Wednesday, August 8, 2012

Self Motivation *-* Solat Tahajjud Pada Malam Lailatul Qadar

Salam ingatan..

Kita dah nak melangkah ke 10 malam terakhir Ramadhan. Masya-Allah. Cepatnya masa berlalu.

10 malam terakhir Ramadhan ni seharusnya kita berusaha mencari malam Lailatul Qadar. Yakni seperti mana yang telah diberitahu kepada kita, malam Lailatul Qadar merupakan malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Malam penuh barakah yang dijanjikan Allah Taala kepada seluruh umat Muhammad S.A.W.



Justeru, perlaksanaan solat tahajjud pada 2/3 malam selepas bangun dari tidur merupakan usaha terbaik dalam mencari Lailatul Qadar. 


SOLAT TAHAJJUD

Ada banyak cara melakukan solat tahajjud ni. Ianya boleh dilakukan sebanyak 2, 4, 7, 8, 9, 11 atau 13 rakaat. Tapi kalau dah ngantuk sangat tu, 2 rakaat pun dah cukup. Lagipun, Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, amalan yang paling disukai oleh Allah adalah amalan yang sedikit tetapi dilakukan secara terus menerus. 


CARA MELAKUKAN SOLAT TAHAJJUD

1. Lafaz dan niat 
Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini lillahi ta’ala
Ertinya:”Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah ta’ala”

2. Bacaan surah atau ayat Al-Quran selepas Al-Fatihah
Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (seeloknya 7 kali)
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (seeloknya 11 kali)

3. Lakukanlah dua rakaat seperti sembahyang sunat yang lain.

4  Selepas membaca tasbih biasa ketika sujud kedua pada rakaat terakhir, bacalah doa berikut:
Rabbid khalniimud khala sidqin wa-akhrijnii mukhraja sidqin waj’allii mil ladunka sultaanaan nasiiraa.
Ertinya: ” Tuhanku! masukkanlah aku kedalam pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran dan kurniakanlah kepadaku daripadaMu pembantu”

5. Lakukan sembahyang sunat tahajjud ini mengikut kemampuan. Kalau terlalu mengantuk maka eloklah dipendekkan sahaja.

6. Selepas selesai mengerjakan sembahyang Tahajjud maka bacalah doa sepertimana yang pernah dibaca oleh Rasulullah S.A.W. ini:
Allahummaj’al fii qalbii nuuran wafii lisaanii nuuran waj’al fii sam’ii nuuran waj’al fii basori nuuran waj’al fii khalqii nuuran wamin amaamii nuuran waj’al min fauqi nuuran waa man tahtii nuuraa. Allahumma a’tinii nuuraa.
Ertinya: Ya Allah! Jadikanlah didalam hatiku cahaya yang cemerlang, pada lidahku cahaya yang cemerlang dan jadikan pada pendengaranku cahaya yang cemerlang serta jadikan pada penglihatanku cahaya yang cemerlang jadikan dibelakangku cahaya yang cemerlang dan dihadapanku cahaya yang cemerlang dan dari bawahku cahaya yang cemerlang. Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku cahaya yang cemerlang!”

KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD
1. Memperoleh ketenangan jiwa
2. Mendapat keampunan dan rahmat Allah
3. Mencegah dosa dan menghindar penyakit

Memanglah sukar kalau tak pernah buat. Tapi bukan ke alah bisa tegal biasa?
Tak cuba maka tak tahu sejauh mana kemampuan kita. 
Jadikan 10 malam terakhir Ramadhan ini sebagai titik tolak untuk kita melakukan solat sunat tahajjud. 
Moga malam Lailatul Qadar mampu kita semua temukan dalam usaha menghapuskan dosa dan melipat gandakan pahala. Insya-Allah dengan izinNya. 

Credit: sini dan sini 

Thursday, August 2, 2012

Self Motivation *-* Uji tahap amalan kita di bulan Ramadhan

Salam ingatan..

Ramadhan dah hampir ke pertengahan bulan. Bagaimana dengan puasa anda? Telah berjaya beramal semaksimum mungkin atau tidak?

Floating mosque of Kinabalu
Photo credit: Nora Carol


Duduk sejenak! 
Dan tanya diri kita tentang beberapa soalan 
untuk menguji sejauh mana tahap amalan kita di bulan Ramadhan ni.


