Wednesday, July 6, 2011

Celoteh Kehidupan*-* Apa yang korang suka tentang Ramadhan?

Salam ingatan...

Hari ini dah masuk 4 Sya'aban 1432H. Tak lama dah nak puasa. Kalau ikut kalendar Islam, 1 Ramadhan tahun ni akan jatuh pada 1 August 2011. Waahh.. Cepatnya masa berlalu kan.. Rasa baru je salam-salam mintak maaf tyme raya.

Kebanyakan orang suka bulan Ramadhan. Memang bulan yang ditunggu-tunggulah oleh masyarakat Islam. Kalau yang tak suka tu mesti korang ni jenis yang liat nak puasa. =p

Jadi apa yang best tentang Ramadhan ni? Jom usha.

1) BAZAR RAMADHAN

Yang paling disukai ramai semestinya bazar ramadhan. Jangan kata orang Melayu yang beragama Islam, bangsa-bangsa lain pun turut berpusu-pusu datang ke pasar ramadhan. Dari pukul 4 petang hinggalah azan maghrib berkumandang, penuh betul orang kat sana. Selalunya kalau kat Malaysia ni, setiap daerah pasti ada sekurang-kurangnya satu bazar tapi yang selalunya lebih dari satu lar. Terutamanya kat bandar2x besar.

Suasana bazar ramadhan
(kredit: yahoo image)

Foohhh.. Kalau korang mengidam makanan yang pelik-pelik, pergi aja ke sana. Bermacam makanan dan minuman ada. Hinggakan ada sesetengah tu korang hanya boleh jumpa tyme bulan Ramadhan je. Siapa biasa pergi bazar ramadhan, dia tahulah kan. Sememangnya Malaysia syurga makanan.

Kalau Syana, makanan dan minuman yang selalu menjadi pilihan tyme bulan puasa kat bazar ramadhan semestinya ayam golek madu, ikan bakar, rojak singapore, kuih onde-onde panas dan banyak lagi lar. Yang paling best apam balik nipis special kat bazar ramadhan seksyen 2 shah alam. Dalam apam balik tue dia letak pisang, kismis, kurma, kacang n macam2x lagi. Memang terbaik!

2) SALE! SALE! & SALE!

(kredit: yahoo image search)
 
Bila bulan ramadhan je, semua kedai buat SALE sempena hari raya. Kadang-kadang sebulan sebelum puasa lagi, SALE dah banyak. Cumanya tyme Ramadhan SALE nya lagi melambak-lambak. Dari kedai tepi jalan, shopping complex hinggalah butik-butik, semuanya menawarkan promosi. Kalau dari segi harga sebenarnya tak ada lah begitu murah. Tapi bila dah dilambakkan dengan jutaan pilihan fabrik, design dan warna, pastinya hati tetap akan tergoda untuk membeli. Semuanya kerana nak melaram masa hari lebaran. Selalunya orang perempuanlah yang paling sibuk membeli tyme bulan Ramadhan nie. Hahah.Yang best untuk shopping raya kalau area Lembah Klang semestinya kat Kompleks PKNS Shah Alam dan Jalan TAR. (*-*)

3) RANCANGAN TV YANG MENARIK

Betul! Kalau tak caya, tyme puasa nanti cuba korang check intisari rancangan. Banyak sajian rancangan yang best menanti korang taw. Dari program bual bicara hinggalah drama bersiri, semuanya best2x belaka. Huhu. Tak kiralah RTM , TV3 , TV9 ataupun ASTRO, semuanya bagaikan berlumba-lumba menyediakan yang terbaik untuk kita selaku penonton. Kalau dulu-dulu, rancangan yang Syana suka waktu Ramadhan antaranya ialah QALESYA kat Astro Oasis dan RAFIQ kat TV3. Weee..

4) SOLAH JEMAAH KAT MASJID

Sebak bila mengenangkan ini. Tak dinafikan lagi, bulan puasa mampu menarik ratusan penduduk untuk mengimarahkan masjid setempat. Kalau di bulan-bulan lain masjid sepi kerana kurang berpenghuni. Tetapi bila Ramadhan tiba, dari subuh hingga ke malam, ramai umat Islam mendatangi masjid. Tak kiralah untuk solat waktu ataupun solat tarawikh. Jika punya waktu, baiklah kiranya kita bersolat jemaah di masjid-masjid berhampiran. Selain dapat mendekatkan diri kepada Allah, kita juga mampu menguatkan ikatan antara Ummah. Lupakan perbezaan ideologi politik, bersatu hatilah. Kerana tidak kira apapun fahaman politik kita, kita tetap sama di sisiNya. Hanya amal dan tingkah laku yang membezakan kita.

