Tuesday, August 31, 2010

Self Motivation *-* Merdekakan Diri Melalui Pencarian Lailatul Qadar

Salam ingatan..

Tiba detik 12 malam nanti, kita semua selaku rakyat Malaysia akan menyambut kemerdekaan negara yang ke-53. Ya! Pada yang kurang alert tue, sila tahu yang Malaysia dah 53 tahun merdeka!!

Kemerdekaan.. Tafsirannya merangkumi beberapa aspek dan ianya begitu luas sehingga tidak hanya terhad kepada kebebasan negara daripada cengkaman penjajah sahaja. 

Hari ini, Malaysia telah berjaya membebaskan diri selama 53 tahun daripada cengkaman penjajah-penjajah ini. Tapi, adakah kita semua (korang dan saya) selaku rakyatnya telah berjaya membebaskan diri kita??

Alhamdulillah.. 31 Ogos tahun ini disambut pada malam ke-21 Ramadhan, malam permulaan kepada malam 10 akhir Ramadhan yang mana terletaknya salah satu dari malam ini sebuah malam yang dipanggil malam Lailatul Qadar.

MALAM LAILATUL QADAR!!


Ianya merupakan anugerah dari Allah Taala untuk umat Muhammad S.A.W. Sememangnya Allah sudah mengetahui yang umat Islam di akhir zaman ini mempunyai banyak kelemahan dan sering melakukan dosa. Jadi diberikan olehNya kepada kita semua satu peluang di mana ibadah yang dilakukan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan.

Jika kita semua dapat mencapai malam Lailatul Qadar ini, kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu bersamaan juga dengan 83 tahun. 

SUBHANALLAH!! 

Ianya seumpama kita semua menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah. Sungguh lumayan tawaran anugerah yang Allah janjikan ini.

LAILATUL QADAR PADA MALAM2x YANG GANJIL??

Menurut para ulamak, dinyatakan bahawa malam Lailatul Qadar ini berkemungkinan jatuh pada malam ke 21,23,25,27 dan 29 dari bulan Ramadhan iaitu pada malam2x ganjil di 10 akhir Ramadhan. 

Secara ringkasnya, malam Lailatul Qadar ini boleh dikatakan sebagai berubah dari satu tahun ke satu tahun yang lain. Tetapi ianya tetap dalam lingkungan 10 malam terakhir Ramadhan.

Apapun, masa berlakunya malam Lailatul Qadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam terakhir Ramadhan itu.

Jadi bagaimana??

Tidak mahukah kita merebut peluang keemasan ini??

Negara kita mungkin sudah merdeka! Tapi kita semua masih lagi juga terikat dengan dosa-dosa yang pernah dilakukan. Tidak mahukah kita merdeka dan bebas dari belenggu dosa-dosa lampau kita ini??

Allah sudah memberikan jalan.. Tinggal kita sahaja untuk membuat keputusan sama ada mahu melalui jalan yang ditunjukkan atau tidak. 

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN NEGARA!! MERDEKA!!

Friday, August 20, 2010

Celoteh Kehidupan *-* Pusat Islam UiTM Shah Alam yang terkini

Salam ingatan...

Tengah hari tadi, buat pertama kalinya, solat jumaat telah diadakan di Pusat Islam selepas segala proses pengubahsuaiannya selesai. Agak lama jugak ler Pusat Islam nie diubahsuai. Menghampiri tempoh setahun.

Nie pandangan dari sudut luar Pusat Islam UiTM atau lebih dikenali sebagai PI.



Bahagian luar memang tak banyak beza sangat dengan PI yang dulu. 

Tapi cuba korang tengok bahagian dalam dia. 




Antara perbezaan yang ketara adalah penggunaan aircond yang sepenuhnya kat dalam PI.
Huhu. Kaya betul UiTM nie. Satgi melambung la bil letrik!! Hahah =)


Cantikkan??
Nampak mewah n elegan..

