Salam ingatan...
Siapa sangka gadis ayu yang sering mengenakan baju kurung atau kebaya ketika membuat persembahan ini mampu menjadi JUARA AJL25. Lebih membanggakan apabila lagu yang mana juga pernah lama bertahan sebagai juara carta Hot FM ini dicipta dan ditulis liriknya sendiri oleh gadis yang berusia 25 tahun ini. Walaupun baru setahun jagung bertapak dalam industri tetapi nama Ana Raffali berjaya meniti di bibir peminat-peminat muzik Malaysia. Malah kemenangan Ana Raffali untuk AJL kali ini membuktikan yang sesiapa pun yang mempunyai bakat dan usaha mampu pergi lebih jauh dalam industri seni muzik tempatan.
Tahniah Ana! Keep it up..
Lepas nie makin laris lah album Ana.
Ok Guyz.. Jom kita sama-sama flash back balik keputusan AJL25 yang berlangsung tadi.
Juara : Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku
Naib Juara : Black Feat Meet Uncle Hussein - Drama King
Tempat ke-3: Hafiz - Noktah Cinta
Persembahan Terbaik : Faizal Tahir - Hanyut
Vokal Terbaik : Hafiz - Noktah Cinta
Sebaik saje keputusan tue diumumkan, ramai penonton yang tidak berpuas hati. Mereka mempersoalkan kredibiliti Ana Raffali sebagai juara. Pada pandangan korang, adakah keputusan juri untuk mengangkat Ana Raffali sebagai juara AJL tidak relevan?
Biarlah.. Pada Syana juri mempunyai kuasa dan kelayakan untuk menilai setiap lagu yang bertanding. Syana yakin yang lagu Tolong Ingatkan Aku itu mempunyai kekuatannya yang tersendiri terutama dari segi arrangement lagunya serta lirik yang menyentuh emosi. Gimik persembahan Ana Raffali tadi pun boleh dikatakan bagus buat seorang pendatang baru sepertinya. Walaupun yang sebenarnya pada malam ni Syana expect yang akan menang adalah MUH, Black, Yuna ataupun Faizal Tahir. Tapi tak per. Mungkin bukan rezeki mereka. Tahun depan ada lagi kan?!
Tapi korang rasa sesuatu tak? AJL kali nie terasa seperti kekurangan sesuatu. Syana rasa AJL 24 lebih grand, hebat n meriah berbanding AJL 25. Betul tak..
No comments:
Post a Comment