Jadi, jika kita tidak punya masa, carilah masa itu. Insya-Allah pasti ada. Jika tidak mampu lakukan di masjid, lakukan solat tarawikh di rumah juga baik. Berjemaahlah bersama rakan-rakan mahupun keluarga. Jika tiada yang mahu, bersolat tarawikh sendirian juga besar pahalanya. Mari pakat memperbanyakkan solat sunat dan bacaan Al-Quran di bulan puasa ini. Moga-moga niat kita menjadi asas untuk Allah mempermudahkan kita melakukannya nanti. Amin.

Sunday, July 3, 2011

Celoteh Kehidupan*-* Kerja Masa Cuti Part 2

Salam ingatan...

Ok. Meh kita sambung entry aritu. =p

Apabila hari ini bermula maka sudah masuk minggu keempat  Syana bekerja masa cuti ni. Sebelum tu, masa cuti yang ada hanya diisi dengan movie, game n novel. Tapi sejak kerja, dah tak banyak masa untuk semua tu. Kerja ni nampak mudah, tapi tak sesenang yang disangka.

Saban pagi, walaupun ayam masih lagi belum berkokok, Syana dah terpaksa bangun tido dulu. Pukul 4.30 pagi dah kena memulakan kerja. Dah lebih kurang dengan makguard sekolah shift pagi jer kan. Tapi kalau terlewat bangun pagi habislah. Potong gaji tue.

Mesti korang tertanya-tanya kan.... Ahaksss

Meh sini nak kasi taw. Syana kerja sendiri jer pun. Tak der bos. Syana sendiri bos dan Syana sendirilah kuli. Kalau malas maka sendiri tanggung rugi. tapi kalau rajin keja, sendiri lah dapat habuan.

Kalau lepas spm dulu Syana jual burger depan rumah, sekarang ni pun lebih kurang macam kesinambungan tu lah jugak. Alatan dan perkakas yang memang dah sedia ada waktu berniaga dulu, Syana gunakan sebaik mungkin. Mujurlah dek kerana alatan-alatan tu disimpan dengan cermat makanya walaupun banyak tahun telah berlalu tapi semua alatan tu masih lagi berfungsi dengan baik.

Cuma banyak bezanya dulu dan sekarang.

Kalau dulu Syana berniaga kat kawasan rumah. Syana bukak meja then tunggu pelanggan datang. Bila ada pelanggan order baru masak. Tapi sekarang nie Syana masak siap2x waktu pagi then tinggalkan kat kawasan U yang tak jauh dari rumah Syana. Letak bekas yang ala-ala tabung kat situ, lepas tu biarkan aja. Bila cukup time kutip duit. Selalunya Syana akan kutip duit 3-4 kali dalam sehari. Bukan apa takut jugak kalau duit tu hilang kan.

Kalau dulu Syana berniaga burger dan benjo jer. Tapi sekarang ni, ada sandwich, ada air kotak dan jugak nasi lemak. Cuma nasi lemak tue seminggu lebih jer Syana jual. Tak dapat sambutan sangat. Mungkin sebab susah nak makan kowt. Sebab student kan memang suka rushing2x nie. Burger n sandwich lebih praktikal sebabnya boleh makan sambil berdiri pun. Aishhh.. Tak elok, tak elok. Duduk lah sayang oii.

Ada satu perbezaan besar antara dulu dan sekarang. Kalau dulu Syana tak berisiko sangat untuk rugi. Sebab bila orang order baru kita masak. Tapi sekarang nie risiko tu agak besar. Kita kena pandai budget berapa banyak yang kita kena masak. Kalau lebih memang terasa seksanya.

Pernah sekali tu Syana masak agak banyak. Salah Syana jugaklah sebab masak ikut sedap nafsu jer kan. Nak cepat kaya punya pasal. Dijadikan cerita, banyak betul kelas yang kena batal hari tu. Jadi tak ramailah student yang datang bangunan kuliah. Rugi besar dek oi... Dekat 40 bungkus tak terjual. Sadis..sadis. Mujurlah makanan2x yang tak habis tu Syana bawak pergi sekolah asrama adik Syana. At least makanan tu ada orang makan. Tak terbuang macam tu saja. Kira niat sedekah jer lah. Sejak hari tu memang Syana serik. Tak masak banyak2x dah. Biar sikit untungnya dari rugi terus.

