Thursday, August 5, 2010

Belajar Bahasa Kelantan Secara Percuma *-* Sesi Pembelajaran 7

Salam ingatan...

Lama dah tak kasi korang word baru. Amacam?? Words lama sudah terpraktis ke belum?? Suppose sudah lah kan. =) Huhu. 

Tanpa buang masa, jom kita tambah ilmu lagi.



Tips Sifoo: Sebutan untuk huruf 'e' begini ialah emak. Tapi 'E' begini pula disebut seperti Esok 

1) KutEy = Cubit
Ini hanya sesuai untuk perbuatan mencubit sesuatu yang bernyawa. Tak pernah lagi la setakat nie Syana dengar gabungan perkataan sekutEy garam. Jadi jangan memandai-mandai ok!

Contoh penggunaan ayat: "Kalau awak rasa nak kena kutEy dengan cikgu amnah jambul kembang, awak buat ler. Saya tak nak bersubahat," kata Rogayah kepada Minah.

2) Semak = Hensem/Kemas
Nie word untuk lelaki jer taw.. Jangan nanti korang kata awek korang semak pulak. Tak pasal2x seminggu merajuk karang.. Hahha

Contoh penggunaan ayat: "Kan semak kalau awak pakai macam nie hari2x," puji Minah.
Contoh penggunaan ayat: "Saya semak tak??"tanya Abu. (Ohh.. Tolong jangan perasan!)

3) Semok = Bersepah
Seterusnya nie pun word yang cukup sinonim dengan kaum adam. Tapi jangan terkejut jika ada kaum hawa yang turut mewarisinya. Apapun sila elakkan yer kawan2x. Selain itu, word ini jugak boleh membawa maksud crowded.



Contoh penggunaan ayat: "Semoknya bilik awak nie. Dah berapa tahun tak kemas??" perli Rogayah.

Contoh penggunaan ayat: "Baju kurung yang dia pakai tue nampak semok bila banyak sangat celoreng," komen Ali.

4) Kebobo = Tamak
Nie pun sikap buruk yang patut dijauhkan jugak nie.

Contoh penggunaan ayat: "Kebobo nyer awak nie. Amek lauk banyak2x. Pastu makan tak habis pun!" jerkah Ali kepada Minah.

5) Pitih = Duit/Dolar/Rupiah/Darham
Antara word yang WAJIB tahu ni.. Kalau tak tahu jugak, tak yah ler ngaku korang terror kEcEK kelatE.


Contoh penggunaan ayat: Nyanyi siket.."Pitih..pitih.. Dimanakah pitih??"


Ok lah.. Nak g cocok pitih dulu kat ATM. Bubye!!

Sampai ketemu lagi di lain sesi minggu hadapan. Praktis jangan tak praktis!!

p/s: Bukan senang nak curi2x masa nak tulis entry kat korang sekarang nie. =)

2 comments:

bARdbOO said...

slm..ok paham dah..hehe..

nk tny, jangok pe eK? slalo dgr org ckp..tp x paham...

SyaNa_SaN said...

Salam.. Hye bardboo

jangok tue melawa.. or bergaya sakan.. selalunya digunakan untuk spesies hawa.