Friday, March 11, 2011

Celoteh Kehidupan *-* Tahniah NR UiTM... juara keseluruhan SUKOL 11

Salam ingatan..

Arini sudah 11/03/11 tapi baru dua entry yang terkongsi dengan korang sepanjang Mac ni kan. Terbukti ke-bz-an syana sejak dua menjak nie. Aish.. Tak taw ler bila nak rehat. Syana rindu sekali saat bersuka-ria dan bergelak ketawa tanpa tekanan ketika cuti semester. Harap2x semester ini akan pantas berlalu agar 'kami' tidak terus terseksa jiwa dan raga.

Ok.. Habis citer pasal stress yang tak berkesudahan.. Mari kita beralih kepada main topic kita pulak.

NR JUARA KESELURUHAN SUKOL 2011

Phewit!! Hebat lah NR..

NR= Non Resident. Jadi Syana pun budak NR jugak lah kan. Wahhh! Bangga jadi komuniti NR kejap.

Syana lah antara atlet yang menyumbang masa dan tenaga semasa kejohanan SUKOL 11 kali ni. Macam tak percaya kan?. Walaupun tak memberikan sumbangan yang besar tetapi sekurang2xnya Syana menyumbangkanlah jugak lemak2x tepu yang telah lama Syana kumpul dalam badan ni. Sedih pulak rasa. =p

 Rasa nak bawak balik umah jer tiang gol nie.

 Senaman robik!! I like..

 Antara penyokong yang hadir. Ramai lagi sebenarnya. Mekasih yer!

 Amek gambaq dengan coach n pengurus pasukan!

 We are great as one team..

Yang pakai vest oren tu Pasukan Futsal NR 1

MAWAR Vs NR 1.. Sengit

Sampai 10 kali sepakan penalti. Tak ker hebat!

Walaupun kalah tapi berbangga dengan NR II mampu melayakkan diri ke suku akhir dan NR I mampu melangkah ke separuh akhir! No worries.

See u next year in SUKOL 12..

p/s: Oh ya! Nie 1st time in my life main futsal betul2x. Sebelum nie pergi court futsal tengok orang lain main jer. =)

Next entry: PERTEMA Explorace Day at Bukit Cerakah.

Wednesday, March 9, 2011

Ukiran Ilham *-* Pilihan aku

Salam ingatan..

Walau penat dengan seribu juta benda
Aku harus kuat tanpa rebah
Menempuh jua segalanya dengan rela.

Walau tiada masa bersuka ria dan bergembira
Aku harus tersenyum bahagia
Kerna ini pilihan aku bukan mereka.

Walau kata mereka
Aku tidak mampu bertahan tanpa berpaut
Aku tak akan sesekali percaya
Mereka siapa
Yang begitu mahu mengatur hidupku
Bukankah mereka juga punya hidup 
yang perlu mereka jalani sendiri?

5.11 petang
09 Mac 2011
Ruang peribadi, Shah Alam.

Monday, February 28, 2011

Celoteh Kehidupan *-* Saya Dah Cukup Umur!

Salam ingatan..

28 FEB 1990

Lahirlah Syana ke dunia. Mekasih buat Abah & Umi kerana anda berdua saya wujud di dunia. Dan tak lupa, Syukur ke hadrat Illahi kerana kuasaMu lah aku tercipta.

28 FEB 2011

Hari ini genaplah usia Syana 21 tahun. Waahh. Cepatnya budak kecik membesar. =)



Kepada semua kaum kerabat dan sahabat handai yang sudi meluangkan masa
  • Buat suprise birthday party, 
  • Buat surprise ice-cream party (Haha.. Walaupun surprise korang tak menjadi. Tak per. Cuba lagi tahun akan datang! weikk)
  • Menelefon Syana mengucapkan selamat hari jadi dan menyanyi 
  • Menaip mms dan sms dengan ucapan-ucapan yang riang sekali
  • Mengetagged video2x birthday yang sungguh comel
  • Memenuhkan ucapan2x birthday di wall post facebook Syana
  • Memberikan syana birthday present yang sweet
  • & Mendoakan kesejehteraan dan kecemerlangan hidup Syana di dunia dan di akhirat............

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK

Korang memang telah menceriakan hari jadi Syana tahun ini...

SAYANG KORANG SEMUA <3<3<3

P/s: Tanya siket.. 21 tahun belum tua lagi kan?? Wee.. apa yang penting saya dah cukup umur. Bukan budak under age lagi ok! Jadi sila treat me as budak dah cukup umor lepas nie. Mekasih *-*

Monday, February 21, 2011

Calon MPP: Asal handsome jer ko nak undi. Asal cute miut jer ko nak pangkah.

Salam ingatan...

"Apa?? Esok kena pergi mengundi MPP"

Syana baru tahu petang tadi je kowt yang tarikh untuk mengundi calon MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) tue esok! Bukan sebab syana tak cakna. Tahu yang dalam masa terdekat nie akan ada sesi pengundian MPP mengikut fakulti masing2x kat UiTM. Tapi tak sangka pulak esok.

Macam mana nak pergi mengundi nie kawan2x. Calon yang bertanding pun baru tahu namanya petang tadi. Manifesto dorang satu pun syana tak tahu. Nampaknya terpaksa ler mengundi guna sebelah mata jer esok. Mana yang muka agak2x boleh jual tue lah yang akan jadi pilihan kami esok. Yang tak berapa nak confident je muka tue harap maaf lah yer. Saya tak mampu nak undi kamoo!

 Antara calon MPP yang akan bertanding esok. 
Ni calon fakulti akaun ok. Bukan FSG!

Tetiba dengar suara2x sumbang dari belakang..

"Mana boleh weihhh. Asal handsome jer ko nak undi. Asal cute miut jer ko nak pangkah. Habis tue kesian lah kat mereka2x yang berwibawa tapi xder rupa!"

Ala.. Nie yang payah nie. Nak undi secara bijaksana tak boleh. Sebab tak kenal malah tak tahu pon aper impian mereka  dalam nak menaikkan nama Fakulti Sains Gunaan (FSG). Tapi kalau tak mengundi langsung pulak, nanti terpaksa pulak tebal muka cipta sejarah diri masuk court UiTM. Lagilah  tak maw. Kalau kok yer pun syana kena masuk court UiTM biarlah isu besar siket. Tak kuasa skip kelas semata2x nak pergi court. Adess. Konpius. Konpius.

Jadi, korang macam mana?? Dah tahu ker nak undi saper?? Ke lebih rela naik court?

Saturday, February 19, 2011

Tips Syana *-* Cara Buang LightBox Photoviewer / Theater Box di Facebook

Salam ingatan...

Geram kan bila nak tengok gambar2x kawan kita kat facebook, tetiba ada kuar theater box dengan background hitam tuhh.. Pembaharuan baru kat facebook tuh. Tak taw ler tang mana yang bagus tentang theater box nie. Tapi yang pasti syana tak suka. Muktamad! Ada sesape sokong?

Tengok lah nie!! =(

Namun sekarang jangan sedih2x lagi. Syana dah taw cara yang sangat mudah untuk hilang kan theater box nie. Terima kasih kepada saudara Xen yang buat entry pasal nie. 

Caranya cuma tekan F5 kat keyboard laptop kita bila kotak hitam theater box tuh muncul. Mudah kan??

Bila dah taw ni, Syana yang dulunya buat muka macam ni  =(  dah boleh tersenyum begini  =)  

Actually, ada cara lain lagi. Tapi this one yang paling simple. Kalau korang nak taw cara2x yang lain boleh lah pergi ker blog saudara Xen tue yer. Harap maklum.