Pic kat bawah nie pulak ruang solat wanita di tingkat paling atas. 
Berbau carpet baru lagi taw tyme Syana masuk petang tadi!



Masjid atau surau yang cantik sahaja tidak menjanjikan apa2x jikalau tidak digunakan seoptimum yang mungkin. Harap2x dengan pengubahsuaian yang baru nie, PI akan menjadi sebuah one stop centre dalam merangka pelbagai kegiatan berunsurkan rohaniah. 

p/s: Insya-Allah, solat tarawikh di PI akan bermula pada hari Isnin depan. Marilah kita bersama-sama memenuhkan saf.

Thursday, August 19, 2010

Belajar Bahasa Kelantan Secara Percuma *-* Sesi Pembelajaran 8

Salam ingatan...


Sesi kali nie mestilah yang ada kaitan dengan bulan ramadhan.. Kata puasa?!

Tips Sifoo: Sebutan untuk huruf 'e' begini ialah emak. Tapi 'E' begini pula disebut seperti Esok 

1) Poso = Puasa
Mula-mula sekali kenalah tahu bagaimana oghE kelatE sebut perkataan puasa nie.

Contoh penggunaan ayat: "Awak poso ke tak harini??" tanya Minah

2) Bukok = Berbuka
Kalau dah tue puasa tue kena lah berbuka ye tak?! Takkan nak puasa sepanjang hari kowt..

Contoh penggunaan ayat: "Saya nak pergi bukok poso dengan Abu kat masjid
nanti." beritahu Rogayah.

3) SmayE = Sembahyang

Bulan ramadhan nie macam2x jenis amal orang buat. Antaranya solat sunat.


Contoh penggunaan ayat: SmayE terawikh nie sunat jer tapi ramai yang buat. SmayE wajib tue pulak dah terang benderang wajib tapi ramai yang tinggal. Aduhh! 

Moga2x kita tergolong dalam golongan yang melakukan kedua-duanya.

4) KenyE = kenyang

Contoh penggunaan ayat: "KenyE betul perut. Sampai tak larat nak bangun dah." adu Ali.

5) Penak = Penat / Letih
Antara word yang sering disebut masa bulan puasa nieyhh.. Especially tyme lunch hour. 

Uhh.. saje nak cari alasan nak berbuka lah tue!! =p

Contoh penggunaan ayat: "Banyak betul kelas hari nie. Dengan test, lab n presentation lagi. Penak sungguh! Tak tertahan rasanye," leter Minah yang memang tak puasa tue. haha

AKHIR KATA


Sampai ketemu lagi di lain sesi minggu hadapan. Praktis jangan tak praktis!!

p/s: Syana baru selesai test 1 nutrition n presentation syariah pagi tadi. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Tuesday, August 17, 2010

Shout Out: DAPATKAN MAJALAH POTENSI SECARA PERCUMA!

Majalah POTENSI merupakan sebuah majalah yang mencungkil bakat-bakat potensi dalam segala bidang, dan bukan hanya dalam bidang perniagaan walaupun kebanyakan kandungan adalah lebih menumpukan kepada bidang keusahawanan dan peluang perniagaan.

Sejarah penubuhan majalah ini bermula sekitar tahun 2007/2008 lagi, dan ianya diasaskan oleh Puan Salnor bersama Editor En.Jafari yang juga suaminya. Mereka memulakannya tanpa modal yang mencukupi seperti mana penerbit-penerbit majalah lain, namun berkat usaha mereka, kini akhirnya majalah POTENSI bakal mencecah usia 4 tahun. (rujukan pautan ini)

Majalah POTENSI dirasmikan oleh Datuk Noh Omar dan Datuk Rahim (CEO Tekun)

TIADA DI PASARAN
Memang itu adalah persoalan utama apabila bercakap mengenai majalah POTENSI. Memang majalah ini tidak dijual secara terbuka di pasaran kerana majalah ini diedarkan melalui rangkaian sedia ada atau pelanggan tetap. Kerana itulah ia jarang terdapat di pasaran. Namun, pada awal tahun 2010, majalah ini sedikit sebanyak mula menjengah pasaran terbuka walau bilangannya tidak banyak.

