Thursday, January 27, 2011

Celoteh Kehidupan *-* AL-MAKKULAT a.k.a MAKANAN (Saya suka makanan percuma!)

Salam ingatan..

Bulan Januari 2011 adalah bulan makanan setempat bagi kami semua. Dari satu tempat ke satu tempat makan kami jejaki. Al-maklumla, semua pun bernazar. Tapi yang syoknya tentang nazar kami nieyh, siapa dapat dekan, dia kena belanja makan! Weee.. Saya suka makanan percuma!

Lawatan pertama kami adalah ke SUP ANI UTARA dekat Plaza Alam Sentral. 

Makanan di sini sponsored by: Syairani Edlyana Dzulkifli 
(Betul ke ejaan dia? Memang susah siket nak eja nama yang complicated2x gini.)


OK.. Pic manusia jer yang posing. Makanan lupa nak ameklah mak encik.. Jangan mara ha!

Apapun thankz a lot to Syairani for da lovely soup!

Lawatan kedua pula melibatkan FLAMING kat Sunway.

Menu: Steamboat & lain2x.

Konsep: Sumbat selagi boleh!

Kos: RM24/pax. Bayar sendiri2x lah ye. =)

 Adegan berasap..

 Babak mesra. 21 and above plzz..

 Raja Udang! Memang hebat sehingga tiada tandingan.

 Candid nieyhh!

 Sebelum melantak untuk 2nd round, kita posing dulu!!

 Semua pinggan timbun dekat depan syana.. Sabotaj!

 Ini bukan sisa makanan saya!

 Ais-kyem! Yummy.. 

 Ni kanak2x dua tahun baru nak belajar makan aiskyem ke apa?

NEXT VENUE: KFC Seksyen 7 Shah Alam
Sponsored by: Ilah BMS

Thankz my dear!!

 Lambat betul awak2x nie makan.
 Makanan saya dah abis dah! Nak pow boleh?

Gemook ler kalau hari2x macam nie!

Pesta Al-Makkulat yang terakhir : Berkelah domino's pizza di Tasik Shah Alam

Sponsored by me..

 Sangat suka Vegie Fiesta pizza topping!

 Makanlah sampai kenyang cik ct oii

 Model Domino's 2011

 Dah habis makan posing lah pulak!

 Alalalala.. Kecik2x jer semua!

So, kesimpulannya: berat badan saya akan naik lagi bulan ini.
Bila nak turun tue tak taw lah yer kawan2x!
Sila jangan tegur jika anda nampak sebarang perubahan di badan.
Just ignore it okeih!

Monday, January 10, 2011

ShoutOut *-* Facebook Akan Ditutup Hanya Berita Palsu

Salam ingatan...

Hhahahaha.. Betulkan sangkaan Syana! Tak mungkinlah facebook akan dihapuskan seperti yang disebarkan tue. Sebab kalau kok yer pun nak tutup terus takkanlah tetiba jer cam tuh. Tak logik! Tak logik!

Sapa nak tahu tentang berita benar.. TEKAN LINK nie


Jadi pada kawan2x serumah yang cuak semacam jer lepas baca berita palsu tue harap dapat tarik nafas lega yer! Tak yah nak risau lagi dah. Teruskan mengguna facebook secara aman. Peace no war!

Music N Entertainment *-* Keputusan AJL25 Relevan @ Tidak??

Salam ingatan...

Siapa sangka gadis ayu yang sering mengenakan baju kurung atau kebaya ketika membuat persembahan ini mampu menjadi JUARA AJL25. Lebih membanggakan apabila lagu yang mana juga pernah lama bertahan sebagai juara carta Hot FM ini dicipta dan ditulis liriknya sendiri oleh gadis yang berusia 25 tahun ini. Walaupun baru setahun jagung bertapak dalam industri tetapi nama Ana Raffali berjaya meniti di bibir peminat-peminat muzik Malaysia. Malah kemenangan Ana Raffali untuk AJL kali ini membuktikan yang sesiapa pun yang mempunyai bakat dan usaha mampu pergi lebih jauh dalam industri seni muzik tempatan.

Tahniah Ana! Keep it up..

Lepas nie makin laris lah album Ana.

Ok Guyz.. Jom kita sama-sama flash back balik keputusan AJL25 yang berlangsung tadi.

