


Bukankah cinta itu sesuatu yang amat mahal. Tapi mahal lagilkah harga sebuah cinta itu jika ianya amat mudah untuk dikongsi????

Amat pelik bila ada insan yang telah bercinta bersama pasangannya bertahun-tahun lamanya.. Waktu berkasih kononnya cinta mereka itu hanya untuk si dia seorang sahaja. Tapi tup2x bila dah berpisah, tak sampai satu dua hari pun cinta mereka sudah beralih arah. Boleh pulak tuhh berpasangan dengan yang lain. Kononnya hati mereka sudah berubah. Cinta mereka kini hanya milik pasangan baru mereka itu. Benar ker apa yg mereka rasa itu cinta??? Ke hanya nafsu semata?? 

Baik lelaki mahupun perempuan. Dua2x pun sama jer. Ayat manis teramat. 

 Bercinta dengan robot lagi mudah. Tak complicated macam manusia.

Syana bukan aper?? Syana cuma pelik campur tak puas hati bila cinta amat mudah dijual beli oleh generasi moden hari ini. Fikiran dah terlalu moden sampai dah rosakkan istilah cinta itu sendiri.

Cintakah itu jika berdua berpegang tangan tanpa sebarang ikatan??
Cintakah itu jika berdua berpelukan sambil mengabdikan cinta dalam sebuah gambar??
Cintakah itu jika berjam2x di talian tanpa sebarang isu penting???

Syana bukan mahu prejudis terhadap cinta. Cinta itu tidah salah. Tapi terpulanglah kepada insan itu untuk menentukan hala tuju cinta mereka sendiri. Cuma peringatan di sini, cintailah suami dan isteri anda. Kerana cinta si suami untuk isterinya dan cinta si isteri untuk suaminya itu diredhai Allah. 

Tapi andai cinta anda itu terlebih dahulu telah terbit kepada bukan suami (yakni pakwe atau special boyfriend) jangan lah putus secara mendadak pulak. Syana tak suruh pun kamu putus. Tapi jaga batas dan usaha untuk membawa perhubungan tidak rasmi kamu itu kepada sesuatu yang rasmi. Perasaan cinta kamu itu bukanlah sesuatu yang kamu boleh elak. Jadi jangan salahkan diri pulak.

Fuhh.. Dah terlari tajuk nieyhh.. HOHO

ok.. Berbalik kepada cinta yang mudah beralih arah!! 

Andai kata ada seseorang itu dah bertahun2 'mengayam kasih' dengan pasangannya. Ke mana2x bersama. Saling menyinta dan kononnya cinta mereka itu sama hebatnya dengan lagenda cinta Melayu 'Laila dan Majnun'. Malah lebih hebat dari epik cinta Shah Jahan kepada Mumtaz Mahal. Tetibe  berlaku perselisihan faham, bergaduh panjang dan akhirnya cinta mereka itu terputus di tengah jalan. 

Belum sampai sebulan malah mungkin lebih cepat, salah seorang dari pasangan itu menyatakan cinta dia kepada kamoo.. Apa perasaaan?? Apa buleh pakai ker cinta manusia sebegitu??

Cuba korang pikir erk?? Kalau dekat bekas pasangan dia tuhh dia buleh buat macam tuhh, hanya cinta sementara jer.. Maka tak mustahil cinta untuk kita tue pun hanya bersifat sementara..Yang mustahil tuhh kalau dia mati-matian cakap yang cinta dia untuk kita tuhh sejati.. Sejati ker??  Mulut manis mengalahkan tebu..Fuhh..

Jadi, kepada mereka2x di luar sana, berfikir dahulu lah sebelum menerima cinta2x mereka yang sebegini ok!! Terlajak drive kereta buleh undur, terlajak terima cinta buruk padahnya!! =)

Maaf jika entry ini agak emo!! Hanya berkongsi pandangan. Tak mintak persetujuan semua pun.

p/s: masalah tarikh presentation dh settle.. Sir EDDY dah bg perlepasan kt syana,ct n ilah utk present awal.. pd tarikh 12/4/09.. Thanks Sir Eddy!!

Thursday, April 1, 2010

Kenapa Saya Tak NAK Tunda Tarikh PRESENTATION tue??

Salam ingatan...
Practical Training Baru jer Habish!! Ya.. Syana Gembira Sangat!! Sebab Terasa Kehadiran di PPKBA amat bermakna.. Dengan Banyak Perubahan Yang Kami (Syana n CT) Bawa. 
Memanglah ada sedikit sedih sebab terpaksa tinggalkan PPKBA jua akhirnya.. Tapi, itu lumrah!! Setiap pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan. Setiap kedatangan pasti ada pemergian.