KUALITI KANDUNGAN
Tidak boleh dinafikan bahawa kualiti kandungan dalam majalah POTENSI sangat menarik kerana ia bukan bahan copy&paste seperti mana majalah-majalah yang terdapat di pasaran. Tiada kandungan merapu, gambar separa bogel dan gosip fitnah yang ditulis dalam majalah ini.

CETAKAN
Sehingga kini, cetakan majalah POTENSI menunjukkan peningkatan dari 8000 ribu cetakan sehinggalah ke puluhan ribu cetakan pada hari ini. Semua ini adalah sokongan dari rakan niaga dan langganan dari golongan-golongan pencari peluang perniagaan.

PERSAINGAN
Majalah POTENSI tidak mempunyai persaingan, semua majalah keusahawanan yang ada di pasaran merupakan "rakan seangkatan" kepada majalah POTENSI, kerana kami sama-sama menterjemahkan isu-isu potensi keusahawanan untuk dipaparkan kepada pembaca yang rata-rata dari golongan masyarakat melayu. Lebih dari itu, boleh dikatakan tiada satupun majalah di pasaran yang mengamalkan konsep langganan seperti mana yang dilakukan oleh majalah POTENSI.

KELEBIHAN MAJALAH POTENSI
Majalah apapun pasti mempunyai kelebihan sendiri, bagi majalah POTENSI, kepada pembaca kelebihannya ialah mereka akan mendapat bahan asli yang tidak diceduk dari mana-mana penerbitan atau bahan-bahan internet. Ia merupakan artikel asli dan unik yang pastinya memberikan kepuasan kepada pembaca.

Kepada pengiklan, majalah POTENSI menganggap mereka adalah rakan niaga yang memberi sokongan. Iklan di majalah POTENSI adalah PERCUMA sahaja (sila hubungi majalah POTENSI untuk keterangan lanjut). Setiap tahun bermula awal 2010, majalah POTENSI telah mengadakan Konvesyen POTENSI. Buat pertama kalinya ia diadakan di Carlton Holiday Shah Alam (rujuk pautan ini)

CARA MENDAPATKAN MAJALAH POTENSI
Seperti yang diketahui, majalah POTENSI mengamalkan konsep langganan. Bagaimanapun ia juga ada dijual di kedai-kedai buku seluruh negara walaupun bilangannya tidak banyak. Bagi memudahkan sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan majalah POTENSI, mereka boleh mengikuti langkah-langkah di bawah:

Langganan terus:
Hubungi POTENSI NETWORK PUBLISHER: 0196672470
@
Wakil Daerah
Johor/Melaka/Negeri Sembilan: 0197130219 (Jopana Trading)
Sabah/Sarawak: 0165859735 (Onyx Circle)
Pahang/Terengganu/Kelantan: 0196978789 (Rangkaian Timur Marketing)
Kedah/Perlis/Pulau-Pinang: 0125862186 (Suria Mas Enterprise)


Letak posting ini di blog anda, dan dapatkan senaskah majalah POTENSI Percuma
Keterangan lanjut boleh layari: www.potensi.co.cc |www.potensi.com.my

Monday, August 16, 2010

Music N Entertainment *-* Haramkah??

Salam ingatan...

Cuba korang hayati bait2x lirik lagu dari Melly Goeslaw nie. Tajuk lagunya ialah Haramkah. Lagu nie sebenarnya ialah OST Ketika Cinta Bertasbih 2. Saper yang dah tengok muvie tue mesti feeling jer cam Syana tyme dengar lagu nie. Yang belum tengok lagi tue, try korang tengok citer tue. Insya-Allah banyak kebaikan yang boleh korang jadikan sebagai ikutan.