Juara : Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku
Naib Juara : Black Feat Meet Uncle Hussein - Drama King
Tempat ke-3: Hafiz - Noktah Cinta

Persembahan Terbaik : Faizal Tahir - Hanyut
Vokal Terbaik : Hafiz - Noktah Cinta

Sebaik saje keputusan tue diumumkan, ramai penonton yang tidak berpuas hati. Mereka mempersoalkan kredibiliti Ana Raffali sebagai juara. Pada pandangan korang, adakah keputusan juri untuk mengangkat Ana Raffali sebagai juara AJL tidak relevan?

Biarlah.. Pada Syana juri mempunyai kuasa dan kelayakan untuk menilai setiap lagu yang bertanding. Syana yakin yang lagu Tolong Ingatkan Aku itu mempunyai kekuatannya yang tersendiri terutama dari segi arrangement lagunya serta lirik yang menyentuh emosi. Gimik persembahan Ana Raffali tadi pun boleh dikatakan bagus buat seorang pendatang baru sepertinya. Walaupun yang sebenarnya pada malam ni Syana expect yang akan menang adalah MUH, Black, Yuna ataupun Faizal Tahir. Tapi tak per. Mungkin bukan rezeki mereka. Tahun depan ada lagi kan?!

Tapi korang rasa sesuatu tak? AJL kali nie terasa seperti kekurangan sesuatu. Syana rasa AJL 24 lebih grand, hebat n meriah berbanding AJL 25. Betul tak..

Saturday, January 8, 2011

Celoteh Kehidupan *-* YA ALLAH.. Aku tak pasang azam baru 2011 lagi!!

Salam ingatan...

Tido makan tido makan, tup-tup dah 8 hari diri melangkah masuk tahun baru! Tetiba baru tersentak dari lamunan..

"YA ALLAH.. Aku tak pasang azam baru 2011 lagi!!"

Teruk betul kowt! Ok.. Sebelum pasang azam baru.. Jom kita sama2x check. Adakah azam Syana tahun 2010 sudah tertunai!?


Alhamdulillah.. Kebanyakan azam tuhh telah tertunai! Cuma 2 benda jer yang tergendala. First, nak turun berat badan ciket n second nak join TUNAS MEKAR...

Jadi tahun 2011 nie.. Nak pasang azam apa yer??


1) As alwayz.. Every year nk result keboomm!! (Tapi maen n study kena sama naik.. Haha!) Kalau 3rd sem tyme degree aritue Syana dapat result yang ok. Dis tyme kena dapatkan yang lgi better.. Mak aii.. Pakai air liur senang lah.  Makin naik sem makin susah kowt. Subject makin tough. Asgmnt makin banyak. Ok lah. Syana tak nak tamak. Kalau last sem dapat 3.79, dis year (untuk kedua-dua sem) kalau melekat 3.50 pun Syana dah bersyukur habis. Aminn.. Doakan Syana yer. Bukan apa teringin jugak nak apply biasiswa JPA. Kalau result merundum cam ner JPA nak approve permohonan Syana. Ok. Think Positive. Pasti Boleh!

2) Nak jadi student yang active. Active dalam class. Active join xtvt2x kelab n persatuan. N active beraktiviti sendiri. @-@ Jadi, saper ada xtvt menarik boleh lar ajak Syana join skali yer. Mekasih!

3) Mahu khatam Quran lagi sekali. Moga Allah makbulkan.

Untuk Azam tahun nieyhh.. Itu jer la kowt! Oh, ya! Azam tahun lepas yang tak tertunai lagi 2 tuhh kita bawa ke tahun nie ok =)

Azam baru korang apa erk? Mesti lagi gempaq kan?! Tak kisah ler apa pun. Moga segala azam dan nekad kita untuk 2011 ini tercapai.

P/s *-* Adalah suatu perasaan yang buruk apabila kita berada di atas sendiri tetapi rakan2x kita berada di bawah. Tetapi adalah suatu perasaan yang lebih buruk apabila rakan-rakan kita di atas tetapi kita berada di bawah sendiri. (Inspirasi dari : 3Idiots)

Oleh itu bersamalah berusaha melakar kejayaan!! =)

Monday, January 3, 2011

Celoteh Kehidupan*-* 01.01.11.. Ekzos Moto Meletoop

Salam ingatan..

01.01.11___ Comelkan tarikh nie. Kalau jadi tarikh nikah sesape mesti bestkan. Jeleh weihh! Kena pulak tarikh tue jatuh hari sabtu. So, memang conperm2x lar kan yang ramai orang yang telah naik pelamin. Kepada mana-mana rakan blogger yang kawen pada tarikh tersebut atau pun baru jer menjamu tetamu dengan nasi minyak, Syana ucapkan Selamat Pengantin Baru sehingga beranak cicit. Pesanan penaja, jadi pasangan yang bertanggungjawab. Bertolak ansurlah kerana tiada siapa yang sempurna.

