Wednesday, August 17, 2011

Senarai Gelaran Pelik Untuk Kuih Muih

Salam ingatan...

Kalau kat Malaysia, bila tiba je bulan puasa, budaya yang tak leh tinggal adalah budaya berkunjung ke bazar ramadhan. Kat merata-merata tempat ada bazar.Dari kawasan perumahan, kampung-kampung hinggalah kawasan bandar-bandar besar. Macam-macam ada dijual kat sana. Tinggal sedia duit je. Wee

Hari ni jom kita tengok antara gelaran-gelaran untuk kuih muih yang ada kat Malaysia ni.

SENARAI GELARAN-GELARAN PELIK 
BAGI KUIH MUIH MALAYSIA

Kuih paling gangster =====> Lompat Tikam
 
Kuih paling sexy =====> Puteri Mandi
 
Kuih paling keji =====> Taik itik

Kuih bajet cute =====> Cek Mek Molek

Kuih untuk awet muda =====> Seri Muka
 

Sunday, August 14, 2011

Self Motivation*-* Pengisian Ramadhan

Salam ingatan...

Ramadhan yang bermakna adalah ramadhan yang terisi. Dipenuhi dengan ibadah-ibadah yang mendamaikan jiwa dan hati. 

Jika diri tak mampu bersolat tarawikh atau bangun pagi bertahajud kepada Yang Maha Pencipta, mungkin kerana kekangan kudrat atau masa, mungkin kita boleh gantikannya dengan membaca barang sehelai dua kitab suci Al-Quran. Walau tidak sama, sekurang-kurangnya kita menyumbang sesuatu kepada jiwa. 

Namun, jika masih juga tidak sempat atau mampu, cukuplah sekadar berzikir memuji kekuasaan Illahi. Lafaz seperti Allahuakbar, Laillahaillah, Subhanallah dan Alhamdullillah teramatlah ringkas untuk menjadi peneman diri. Syana rasa tak perlu kot nak cari masa khusus untuk melafazkan zikir. Cukuplah dengan menyebutnya tanpa suara. Sekadar di dalam hati untuk diri sendiri. Sambil pandu kereta atau naik lif pun boleh.

kredit: curezone.com

Sudah genap 2 minggu Ramadhan mendatangi umat manusia. Tapi selama 14 hari ini adakah kita tergolong dalam kelompok pertama umat Islam yang mana membiarkan Ramadhan kita terisi dengan penuh makna? Berusaha sehabis daya unuk melipat ganda ibadah kepadaNya. Atau pun kita tergolong dalam kelompok kedua umat Islam, yang mana menjalani Ramadhan sama sahaja seperti  bulan-bulan yang lain. Ramadhan yang mulia hanya dibiarkan berlalu seiring dengan peredaran masa tanpa pengisian yang menyumbang kepada saham akhirat.

Jika kita dalam kelompok yang pertama maka Alhamdulillah. Moga-moga ibadah kita yang ikhlas itu diterima. Namun jika kita dalam kelompok yang satu lagi dan baru kini tersedar maka lakukanlah tranformasi. Sebetulnya, masih belum terlambat untuk memperbanyakkan amalan kita. Ada masa berbaki 2 minggu lagi sebelum kita meninggalkan Ramadhan Al-Mubarak.

Jangan lupa yang awal Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya adalah pengampunan dan diakhirnya adalah pembebasan dari neraka. Moga kita semua ditempatkan di syurgaNya bersama para Anbiya'. Insya-Allah.

P/s: Sibuk dengan jualan bazar ramadhan tahun ni. Moga Allah beri kudrat untuk bersujud padaNya.