Oh ya.. ada lagi satu masalah besar bila berniaga guna cara macam ni. Ada jugak pelanggan2x yang amik makanan tapi tak bayar. Tapi itulah. Kat universiti mana2x pun mesti ada masalah macam ni. Kita tak boleh nak mintak semua orang jadi amanah. Walaupun mereka tue terpelajar.

Tapi Syana betul2x kesian lar dengan mereka. Sebabnya Syana rasa dorang tue kurang kesedaran yang makanan yang mereka ambil tu akan jadi darah daging. Apa boleh buat. Syana terpaksalah jugak tanggung rugi dari segi itu. Cuma harapannya mereka akan berubah dan menyedari kesilapan diri di waktu-waktu akan datang.

Ok lah. Sampai situ saja kali ini. Nanti kita sembang lagi ok.. Maaf sebab entry kebelakangan ni takkan ada picture. Internet kat sini slow siket. I'm sorry!

Wednesday, June 29, 2011

Celoteh Kehidupan*-* Kerja Masa Cuti

Salam ingatan..

Kerja secara part-time atau kerja untuk sementara waktu memang sinonim dengan masyarakat kita. Terutamanya di kalangan lepasan SPM n STPM. Yalah kan..sementara nak menunggu result keluar tu, baiklah jugak kalau pergi kerja kat mana-mana kan?! Kurang-kurang dapat lah jugak tiga empat ratus sebulan. Dari duduk bertakafur jer depan tv dari pagi sampai malam, sesen pun tak dapat income.

Dulu masa lepas SPM korang keje tak? Keje apa erk?

Ke korang duk terdampar je kat rumah? Tunggu PAMA kasi duit poket. Uish3x.

Syana pun lebih kurang je. Lepas SPM dulu Syana kerja 2 minggu je. Kerja sendiri. Boleh lah kan. Kerjanya jual burger kat depan umah. Laku lah jugak. Tapi lepas 2 minggu, bila dah untung siket sebanyak Syana berhenti niaga. Sebabnya banyak aktiviti lain. Haha. Budak2x. Memang la hangat2x taik ayam je. Masa terluang yang selebihnya Syana pergi buat lesen, masuk english class dan jugak goyang kaki sambil tengok raja lawak 1 kat rumah. Haha. Ingat lagi taw.

Masa cuti SPM tue memang enjoy bagai nak rak. Kononnya ini yang pertama dan terakhir kali Syana dapat cuti panjang tanpa guna otak dalam kadar yang maksimum. Toop toop lepas practical tyme diploma dulu dapat rest lagi sampai 3 bulan lebih sebelum nk masuk degree. Huhu. Dah la tyme praktikal 4 bulan tue memang dah duduk dekat rumah. Sampai cuti pun tak tahu nak wat apa. Last-last cuti panjang kali tu Syana mantapkan skill masak. Haha. Banyak resipi yang Syana cuba. Akibatnya badan naik kembang macam kena pam. Padan muka. Kui kui.

Dan sekarang nie, tanpa siapa duga, Syana dapat cuti panjang lagi. Kali ni pulak 4 bulan lamanya. Nie semua sebab kemasukan degree dilambatkanlah nie. Konon nak kasi standardise semua IPTA. Adehh.. Gara-gara cuti kali nie Syana akan abis degree lambat taw. Sepatutnya november 2012. Tapi skang nie dah jadi january 2013. Beza tahun tue.. Tapi redha je la kan. Lagi pun bukan Syana sorang macam tu. Orang lain pun sama juga. =)

Jadi kepada budak2x degree sekalian.. Apa yang anda lakukan di musim cuti yang nan indah lagi berseri-seri ni. Dengar citer ramai yang keje part time. Waahh. Bagus2x. Nanti kaya belanja Syana ok!

Syana buat apa?

NEXT ENTRY KITA CERITA OK!

Monday, May 30, 2011

Tips Syana *-* Hati-hati pilih password kad ATM

Salam ingatan...

Hye semua! mak aii, lamanya tak berblogging. Rindunya nak menaip. Tetiba rasa berhutang pulak dengan blog sendiri. Harap2x entry kali nie boleh bayar sikit sebanyak hutang Syana pada blog ni ok! 