Tapi hari ini, Syana bukan nak cerita pasal detik2 akhir di PPKBA.. Itu laen kali syana bukak mulut. 

Apa yang pasti Syana nak berkongsi tentang pertukaran tarikh presentation Syana!!

Cuba baca facebook post nieyh!!! Dari class representative kitaorang.

Hide
Norfadzilah Ismail att to asd6f: Dear All, I am sorry for the inconvenience! Due to unavoidable circumstances, the date of Practical Presentation Evaluation has to postpone to 26th April 2010 (MONDAY) at 8:00am.The detail tentative, rooms of presentation and sequence of presenters will be available on the notice board outside my room by 23 April 2010 (Friday) . All the best and see you all soon. EDDIE TAN TI TJIH
Senget jer kan?? Terkejut beruk bila dapat tahu yg presentation date (12 april 2010) nieyh kena postpone.
Walaupun report syana masih ke laut lagi!! (xsampai 50% pun lagi) Ditambah pula secukup rasa dengan presentation slide show yang  lagilah tak sentuh hape pun!! TAPI saya tetap xmahu postpone tarikh presentation.. tolong lah..

Sebab munasabab saya tak nak tunda???

1. Dah beli tiket pergi balik ke Shah Alam

    Syana dah selamat tempah tiket flight ke Shah ALam 2 bulan lepas. Ini 1st tyme dgn geng2 uitm balik Shah Alam melalui udara. Apa kes?? Nie kes takut nak naik Bas Ekspress lepas xcident besar aritu. Tempah tiket bersama-sama dengan CT n ILah. Dari sini amek tiket 9th April. Balik kelantan semula 18hb. Kalau presentation tuhh jadi ditunda, maksudnya dua2 tiket tuhh burn.. N perlu amek tiket laen. Yerla, takkan nak duduk s.alam dr 9hb hingga 26 plop.. Lama tue. 

2. Dapat kerja part time

    Kebetulan, syana dah apply kerja part tyme kat UiTM Kelantan sepanjg exam week nanti.. Start kerja 21st April. Gaji boleh lah tahan. Kalau pergi 26hb, means Syana kena tolak kerja tuhh.. Oh NO!!

3. Akan buang lebih banyak masa untuk siapkan report

    Sebabnya, bila lagi lama masa yg dberi utk submit report n presentation, lagilah perangai malas syana nie menjadi2x. 'Selagi boleh dtangguhkan kan??' Kalu presentation 12hb, report tuhh akan siap jugak by da day 12hb. Jadi lepas 12hb, Syana dah merdeka sepenuhnya.. Boleh lah enjoy puas2x +++ buat segala project2x MEGA yg tergendala tuhh..Ayoyo.

TAPI..

Kalau 26hb baru present, maksudnya lambat lagilah syana akan merdeka. Lama lagilah kena menanggung 
stress yg dasyat teramat nieyh.. 

4. Tak mau ganggu kawan2x sedang final exam

    Syana dah plan nak jumpa kawan2x lepas selesai presentation. Tuhh yang beli tiket balik Kelantan lewat cket. Tapi, kalau dah ini takdirnya, takkan Syana nak ajak budak2x tuhh hang out disaat mereka sedang exam week pulak. Tak maw lah.. Satgi ganggu mereka2x belajar pulak. Tak pasal2x result diorang down.

Kesimpulannya, Syana memang tak mau postpone tarikh presentation tuhh.. Walaupun dari satu lagi sisi pandangan, penundaan tarikh itu bagus kerana beri kami semua lebih masa untuk buat preparation presentation dan bagi kami semua lebih masa untuk kasi gempaq report. Tapi betulker akan lebih gempaq?? ke same jer kualitinya?? 

Pada Syana, kalau student tuhh memang nak buat report yang gempaq, sama ada 12hb atau 26hb tarikh submitnya, dia still akan hantar report yg gempaq. Tapi kalu memang dia jenis yang cincai atau cukup2x makan jer, samaada submit 12hb atau 26hb, dia tetap akan hantar kerja yang begitoo. Jadi, tiada bezanya kan!! 

Sir Eddy, tolong lah saya. Tolong jangan postpone tarikh tue.. PLZZZZZZZ!!! I'm begging you Sir..