Saturday, April 23, 2011

Tips Syana *-* Makanan Baik Ketika Exam

Salam ingatan...

Bila musim exam cam gini, perut asyik lapar jer. Aish... Tapi ingat, dont.. dont..dont.. kamoo makan meggi! Kesian kat badan. Dah ler letih belajar, dipaksa pula bekerja lebih untuk menghadam segala macam preservatives and additives yang ada pada meggi kegemaran ramai tu. Ayoyo. Kejam.. kejam.

Kalau kok yer pun lapar, makan ler makanan yang berkhasiat. Nasi dan lauk-pauk yang seimbang. Jangan hantam 3 ketul ayam goreng pulak. Tapi kalau takut ngantuk, roti mungkin boleh jadi salah satu daripada pilihan yang hebat. 

Roti Gardenia ++ telur hancur ++ baked bean = YUMMY

Entry kali ni Syana nak cerita pasal makanan yang baik untuk otak. Nak pandai kenalah jaga aset utama kita nie.

1) Kismis


Dalam Islam banyak hadith yang membicarakan tentang kebaikan kismis ni.

Rasulullah bersabda:

"Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji sehari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan ditimpa penyakit (dengan izin Allah) kecuali kematian."

"Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu, cairan kuning, kahak), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih."

Lagipun Ibnu qayyim pernah berkata: 
Sesiapa yang ingin menghafal hadith hendaklah sering memakan kismis. (Petikan kitab Tibb An-Nabawi)

Menurut Ruth Liew pulak, seorang pakar pembangunan kanak-kanak di sebuah hospital tempatan, dalam temubualnya bersama kosmo, kismis mengandungi gula dari buah yang asli. 

Maksudnya di sini kan, kismis takkan mengemukkan korang sebab gula yang ada dalam kismis nie adalah jenis yang mudah dicerna oleh badan. Jadi kismis nie memang penting untuk kita masa nak study macam nie sebab dia akan beri tenaga yang konsisten kepada badan dan otak kita untuk belajar.

2) Kekacang macam almond, macadamia, pecan, walnut, pistachio n hazel

 

Kacang-kacang ini penuh dengan omega-3 dan omega-6 fatty acid, folate, vitamin E dan vitamin b6. Semua ini bagus untuk perkembangan otak yang baik. Lagipun kan korang omega-3 dan omega-6 fatty acid ni bagus jugak untuk mengurangkan stress. Jadi memang eloklah untuk kita yang tension je mengadap buku dan kertas ni. Lagi kebaikan, kebanyakan kacang terutamanya kacang2x yang disebutkan ni mengandungi tahap magnesium dan thiamin yang tinggi. Yang mana ianya baik untuk daya ingatan dan fungsi kognitif otak.

Satu lagi berita baik, kekacang ini juga boleh mengurangkan risiko jantung dan menurunkan kadar kolestrol dalam badan. Wow.. Amazing!

3) Coklat

Ada banyak khasiat2x yang hebat macam vitamin A, B1, C, D dan E serta ada jugak magnesium, kalium dan kalsium. Yang mana coklat merupakan sumber magnesium semula jadi yang tertinggi. 

 Untuk kesan yang lebih: makan coklat dengan kekacang dan kismis.

Lagi, macam yang semua orang dah tahu, coklat merupakan penenang atau penghindar stress yang baik. Ini kerana coklat kaya dengan antioxidant seperti fenol dan flavanoid. Malah kandungan antioxidant dalam coklat adalah 3 kali ganda lebih dari teh hijau. Can you imagine? (*-*)

4) Madu asli

Ini memang terbaik. Tapi sebab harga dia mahal dan susah nak dapat kat bandar jadi syana tak amalkan. Haha. Alasan... Sebenarnya tak suka rasa madu asli. Apa boleh buat. Tapi nak kena belajar suka jugak. Kalau tak rugi kowt. One of da best food in the world nieyhh!

Sedangkan nabi pun ada bersabda:
"Barangsiapa nak memiliki hafalan yang kuat, maka hendaklah dia meminum madu."

5) Air putih


Air boleh menyegarkan kita dan membantu melancarkan fungsi dalam badan termasuk fungsi otak. Badan yang tak cukup air akan lemah dan tak cerdas untuk melakukan aktiviti harian termasuk belajar. Jadi pastikan sebotol air mineral ada di depan korang semasa study. Tapi jangan minum air terlalu banyak hingga kembung perut pulak.. Ada paham?!


p/s: Cakap saja tak guna. Buat kemudian rasai kesannya!

Thursday, April 21, 2011

Celoteh Kehidupan *-* Pertama kali

Salam ingatan...

Sedap pulak tajuk entry ni. Boleh buat tajuk sajak kot. Nantilah lepas exam abes. Akan diusahakan.

Cakap pasal exam.. Yup! Sekarang musim exam tengah membara-bara dekat UiTM seluruh Malaysia. Seluruh kampus UiTM dipenuhi dengan student2x yang amat tekun menelaah buku2x ilmiah. Fuyoo! Tekun lah sangat kan?! 

Syana? Ada lah jugak selak buku sikit2x. Orang kata sikit2x nanti jadi banyak. Haha


Semester nie jadual exam syana buat pertama kali nya sangat mendukacitakan. Semua sekali ada 7 subjek yang syana amek semester ni. Tapi cuma 5 subjek yang ada final exam. Tapi gap antara setiap subjek tu sangatlah dekat. Lagi senang cakap tak der gap kot.