Tanggal 24/04/11, suatu tragedi buruk telah berlaku dan menjadi sejarah hitam dalam hidup Syana. Beg tangan Syana telah dikebas orang. Bukan diragut tapi dicuri di luar kesedaran diri. Dan kecurian itu berlaku di surau wanita sebuah shopping kompleks. Dipercayai beg tangan yang berada di sisi kanan Syana telah dicuri dengan niat oleh Sang Pencuri ketika Syana sujud. 

Antara benda yang disahkan berada dalam beg tangan tersebut adalah telefon bimbit Syana (yg tak sampai 5 bulan guna), kunci 2 bijik scooter, purse Syana, purse aunty Syana (Suna) dan jugak purse cazen Syana (Along). Suna n Along letakkan purse mereka dalam beg tangan Syana memandang i'm da only one yg bawak beg. Huhu. Tapi yang bestnya, dah ler Suna dan Along baru jer kuarkan duit dari ATM. Memang kaya lah sang pencuri tu. =)

Selain dari duit, dalam setiap purse kitaorang tu ada IC, lesen memandu, kad2x ATM n macam2x khazanah penting lagi lar. Bertambah syok lagi bila kejadian ni juga telah melenyapkan nota ringkas Syana untuk semua bab bagi satu subjek menghafal yang mana buku n nota asalnya amatlah tebal dan sukar difahami. Gasaklah kan, sapa suruh bawak nota tyme pergi tengok wayang! *-* Tak pasal2x lepas ilang tu kena buat nota baru. Kena study balik semua. Memang seksa dan memenatkan. Sampaikan terasa stress di tahap yang paling maksima untuk exam period kali ni. 

Dari 1st paper hinggalah ke last paper, fokus Syana pada exam dah lari. Tak dapat nak kasi 80% pun. Memang pasrah betul dengan result yang nak kuar bulan 7 ni. Moga ada keajaiban yang berlaku. Harapannya, moga2x Dia tarik sikit nikmat dari Syana aritu sebab Dia nak kasi nikmat yang lebih besar untuk Syana di masa akan datang. Aminn. Siapa tahu kan?!

Mula2x dulu Syana rasa tak nak berkongsi kisah duka nie dengan pembaca2x blog Syana. Tapi memandangkan Syana nak kasi korang satu pengajaran, jadi Syana buat jugak entry nie.

Ok. Kita sambung cerita...

Gara2x tragedi ni, bukan saja DUIT dalam BEG hilang tapi jugak DUIT dalam BANK turut sama lesap. Hal ini terjadi pada Suna. Ya lah kan. Dah kad ATM nya ada kat dalam purse tue sekali. 

Tak tahu password, cam ner leh lesap?? ye tak??


Abis tu. Kalau dah password yang Suna guna tue tarikh lahir dia dan dah terang-terangan kad pengenalan diri Suna ada kat dalam purse tue, maka apa lagi. Makan besar lah sang pencuri tue. Bukan setakat satu kad ATM jer yang suna ada. Jadi boleh korang bayangkan tak kerugian yang ditanggung Suna?! Memang sadis.

Dan nasib baik jugaklah Syana dan Along tak gunakan nombor-nombor macam tarikh lahir, no telefon, no. kad pelajar atau nombor-nombor peribadi yang lain sebagai password kad atm. Kalau tak ngan duit2x kami sekali melayang.

Jadi pengajarannya yang Syana nak kongsi ngan korang.

JANGAN SESEKALI BUAT TARIKH LAHIR ATAU NOMBOR PERIBADI SEBAGAI PASSWORD KAD ATM ANDA. JIKA ANDA LAKUKANNYA, SILA TUKARKAN SEKARANG JUGA.

Bak kata abang polis kat stesen ATM hari tu,

ANDA TELAH GAGAL UNTUK MERAHSIAKAN RAHSIA ANDA..

Jadi fikir-fikirkanlah dan selamat beramal.

p/s: sebulan dah berlalu.. Kini segalanya normal kembali. Syana dah ada h/p, ic n lesen memandu yang baru. =) Exam pun dah abis. Jadi dah tak stress dah. Wee

Saturday, April 30, 2011

Music N Entertainment *-* Mentari Hidup - Haikal

Salam ingatan...

Ada satu lagu ni betul-betul menggerakkan jiwa. Cuba layan.

Lagu: Mentari Hidup
Artis: Kumpulan Haikal
Album: Erti Pengorbanan
Lirik dipetik dari liriknasyid.net


 Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali

Untuk tengok video n dengar lagu.. korang boleh tekan link kat bawah nie. 

p/s: Lagi beberapa jam jer nak masuk bulan Mei.. *-*