HARAMKAH
(Melly Goeslaw)

Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar


Aku cinta  pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

*
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan

**
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

Reff:
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…

Sunday, August 15, 2010

ShoutOut *-* Alamat URL Baru

Salam ingatan...

Kat sini ada pengumuman siket!! Mintak semua amek perhatian.

Sekarang nie, Syana dah selamat menukar alamat URL blog nie.


http://soundintelligent.blogspot.com tue dah tak der dah yer!!



Bukan ape.. Ramai yang confused dengan ejaan url yang lama tue. 

Jadi syana tukarkan lah kepada sesuatu yang lebih mudah untuk diingati dan dieja.

Akhirnya, nama sendiri menjadi pilihan!!


Harap2x URL baru nie membawa kebaikan kepada SiFi, saya dan kamoo semua!!
Semoga kita semua terus berusaha untuk mendaki tangga menuju ke puncak tanpa berhenti walau seketika.

Teruskan menyokong. @-@

Tuesday, August 10, 2010

Self Motivation *-* Ke Arah Ramadhan Yang Lebih Sempurna

Salam ingatan...

Sekejap jer masa berlalu. Tup tup esok dah masuk bulan Ramadhan.. Alhamdulillah kerana kita semua masih dipanjangkan umur untuk menjalani ramadhan pada tahun ini. Semoga ramadhan tahun ini merupakan ramadhan yang bermakna buat saya dan kamoo semua.

HAPPY BLESSED RAMADHAN!!

Abu Hurairah menyatakan : Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud

"“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke
atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan
ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan.
Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia
rugi.”

(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)

Dalam sabda ini Rasullullah (saw) menegaskan bahawa Ramadhan bukan sahaja bulan kita berpuasa tetapi ia datang dengan penuh keberkatan, yang mana jalan untuk beramal begitu luas terbentang, jalan untuk mendapat pahala berlipat ganda dipermudahkan, jalan ke arah dosa dipersempitkan. Ini merupakan pemberian Allah yang tiada-tolok bandingnya.

Sabda ini juga dinyatakan bahawa syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan. Ini bagi membolehkan kita menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita juga perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai. Jadi berwaspada ya!!

Selain itu, menurut sabda ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan dalam bulan Ramadhan. Malam itu kita kenali sebagai malam lailatul qadar yang mana malam yang lebih baik dari 83 tahun. Masya-Allah. 

P/s: entry malam nie dah macam tazkirah lah pulak kan?! *-*

Abu Hurairah menyatakan: Rasulullah s.a.w menganjurkan untuk mengerjakan solat pada malam bulan Ramadhan tetapi tidak mewajibkannya. Beliau bersabda:

"Barangsiapa yang bangun pada malam bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan keredhaan Allah maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu"

(Hadis Riwayat Muslim)

Solat sunat terawih merupakan antara amalan yang dilaksanakan semasa bulan ramadhan. Solat ini tidak diwajibkan tetapi digalakkan oleh Rasulullah s.a.w untuk kita lakukan. Hal ini kerana, kita semua mempunyai dosa. dan solat terawih merupakan cara untuk kita mendapatkan keampunan bagi dosa-dosa yang kita lakukan.

Maka, pada malam ini marilah kita tetapkan niat kita untuk menimba sebanyak mungkin keberkatan di bulan ramadhan. Pada malam ini, kita berusaha tingkatkan komitmen kita untuk rakus dan haloba mencari pahala. Malam ini juga kita pasang janji kita untuk berlumba memanfaatkan masa yang begitu terhad untuk beramal dan beribadah. Akhir sekali, pada malam ini kita tekadkan nekad untuk tidak tergolong ke dalam golongan yang rugi.

Credit to: Dr. Hj. Omar Bin Yaakob

P/s: Selamat menjalani ibadah berpuasa!! Puasa esok jangan lupa niat..=)


Music N Entertainment *-* Insya-Allah by Maher Zain

Salam ingatan...