Paper pertama Usul Fiqh pada 27/4 ni. Lambat lagi... alallalaala

Paper kedua Analytical Chemistry pada 6/5. Ada gap 8 hari sebelumnya. 

Paper ketiga Biochemistry.. Ini yang tak nak cakap ni. Tarikhnya pada 7/5. Memang tak der gap dengan paper sebelumnya... Ohhh.. Dah le banyak nak hafal. Memang banyak.. Seyes tak bohong. Tolong!

Paper seterusnya Calculus I. Ada gap sehari selepas paper biochem. Iaitu pada 9/5. 

OK. Nafas makin semput.

Paper terakhir sekali untuk semester nie ialah final paper untuk subjek physic. Pun tak der gap jugak. Paper ni jatuh pada 10/5. Ohhh tuhan! Apalar yang Syana nak tembak nie.

Kesimpulannya, jadual exam untuk pelajar degree fud tech sem 4 uitm tahun ni amatlah menakutkan. Full stop!

Walau bagaimanapun, (ok, dah nak jadi ayat karangan BM), buat pertama kalinya Syana pulang ke rumah pada study week. Bak kata Aril, terbaik wok! Dengan jadual exam yang padat begitu, boleh pulak kan! Hahaha. Tak tahan stress punya pasal. 

Tapi kira ok what. At least Syana menyalurkan stress ke saluran yang betul. Tak gitu?

Ini kiranya Syana baru sampai lah nie dari desa tercinta. Seronok tak agak kowt menghabiskan 5 hari kat umah. Kalau ikut nafsu yang membuak2x ni, 5 hari memang tak cukup. Tapi kerana akal masih sedia waras. Akal berjaya melangkaui nafsu. Akal kata 5 hari sudah cukup bermakna.

Sekarang ni, dengan semangat juang yang baru, marilah kita sama-sama melakar kejayaan biarpun ombak seganas tsunami telah siap sedia mahu menghalang. Usaha, yakin dan tawakal.

p/s: Strategi yang baik penting sebelum berperang! Cuba semak strategi anda. Adakah anda yakin strategi anda akan berkesan?! Ingat study smart... Don't study hard!

Sunday, April 10, 2011

Self Motivation *-* " Lepaskan saja gelas itu! "

Salam ingatan...

credit: deviant art


Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya. “Berapa beratkah air ni?”

“10 ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!”
Murid-murid menjawab.

Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit?
“Tiada apa-apa!” Murid menjawab

Kalau saya memegang selama setengah jam?

“Tangan lenguh!” Murid menjawab,

Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?
“Tidak!” murid menjawab.

Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?

“Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.

Guru tersenyum, “Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”

Murid-murid mula pening, gilo ker apo?

Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital?
“Lepaskan sahaja gelas itu!”

Ya , itulah jawapan yang saya cari. Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama.

Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat.
Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa
Ingat…

“Lepaskan sahaja gelas itu!”

selawat~

Artikel ini diambil dari facebook seorg rakan, Sn Syafiqah

Wednesday, March 30, 2011

ShoutOut *-* Jom makan free kat FPD 11

Salam ingatan...

FPD aka Food Product Development Competition datang lagi. Untuk student Fakulti Sains Gunaan UiTM, acara ini tidak asing lagi. Kerana saban tahun program yang superb menarik ini menjadi tumpuan ramai. Makan free.. Sapa tak nak oi!!

Tahun ini, FPD 2011 akan diadakan di ruang foyer Menara SAAS UiTM bermula dari jam 9 pagi. Product tasting akan bermula around pukul 10. Jadi sesapa yang free esok n suka try makanan baru n suka makan, anda dijemput hadir. 

Peserta2x pertandingan adalah part 6 degree in food science n technology. Buat pengetahuan korang, ada 12 produk baru yang akan bertanding esok.


Semua produk2x nie macam menarik n sedap. Tapi sedap tak sedap, kita try rasa esok! Wee

Antara produk yang bertanding esok:-



p/s: teringat pulak debaran masa syana sertai FPD 09

Sunday, March 20, 2011

Music N Entertainment *-* Hikayat Merong Mahawangsa Angkat Martabat Filem Malaysia

Salam ingatan..

 
Syana dah tengok Merong!! Weee. Best kowt! Sapa yang cakap cerita ni tak best aritue, meh sini nak lekuk kepala. Nampak sangat dia kurang semangat juang. Hehe. Jangan mara.

Kalau mintak syana kasi markah, Syana akan kasi 8.9/10. Kira tinggilah kan. Apapun ianya masih ada ruang untuk diperbaiki lagi di masa hadapan. Hidup filem Malaysia! Tetiba jer semangat negara. =)

Kat bawah nie ada gambar dari beberapa scene dalam movie nie.






Yang si botak dengan muka keparat nie, anak buah Geruda. Memang kejam.

Cerita nie tak skema lah korang. Syok.. Ada unsur lawak jugak. Memang tak sia-sia lah pergi tengok kat Jusco Bukit Raja semalam. Scene yang paling Syana suka masa pertama kali putera Rom jumpa dengan puteri China. Haha. Sweet kowt! Tyme dorang lawan ngan geruda pun best gak. *-*

Pada sesiapa yang tak tengok lagi tu, boleh la pergi beli tiket yer! Cuba korang tengok dulu.. Pastu baru komen. Jangan sekadar dengar komen2x orang jer.



Untuk KRU, syabas diucapkan. Moga lebih banyak filem2x berkualiti yang akan dihasilkan!