Wednesday, August 17, 2011

Senarai Gelaran Pelik Untuk Kuih Muih

Salam ingatan...

Kalau kat Malaysia, bila tiba je bulan puasa, budaya yang tak leh tinggal adalah budaya berkunjung ke bazar ramadhan. Kat merata-merata tempat ada bazar.Dari kawasan perumahan, kampung-kampung hinggalah kawasan bandar-bandar besar. Macam-macam ada dijual kat sana. Tinggal sedia duit je. Wee

Hari ni jom kita tengok antara gelaran-gelaran untuk kuih muih yang ada kat Malaysia ni.

SENARAI GELARAN-GELARAN PELIK 
BAGI KUIH MUIH MALAYSIA

Kuih paling gangster =====> Lompat Tikam
 
Kuih paling sexy =====> Puteri Mandi
 
Kuih paling keji =====> Taik itik

Kuih bajet cute =====> Cek Mek Molek

Kuih untuk awet muda =====> Seri Muka
 

Sunday, August 14, 2011

Self Motivation*-* Pengisian Ramadhan

Salam ingatan...

Ramadhan yang bermakna adalah ramadhan yang terisi. Dipenuhi dengan ibadah-ibadah yang mendamaikan jiwa dan hati. 

Jika diri tak mampu bersolat tarawikh atau bangun pagi bertahajud kepada Yang Maha Pencipta, mungkin kerana kekangan kudrat atau masa, mungkin kita boleh gantikannya dengan membaca barang sehelai dua kitab suci Al-Quran. Walau tidak sama, sekurang-kurangnya kita menyumbang sesuatu kepada jiwa. 

Namun, jika masih juga tidak sempat atau mampu, cukuplah sekadar berzikir memuji kekuasaan Illahi. Lafaz seperti Allahuakbar, Laillahaillah, Subhanallah dan Alhamdullillah teramatlah ringkas untuk menjadi peneman diri. Syana rasa tak perlu kot nak cari masa khusus untuk melafazkan zikir. Cukuplah dengan menyebutnya tanpa suara. Sekadar di dalam hati untuk diri sendiri. Sambil pandu kereta atau naik lif pun boleh.

kredit: curezone.com

Sudah genap 2 minggu Ramadhan mendatangi umat manusia. Tapi selama 14 hari ini adakah kita tergolong dalam kelompok pertama umat Islam yang mana membiarkan Ramadhan kita terisi dengan penuh makna? Berusaha sehabis daya unuk melipat ganda ibadah kepadaNya. Atau pun kita tergolong dalam kelompok kedua umat Islam, yang mana menjalani Ramadhan sama sahaja seperti  bulan-bulan yang lain. Ramadhan yang mulia hanya dibiarkan berlalu seiring dengan peredaran masa tanpa pengisian yang menyumbang kepada saham akhirat.

Jika kita dalam kelompok yang pertama maka Alhamdulillah. Moga-moga ibadah kita yang ikhlas itu diterima. Namun jika kita dalam kelompok yang satu lagi dan baru kini tersedar maka lakukanlah tranformasi. Sebetulnya, masih belum terlambat untuk memperbanyakkan amalan kita. Ada masa berbaki 2 minggu lagi sebelum kita meninggalkan Ramadhan Al-Mubarak.

Jangan lupa yang awal Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya adalah pengampunan dan diakhirnya adalah pembebasan dari neraka. Moga kita semua ditempatkan di syurgaNya bersama para Anbiya'. Insya-Allah.

P/s: Sibuk dengan jualan bazar ramadhan tahun ni. Moga Allah beri kudrat untuk bersujud padaNya.

Friday, July 29, 2011

Tips Syana *-* Langkah Memperhebat Skuad Harimau Malaya

Salam ingatan...

Jutaan rakyat Malaysia telah kecewa dengan kekalahan skuad bola sepak negara malam semalam. Ternyata misi Malaysia untuk menentang Singapura dalam pra kelayakan bagi Sukan Olimpik 2014 gagal terlaksana. Biarpun hampir 100 000 rakyat Malaysia telah hadir memberikan sokongan namun sang harimau tetap juga dibaham sang singa.

Banyak pihak hangat membicarakan tentang kekalahan Skuad Harimau Malaya. Menurut mereka, faktor utama kekalahan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam adalah kerana sandiwara hebat para pemain Singapura yang cuba melengah-lengahkan masa perlawanan. Namun benarkah itu penyebab utama kekalahan skuad negara ataupun hanya alasan pihak-pihak tertentu yang tidak mahu dipersalahkan atas ketidakupayaan mereka.

Be gentleman lah. Jangan hanya menunding jari ke arah orang lain. Jangan jadikan orang lain sebagai faktor kekalahan kita. Kita harus menilai dan mencari di mana silap kita. Seterusnya memperbaikinya agar kekalahan tidak akan mendampingi kita sekali lagi di masa hadapan. Sikap menyalahkan orang lain tidak akan membawa kita ke mana-mana malah hanya menyebabkan kita terus berada di takuk yang lama.

Wahai rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama menjadikan kekalahan ini sebagai iktibar. Yang harus kita lakukan saat ini adalah memikirkan strategi-strategi yang perlu diambil untuk memastikan skuad negara akan jua memasuki Sukan Olimpik suatu hari nanti. Walaupun bukan Sukan Olimpik 2014 tetapi siapa tahu dengan persediaan dan strategi yang betul, kita bakal layak ke Sukan Olimpik 2018 ataupun ke kejohanan-kejohanan hebat yang lain.