Ok. Tutup bab KAWEN.


Masa countdown new year hari tuhh korang celebrate kat mana? I-City ke KLCC? Ke kat mana?? Mesti syokkan. Syana suka sangat tengok firework a.k.a bunga api besar. Cantek sunggoh walaupun tak environmental friendly. Rasanya dah 2 tahun kowt tak tengok bunga api besar secara live. Ada jer yang menghalang. Harap2x tahun nie ada la peluang. Secara jujurnya, Syana nak wat pengakuan yang Syana countdown 2011 kat gua musang tahun nie. Siap bergerak dari timur ke barat lagi. Hahaha. Kat mana?? Kat atas bas Sani Ekspress ler. Nie gara2x tiket habis ler nie balik awal. Siot jer.. Tapi padan ler ngan muka. Sape suruh amek tiket lambat. =p

Tapi betul ler kata bijak pandai. 'Setiap sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah tersembunyi.'

Masa sampai Shah Alam, tup-tup tyme nak start Ego starter tangan pulak rosak. Macam mana boleh rosak, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Nak start pakai kaki memang surrender lah awal-awal. Harap badan jer besar kan, tapi start moto pakai kaki pun lembik. Dushdush!

Sambung lagi cerita tadi, Syana ngan kawan2x yang lain mintak ler tolong sorang pakcik India nie. Dia nie kebetulan tengah antar gas kat blok kitaorang. Kira mangsa keadaan lah nie. Berkali-kali mencuba, tak dapat start jugak. Ush.. Masalah besar betul. After say sorry, pakcik India tue pun pergi.

Kemudian, mangsa keadaan seterusnya, seorang pakcik AJK Blok Umah Sewa kitaorang. Dah ler pakcik tu pakai smart semacam dengan kemeja baru. Baru ker?? Entah. Pandai2x jer syana nie. Baru lah kowt sebab tak nampak buruk pun. Tapi memang kesian jugak ler nak mintak tolong dia. Walau dengan teragak2x pada mulanya tapi pakcik ni tolong kitaorang jugak. Thanks Uncle! Berpeluh2x dia cuba hidupkan moto Ego sengal tue. Mula-mula ingatker dah nak boleh start sebab dengar bunyi enjin. 

TETIBA...

KEDEPOOO..

Bunyi benda meletop. Yang kami geng2x perempuan nie terkejut unta lah jugak kat situ. Rupa-rupanya komponen exzos moto tue yang meletop n mengeluarkan asap. Bau tak yah ceritalah kan. Seb baik Ekzos tak berkecai. Pakcik tadi tue memang dah tak senang duduk. Tapi Syana control cool jer. Walaupun dalam hati memang dah gabra habes dah. 

Tapi tue lar. Bersyukur jugak sebab datang awal. Bayangkan kalau Syana datang lambat sehari. N pagi tue ada class. Tetiba moto meletoop. Mak aii. Rasanya memang gabra habis. Dengan jadual pack, bila masa nk bawak p kedai.

Alhamdulillah.. Lepas berabis RM92, moto tue kembali seperti sedia kala setelah sehari suntuk masuk klinik. 

Lari budget ler pulak. Aduyai... Sabar jer arr labu!

Saturday, January 1, 2011

Self Motivation *-* Kau pilih aku untuk terus bernyawa!

Salam ingatan..

2010 telah meninggalkan diri. Cukup pantas detik masa berlalu tanpa benar-benar diri merasai. Oh.. Tuhan. Besarnya nikmat yang telah Kau berikan kepadaku sepanjang tahun 2010 ini. Sesungguhnya setiap hirupan oksigen yang Kau benarkan aku hidu di BumiMu, penyambung hayatku di dunia. Dan kini....... Kau berikan pula aku kesempatan untuk memasuki tahun baru.......2011

Alhamdulillah kerana aku yang Kau pilih untuk terus bernyawa!

Ya Allah. Sungguh banyak khilafku di 2010. Walau manusia sudah makin maju dengan kehadiran pelbagai teknologi baru, namun tiada satu pun yang dapat menyukat dosaku padaMu. Ampunilah aku.

2011.. Moga tahun baru terus mengubah aku. Melipat gandakan saham2x akhirat dan jua duniaku. 

 Sampai bilakah cahaya akan terus menyinari Bumi?? 
Hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Jangan menoleh ke belakang lagi. Teruslah melangkah wahai kaki. Insya-Allah kejayaan abadi akan mendakap diri suatu hari nanti.