Dalam sudah 13 hari berpuasa ni..............


1) Berapa hari telah kita berpuasa tanpa meninggalkannya dengan sengaja? 

2) Berapa hari telah kita pergi bersolat tarawikh berjemaah di masjid-masjid dan di surau-surau atau sudah berapa hari telah kita dirikan solat tarawikh secara sendiri di rumah?

3) Berapa banyak harta telah kita sedekahkan?

4) Berapa banyak helaian al-quran telah kita baca?

5) Berapa banyak lafaz zikir memuji tuhan dan selawat ke atas Rasulullah S.A.W yang telah terukir di bibir kita?

6) Berapa kali telah kita berjaya mengawal rasa amarah yang tersembunyi dalam diri?

7) Berapa kali telah kita berjaya menahan pancaindera kita yakni mata dan telinga dari perkara-perkara yang boleh mengugat kita sebagai seorang Muslim?

8) Dan berapa kali telah kita berbakti kepada orang yang lebih tua dari kita terutama kedua ibu bapa kita?


Jadi bagaimana??? Sudah berapa hari? Sudah berapa banyak? Sudah berapa kali?

Seandainya ia sudah maksimum, syukur ke hadrat Illahi. 

Seandainya baru sekadar optimum, masih punya banyak hari dan ruang untuk kita memaksimumkannya. 

Namun, seandainya amalan kita masih di tahap minimum, tetapkan niat dan lipat gandakan usaha. Kalau niat kita baik dan usaha kita setimpal. Insya-Allah Yang Maha Kuasa akan bantu mudahkan urusan kita dalam beramal. 

p/s: Sesungguhnya amalan yang baik adalah amalan yang ikhlas.

Tuesday, July 24, 2012

Tips Syana *-* Solat Tarawikh Penuh Sebulan

Salam ingatan...

Bila tiba bulan Ramadhan, amalan yang paling sinonim dengan masyarakat Islam ialah Solat Sunat Tarawikh. Siapa yang melepaskan peluang bersolat tarawikh sememangnya kerugian besar. Bukan selalu kita akan dapat peluang sebegini dalam hidup dan mungkin ini peluang tarawikh terakhir buat kita. Siapa jangka kan?

Selalunya, awal-awal puasa canggini memang semangatlah nak pergi tarawikh. Tapi bila ramadhan dah masuk hari ke belas-belas, mulalah perasaan malas menguasai diri. Nak kata godaan setan, setan semua dah kena ikat. Apa nak buat yer untuk kasi solat tarawikh kita semua cukup satu bulan. Meh Syana list down kan.

1. Bersederhana Ketika Berbuka

Makanlah secara berpada-pada. Jangan pelahap sangat waktu berbuka. Perut tu kasi lah ruang untuk bernafas sikit. Ini tak. Sampai nak bangun dari kerusi pun tak boleh. Ayoyo. Macam mana nak tunaikan tarawikh cam ni. Silap-silap maghrib pun dah tak mampu nak buat. Tak baik taw. Masa berbuka tu memang kita lapar dan kebulur tapi kawallah diri. Makan sekadar yang cukup je dulu. Berhenti untuk solat maghrib, isyak n tarawikh dulu. Karang, lepas balik dari masjid sambung lah makan balik yer.

2. Tidur petang

Kalau korang ni memang jenis yang kalau pergi tarawikh jer mengantuk dan letih badan, cuba korang tidur sekejap waktu petang. Tak yah lama2x pun. Dapat 30 minit pun cukuplah sebagai bekalan waktu malam nanti. Sekurang-kurangnya masa tok imam tengah baca bacaan dalam solat tu, tak der lah korang asyek menguap jer. 

3. Pilih Masjid

Maksudnya kat sini bukannya korang pilih masjid yang 5star ke apa. Cuma pilih masjid yang buat korang selesa. Sebagai contoh pilih masjid yang jemaahnya ramai, ramah dan bersemangat. Cara sebegini pun boleh naikkan semangat korang nak bertarawikh. Kalau korang ni jenis yang cepat lesu dan mengantuk masa solat pulak pilih imam yang baca surah-surah pendek. Cara macam ni boleh kurangkan mengantuk sebab korang boleh sama-sama ikut dalam hati bacaan imam tersebut. Kalau dapat masjid yang imamnya baca dengan jelas dan penuh bertaranum pun best jugak. Layan je time solat tu kan. 