Maher Zain! Nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik antarabangsa terutamanya bagi mereka yang meminati irama nasyid ataupun lagu-lagu yang berbentuk kerohanian. Cubalah dengar dan hayati setiap bait kata lagu-lagunya. Sungguh membuai diri sehingga meninggalkan sejenis rasa yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Masya-Allah. 


Mengikut sumber2x yang boleh dipercayai, Maher Zain nie merupakan orang Lebanon tapi telah berpindah ke Sweden sejak usianya baru mencecah 8 tahun. Yang lagi hebat tentang Maher Zain nie, dia ada Bachelor degree in Aeronautical Engineering. Cayalah Anta!

Dalam banyak2x lagu Maher Zain nie, lagu yang paling Syana suka adalah Insya-Allah. Memang release tension kalau dengar.

Everytime
You feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go


Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah x3
Insya Allah you’ll find your way


Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, 
wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insya Allah x3
Insya Allah you’ll find your way


Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray


OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me
the way,
Showed me the way x2
Insya Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Selain daripada lagu nie ada banyak lagi lagu Maher Zain yang best. Antaranya For The Rest of My Life, Thank You Allah, Hold My Hand, Always Be There, Baraka Allahu Lakuma dan Awaken.

SEMOGA TERHIBUR!!

Monday, August 9, 2010

Tips Syana *-* Kamu Obess, Over Weight, Normal @ Under Weight??

Salam ingatan...

Jumaat yang lepas, semasa kelas nutrition, Syana dan rakan2x telah menjalani satu aktiviti yang bertajuk KIRA BMI ANDA. BMI ialah BODY MASS INDEX yang mana ianya digunakan sebagai kayu ukur untuk menentukan kesesuaian berat badan dengan tinggi kita semua. 

Macam mana nak kira BMI??

Ok.. Mula2x sekali timbang berat badan kamoo dalam kg. Kemudian ukur pula tinggi kamoo dalam meter.

Seterusnya kira BMI kamoo menggunakan formula ini:-

BMI = jisim badan (kg) / [tinggi x tinggi] (m2)

Setelah kamoo mengetahui BMI kamoo, bandingkan dengan nilai-nilai di bawah.

Siyes... Ini part yang paling menakutkan.

Underweight = <18.5
Normal = 18.5 - 24.9
Overweight = 25 - 29.9
Obess = 30 dan ke atas

Jadi, bagaimana??? Apakah KATEGORI BADAN kamoo semua??

Kalau normal.. Tahniah lah yer.. Maintainkan ok!

Syana??? Normal TAPI lagi 0.3 nak menghampiri over weight!! Waahh.. Scary nyer!

Saya bukan takut gemook tapi takut tak sihat!!

TAPI NAK TAHU APA YANG SYANA BUAT HARI TUE BILA DAPAT TAHU BMI MENGHAMPIRI OVER WEIGHT???

Mula-mula kami pergi makan aiskrim!!

Dah tak peduli dah dengan BMI... Insaf sejam jer!!

LEPAS TUE...

Syana pergi bedal BEEF TEPPANYAKI sepinggan.. Aduhh!!

Tak cukup lagi dengan tue...

SEBAGAI PENCUCI MULUT SYANA AMEK

Pizza sebanyak 3 keping... 

YEAH..
Inilah yang terjadi bila perut kebuluran dan nafsu mengatasi segalanya.

Memang tabiat pemakanan yang sempurna sebagai seorang pelajar kelas nutrition!!!

p/s: Aktiviti KIRA BMI akan berlangsung sebanyak 2 kali lagi selepas nie. Sebelum  n selepas raya. Agak2x korang, dengan tabiat makanan yang sempurna begini, bolehkan BMI Syana dikekalkan?? 

Ohh. Hopefully turunlah yer!!