Monday, January 4, 2010

FENOMENA TIDO

SEjak balik dari UiTm pertengahan bulan 11 aritu, penyakit terlebeih tidoo mula menyerang syana.. xtau ler di mana silapnya atau apa puncanya, tp penyakit tido awal atau tido byk nie bgikan tak boleh dibendung2 lagi...Pantang ada masa terluang pasti syana akan terlelap... kalu malam tue, dalam kul 9 mmg dh selamat dah... MMG conperm la syana dh tidooo.. xkira ler kat depan tv ker, kat atas katil ker atau kat dlm keta skalipown!!! 

Mula2 balik umah aritu, syana pikir mungkin kerana mahu balas dendam... ya lah.. tyme exam week sem lalu asyek study jer kan..???.. yerker?? xder la kuat sgt study... maen jer yg lebih.. pastu tgk MOVIE.. heheh..=p
pastu penyakit tidooo terlebih nie xberansur-ansur ilang jugak!! syana pikir mgkin kerana perubahan cuaca atau perubahan lokasi!! pastu habit tidoo terlebih nie macam tue jugak.. malah makin menjadi2 bila dh start praktikal taraining...penat barang kali!! 


 mula2 syana rasa biasa2 jer.. arap2 ianya beransur ilang bila syana dh dapat adapt ngn perubahan2 yg berlaku.. MASALAHnye, bila ianya masih di tahap yg lama dan tiada sebarang perubahan positif yg boleh dibanggakan, SYANA mula RISAU!!

Jadi, syana pown try ler cari cket info ttng masalah nie...

Disini bbrp info menarik yg syana temui:-

  • Secara umumnya bahagian otak yang mengawal tidur ialah HIPOTHALAMUS
  • Setiap kali kita tidur, NEURON di otak akan disusun semula. Dalam keadaan tubuh sedang menyeimbangkan kelemahan pada sesuatu organ, maka penyusunan tersebut akan memaparkan VISUAL & AUDIBEL mengenai pengalaman yang telah dilalui sepanjang proses penyusunan neuron. Ketika itu muncullah MIMPI dan juga sesuatu fenomena ketika tidur.
  • Dengan manghayati setiap masalah terhadap fenemona tidur kita, maka kita dapat mengenalpasti sesuatu MASALAH pada sesuatu ORGAN.
  • KAITAN ANTARA fenomena tido DAN sesuatu organ yang lemah:-



KAITAN ORGAN
MASALAH TIDUR
NW 1
Kelenjar Pineal, Ubun-ubun
  • Tidur kene tindih (Sleep Paralysis)
  • Mimpi budak atau mimpi bertemu atau berurusan atau bermain dengan kanak-kanak atau bayi atau paling kritikal ialah mendukung bayi atau kanak-kanak yang amat suka bermain dengan kita. Kanak-kanak yang bermimpi bermain dengan seronok dengan kanak-kanak yang lain juga dalam katagori ini. Kanak-kanak ini biasanya mempunyai simptom ADHD.
  • Bangun dari tidur, boleh lihat diri sendiri dengan jelas, terbang ke mana-mana dan melihat dengan jelas tempat yang dituju (False Awekening)
NW 2
Kelenjar Pituitary, Penyakit pelupa, epilepsy
  • Terkejut atau tersentak ketika tidur (Hypnic Jerk)
  • Anggota badan bergerak seperti menepis atau mengelak atau membuka langkah silat atau seni mempertahankan diri bagi mereka yang biasa mempelajari ilmu seni mempertahankan diri. Ia berlaku ketika tidur atau menyebabkan terjaga (Hypnogogic Jerk)
  • Menggeleng kepala ketika tidur (Rhythmic movement disorder)
  • Kerap mimpi basah berlebihan atau tidak pernah mendapat mimpi basah (Noctural Emission)
  • Mimpi perkara yang sama berulang-ulang dalam satu tidur (Sleepeating)
NW 3
Thalamus, Penyakit migraine
Simptom yang sama dengan NW 2 di atas
NW 4
Hipothalamus, Kurang tumpuan belajar
  • Tidak dapat tidur (Insomnia)
  • Kekurangan tidur atau tidak rasa mengantuk (SleepDeprivation)
  • Tidur-tidur ayam atau tidak dapat tidur nyanyak atau kerap terjaga [Delayed sleep-phase syndrome(DSPS), also known as delayed sleep-phase disorder (DSPD) or delayed sleep-phase type(DSPT) or Narcolepcy]
  • Tidak dapat mengawal waktu tidur dan waktu bangun tidur (Circadian rhythm sleep disorders)
  • Terjaga kerana terlalu lapar atau terlalu dahaga atau untuk membuang air kecil atau air besar (Nocturia)
  • Menyedari diri sendang bermimpi (Lucid dream)
  • Mimpi berterusan beberapa minit walaupun setelah bangun tidur.
NW 5
Pusat kawalan biotik, antibiotik semulajadi, probiotik semulajadi, kemurungan