Nak lagi best?

4. Variasikan lokasi

Buat variasi dalam solat tarawikh korang. Cuba satu hari satu masjid atau surau yang berlainan. Seronok kalau dapat buat gitu. Hari-hari pun dapat feeling yang fresh. Cubalah.

5. Kuatkan azam

Macam yang Syana belajar kat ipta dalam subjek Qawaid Fiqhiyyah, Al-Umuru Bi Maqasidiha. Apa jua yang kita buat, semuanya berdasarkan niat kita. Jadi, tetapkan niat. Kuatkan keazaman dalam diri setiap sorang dari kita. Kalau kita bersungguh-sungguh ingin melakukan kebaikan, Insya-Allah yang Maha Kuasa akan membantu dan mempermudahkan kita. Berdoalah selalu kerana itu senjata Muslimin yang paling mujarab. 



SELAMAT BERPUASA
SELAMAT BERBUKA
SELAMAT BERTARAWIKH

MOGA HIDUP KITA SEMUA DIBERKATI OLEH NYA

Wednesday, July 18, 2012

Celoteh Kehidupan *-* Be Home

Salam ingatan...

Tak dapat nak gambarkan perasaan berada kat rumah. Oh.. mengapakah Syana terpaksa balik semula ke sana selepas seminggu... Final Year Project. I HATE YOU...


Tapi dis time, bila balik terasa laen jer. Al-maklum ler penghuni bilik2x sebelah tak ada. Si Rais n Si Nedyah dua-dua kat U masing-masing. Tak dapat cuti. Diploma kan len cutinya dengan degree. Itu yang jadi canggitu tu.

Oh ya. Pada yang tak tahu. Adeq pompuan Syana, si Nedyah a.k.a Neddy belajar kat UiTM Puncak Perdana sekarang ni. Dia ambil diploma perakaunan fast track kat situ. Kampus tu tak jauh sangat pun dengan kampus UiTM Syana kat Shah Alam. 20 minit jer perjalanan dengan menaiki kereta untuk ke sana. Itu yang every weekend Neddy datang kat umah sewa Syana tue. =) Kiranya ok jugak la. Tak der la dia rasa asing sangat kat tempat orang. 

Time nak balik kg beberapa hari lepas, Syana ada ajak dia sama. Balik bukak puasa hari pertama kat kampung. Tapi dia tak maw ikut. Kononnya rushing. Ada cuti 2 hari jer. Itupun weekend. Alahai.. Nama pun budak diploma part 1.

Pastu skang ni duk touching sorang2x coz tak dapat balik umah. Yang sedihnya, semua kawan2x sekolej si Neddy ni balik umah or pergi rumah sedara time 1st day puasa nanti. Tinggal ler dia terkebil2x seorang diri. 

Yang akak dia sorang ni dah selamat pun balik kampung. Yang cazen2x kitaorg kat sana pun semuanya balik kg jugak. Nasib ler neddy oiii.. 

Tapi tak per. Nanti 23hb, umiey nak pergi sana melawat dia. Dan 25hb ni Insya-Allah Syana pulak datang sana. 

So, sabar yer. Nanti kita bukak posa n sahur sama2x ok!

Tuesday, July 17, 2012

Celoteh Kehidupan *-* Sister n cousins outing

Salam ingatan...

Sementara dah habis exam dan tak busy, Syana habiskan masa dengan adik dan sepupu-sepupu tersayang kelmarin. Kebetulan pulak semua pun free. Bukan senang nak keluar cam gini. =) 

Paling seronok kami semua diambil dan dihantar semula keesokkan harinya oleh Along n Kak Nana. Mekasih lah banyak-banyak yer. Susah-susah je. Len kali boleh ler amik n antar saya lagi. Hehe.


Lapo.....

 Chicken's Time

Our Favo

This one just enough for me.

Spiderman 

Late nite movie n we're still energetic.

Before saying goodbye.
In front of pameran pengantin at SACC, Shah Alam.

I wonder... Sapa yang nak kawen?
Of coz yang paling SENIOR kan.

By the way, tak puas shopping kat Times Square. Nak pergi lagi. Insya-Allah bila dah bukak sem pulak yer. Sapa nak join Syana jom la sekaki.