Langkah Memperhebat Skuad Harimau Malaya

Syana bukanlah ahli sukan malah bukan juga pakar dalam bidang ini. Namun selaku rakyat Malaysia, Syana berhak bersuara untuk menyatakan pendapat dan memberikan cadangan.

Jadi cadangan Syana jika Malaysia ingin melahirkan skuad Harimau Malaya yang mantap maka Harimau Malaya seharusnya bersatu. Dilatih, diasah dan disatukan setiap masa di bawah satu jenama iaitu skuad Harimau Malaya.

Maknanya di sini, pemain-pemain dalam skuad Harimau Malaya seharusnya tidak berpecah. Bermain sepenuh masa dengan skuad Harimau Malaya. Tidak perlu lagi bermain untuk pasukan negeri atau kelab. Dengan ini, keserasian yang lebih baik akan boleh boleh dibentuk di kalangan para pemain bola sepak yang mewakili negara.

Tidak kiralah untuk piala Malaysia, piala AFF atau piala apa sekalipun, pemain-pemain negara ini harus menyertainya di bawah pasukan Harimau Malaya. Namun semua ini memerlukan restu semua pihak. Pemain, jurulatih, pengurus dan semua penyokong bola sepak Malaysia harus memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi.

Mungkin perkara ini sukar dilakukan secara drastik. Namun ianya tidak mustahil untuk direalisasikan. Jika tidak boleh dilaksanakan untuk skuad Harimau Malaya, kita boleh mulakan dengan Skuad Harimau Muda. Kalau hendak harus ada seribu daya.

Kesimpulannya di sini, kita bukan tidak mampu tapi cuma mungkin masih tidak bertemu dengan strategi yang tepat. Pisau sekalipun walaupun tajam dan pelbagai guna akan tetap tidak berguna jika diguna untuk memotong besi.

Syana bukanlah pakar jadi jika salah mohon ditegur. Hanya memberikan pandangan yang dirasakan betul. Maaf jika ada tersalah bahasa atau menyinggung hati mana-mana pihak. 

Majunya sukan sesebuah negara itu juga merupakan salah satu kayu pengukur untuk menguji sejauh mana kemajuan sesebuah negara. Moga sukan Malaysia akan melangkah maju ke hadapan. Wassalam.


Tuesday, July 26, 2011

Bicara Tentang Cinta *-* Kalau Sudah Jodoh

Salam ingatan...

Orang kata setiap individu itu telah ditetapkan jodohnya. Cuma cepat atau lambat je.

Jadi soal jodoh itu apa benarkah ada?

Korang percaya ke pada jodoh?


(credit: fireopal14.deviantart.com)

Orang putih gelarkan ia ' mate '

Masyarakat cina panggilnya sebagai ' Bànlǚ '

Rakyat Jepun sebut jodoh sebagai ' meito '

Kalau kat Korea pula jodoh dikenali sebagai ' hanghaesa '


Tak kiralah apa pun gelarannya, yang pasti seluruh dunia memahami konsep jodoh. Tapi persoalannya, adakah korang percaya pada ketetapan jodoh?

Syana teringat pada satu dialog Bob Lokman dalam babak filem syurga cinta mengenai tiga jenis jodoh manusia.


Yang pertamanya, yang dikatakan jodoh dari syaiton. Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan, dan terus buat maksiat, akhirnya Syuhada mengandung. Baru kamu menikah.


Yang keduanya, jodoh dari Jin. Kamu berdua berkenalan. Kamu sukakan Syuhada, tapi Syuhada tak sukakan kamu. Kamu bomohkan dan sihirkan agar Syuhada suka kepada kamu. Dan kamu berdua menikah.


Dan yang ketiganya,jodoh dari Allah. Kamu berdua berpandangan mata, terus menusuk ke kalbu.Kamu terus meminang Syuhada dan Syuhada terima pinangan kamu. Dan kamu berdua menikah. InsyaAllah berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan itulah yang dikatakan SYURGA CINTA.

Syana tak tahu sama ada korang percaya atau tidak pada ketetapan jodoh. Tapi Syana sangat yakin dan percaya. Setiap manusia ada jodohnya yang mana telah ditetapkan oleh yang Maha Esa. Cuma setiap orang bertemu dengan jodoh mereka itu melalui cara, masa dan situasi yang berbeza.

Kawan-kawan, tidak kiralah siapapun jodoh kita, bersyukurlah. Kerana sekurang-kurangnya korang telah dipertemukan dengan jodoh korang. Masih ramai lagi mereka di luar sana yang masih tercari-cari di manakah jodoh mereka berada.

Dan Syana ketika menulis entry ini masih juga belum mengenali jodoh Syana. Tidak tahu sama sekali jika dia sudah berada di depan mata ataupun masih jauh berada di mana-mana. Tapi buat masa ini, itu tidak mengapa. Sungguh, masih banyak perkara yang perlu Syana selesaikan sebelum bersatu dengan jodoh. Moga jodoh Syana itu akan mempergunakan masa yang masih ada ini untuk mendalami segala ilmu sebagai bekalan bagi membimbing sebuah keluarga menuju jalan yang diredhai Allah.

Insya-Allah, bila sudah tiba masa kita pasti akan bertemu dan bersatu kerana kamu adalah jodoh tetapanNya yang terbaik buatku.

p/s: Believe in your heart as long as it is not against faith and religion.