  • Mimpi ngeri (Dream Nightmare)
NW 6
Sinus, hudung, resdung, selsema

Simptom yang sama dengan NW 5 di atas dan NW 7 di bawah
NW 7
Pusat kawalan suhu, demam, telinga, urat mata, mulut, gigi, gusi

  • Terkejut dari tidur terdengar bunyi sepert letupan (Exploding head Symdrome)
  • Bangun tidur, terdengar bising atau hingar-bingar atau suara orang membebel marah (Hypnagogia)
  • Mengetap gigi atau menggeselkan gigi ketika tidur (Bruxism)
NW 8
Medulla Oblongata, tekanan perasaan, tensyen, tekanan darah rendah

  • Rasa mengantuk yang tidak tertahan, kerap berkeadaan antara jaga dan tidur (Samnolence)
  • Berjalan ketika tidur (Samnambulism)
  • Bercakap ketika tidur (Samniloquy)
  • Kekeliruan setelah bangun tidur dan tertidur semula atau biasa digelar “mai-mai”(Confusional Arousals)
  • Rawatan tidur kepada pesakit schizophrenia, psychogenic fugue, epilepsy dan sebagainya.
NW 9
Tyroid, tongsel, esofagus

  • Peluh berlebihan ketika tidur
  • Lapar atau dahaga setelah bangun tidur
  • Kanak-kanak menangis setelah bangun tidur
  • Nafas terhenti ketika tidur (Sleep Apnea)
NW 10
Paru-paru, emosi, kesedihan

  • Selesa atau meneruskan tidur hingga tengah hari atau tidur selepas subuh atau bangun tidur setelah matahari tinggi.
NW 11
Jantung, risau, panik, perasaan, kekecewaan

  • Berdengkur
  • Simptom Fatal Familial Insomnia (FFI) atau tidak boleh tidur yang boleh membawa maut atau kesakitan ketika tidur atau takut tidur.
  • Tercekek atau tersedak ketika tidur
NW 12
Hati, perut, limpa, kolestrol, malas berfikir

  • Suka fikir hendak tidur atau suka tidur atau mudah mengantuk jika mendapat rangsangan visual seperti terlihat katil atau bantal atau tilam atau bilik tidur.
NW 13
Buah pinggang, sakit belakang pinggang, kelenjar adrenal

  • Memerlukan rangsangan untuk tidur seperti ingin mendengar cerita terlebih dahulu, minum dahulu, melakukan hubungan intim bagi pasangan suami isteri terlebih dahulu atau onani terlebih dahulu dengar atau menonton cerita seram terlebih dahulu atau sebagainya (Parasomnia -Sleep Sex – Night Terro)
  • Tertidur kerana berehat setelah melalui pengalaman cemas seperti dipukul atau ditimpa kemalangan.
  • Kencing malam atau mimpi membuang air kecil kemudian terkencing betul-betul ditempat tidur.
NW 14
Hempedu, batu kempedu, penyakit kulit

Simptom yang sama dengan NW 13 di atas dan NW 15 di bawah
NW 15
Pankreas, kencing manis, urik asid tinggi

  • Kerap rasa mengantuk (Hypersomnia)
NW 16
Ovari, testis, kemandulan

  • Mimpi basah berlebihan atau tidak pernah mendapat mimpi basah (Noctural Emission)
NW 17
Alat kelamin, kelenjar prostat, tenaga batin

Simptom yang sama dengan NW 16 di atas dan NW 18 di bawah
NW 18
Darah, masalah berkaitan penyakit darah

  • Suka tidur waktu petang atau maghrib atau mengantuk ketika waktu petang [Advanced sleep phase syndrome (ASPS)]
  • Kebas di mana-mana bahagian badan sejurus bangun tidur
  • Simptom Sleeping Sickness atau “penyakit suka tidur” atau sentiasa hendak tidur.
NW 19
Usus, sembelit, buasir, cirit-birit, angin

  • Mengantuk dan mahu tidur, tetapi sukar tidur
NW 20
Tulang, saraf, sendi. Penyakit osteoporosis, kepatahan tulang

  • Sendi tangan dan kaki menjadi ketat atau tidak bermaya selepas bangun tidur
  • Menangguhkan kerja dengan tidur


Setelah diteliti masalah2 di atas, syana telah menghighlightkan dgn color pink kemungkinan-kemungkinan fenomena tido yg syana alami....  tp bila dh tau nie, ada satu lagi persoalan yg berlegar2 kat kepala syana saat ini.. " Jadi, apa syana nk buat bila dh tau??? "

1 comment:

SyaNA saN said...

apsal table tue jadi separuh jer??? AYOYO!!! cm ner nie??