Tuesday, August 10, 2010

Music N Entertainment *-* Insya-Allah by Maher Zain

Salam ingatan...

Maher Zain! Nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik antarabangsa terutamanya bagi mereka yang meminati irama nasyid ataupun lagu-lagu yang berbentuk kerohanian. Cubalah dengar dan hayati setiap bait kata lagu-lagunya. Sungguh membuai diri sehingga meninggalkan sejenis rasa yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Masya-Allah. 


Mengikut sumber2x yang boleh dipercayai, Maher Zain nie merupakan orang Lebanon tapi telah berpindah ke Sweden sejak usianya baru mencecah 8 tahun. Yang lagi hebat tentang Maher Zain nie, dia ada Bachelor degree in Aeronautical Engineering. Cayalah Anta!

Dalam banyak2x lagu Maher Zain nie, lagu yang paling Syana suka adalah Insya-Allah. Memang release tension kalau dengar.

Everytime
You feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go


Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah x3
Insya Allah you’ll find your way


Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, 
wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insya Allah x3
Insya Allah you’ll find your way


Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray


OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me
the way,
Showed me the way x2
Insya Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Selain daripada lagu nie ada banyak lagi lagu Maher Zain yang best. Antaranya For The Rest of My Life, Thank You Allah, Hold My Hand, Always Be There, Baraka Allahu Lakuma dan Awaken.

SEMOGA TERHIBUR!!

Monday, August 9, 2010

Tips Syana *-* Kamu Obess, Over Weight, Normal @ Under Weight??

Salam ingatan...

Jumaat yang lepas, semasa kelas nutrition, Syana dan rakan2x telah menjalani satu aktiviti yang bertajuk KIRA BMI ANDA. BMI ialah BODY MASS INDEX yang mana ianya digunakan sebagai kayu ukur untuk menentukan kesesuaian berat badan dengan tinggi kita semua. 

Macam mana nak kira BMI??

Ok.. Mula2x sekali timbang berat badan kamoo dalam kg. Kemudian ukur pula tinggi kamoo dalam meter.

Seterusnya kira BMI kamoo menggunakan formula ini:-

BMI = jisim badan (kg) / [tinggi x tinggi] (m2)

Setelah kamoo mengetahui BMI kamoo, bandingkan dengan nilai-nilai di bawah.

Siyes... Ini part yang paling menakutkan.

Underweight = <18.5
Normal = 18.5 - 24.9
Overweight = 25 - 29.9
Obess = 30 dan ke atas

Jadi, bagaimana??? Apakah KATEGORI BADAN kamoo semua??

Kalau normal.. Tahniah lah yer.. Maintainkan ok!

Syana??? Normal TAPI lagi 0.3 nak menghampiri over weight!! Waahh.. Scary nyer!

Saya bukan takut gemook tapi takut tak sihat!!

TAPI NAK TAHU APA YANG SYANA BUAT HARI TUE BILA DAPAT TAHU BMI MENGHAMPIRI OVER WEIGHT???

Mula-mula kami pergi makan aiskrim!!

Dah tak peduli dah dengan BMI... Insaf sejam jer!!

LEPAS TUE...

Syana pergi bedal BEEF TEPPANYAKI sepinggan.. Aduhh!!

Tak cukup lagi dengan tue...

SEBAGAI PENCUCI MULUT SYANA AMEK

Pizza sebanyak 3 keping... 

YEAH..
Inilah yang terjadi bila perut kebuluran dan nafsu mengatasi segalanya.

Memang tabiat pemakanan yang sempurna sebagai seorang pelajar kelas nutrition!!!

p/s: Aktiviti KIRA BMI akan berlangsung sebanyak 2 kali lagi selepas nie. Sebelum  n selepas raya. Agak2x korang, dengan tabiat makanan yang sempurna begini, bolehkan BMI Syana dikekalkan?? 

Ohh. Hopefully turunlah yer!!





Saturday, August 7, 2010

Celoteh Kehidupan *-* 25 Free Items

Salam ingatan...

Entry ini ditulis hanya bertujuan untuk menjawab dan memuaskan hati beberapa kenalan yang bertanya tentang 25 items free yang syana bagi tahu semalam.

Untuk baca entry semalam sila tekan sini.

Inilah box yang mengandungi kesemua 25 free item tue

Serba-serbi ada

Jom zoom in!!



Antara barang yang ader kat dalam hamper nie:-
1. Laptop cooler
2. Mouse
3. Mini Vacuum
4. 4 port USB hub
5. mini lamp
6. mini fan
7. headphone
8. charger pouch
9. cleaning kit
10. monitor n keyboard protection
N banyak lagi lah..

Tapi xder lah sampai beli laptop dapat free kereta sebijik!! 
ADUHHH @-@

Celoteh Kehidupan *-* Syana Baru Balik Dari PC Fair KLCC 2010

Salam ingatan...

Kepada yang masih terkedek-kedek lambat dapat info, meh sini nak kasi taw... PC Fair kat KLCC akan berjalan selama 3 hari iaitu pada hari ini (6 August 2010), esok (7 August 2010) dan lusa (9 August 2010). Pada sesaper yang memang dah berniat nak cari laptop, DSLR, digital camera (ohh ada lagi ker yang nak beli camera kodak tuee??), speaker, phone, b/band or accessories boleh lah jenguk2x ke sana. Semuanya ada.. Tinggal bawak duet or kad kredit jer!!



Nie pun Syana baru balik dari sana.. Pulun datang naik bas rapid dari Shah Alam petang2x dalam hujan lebat pulak tue ke sana.. Ohh.. Bila lah nak ada kereta sendiri nie?? Berangan sekejap *-*

Tapi memang puas hati lah ke sana. Selain boleh usha promoter2x yang sexy, kita jugak boleh usha barang2x yang uptodate.. Hoho! Jangan Marah Haa..

Syana nie memang selalu ke PC FAIR KLCC nie. Setiap tahun lah. Cuma tahun lepas jer tak pergi sebab waktu tue tak der benda nak beli.. Dis year ke sana sebab umiey pesan mintak belikan laptop baru. Harga memang murah  dari kat luar tapi yang bestnyer dapat banyak free gift. Bayangkan yer.. Beli satu laptop, dapat free gift sampai 25 items.. Waahhh!! Dasyat nie. Jadi korang jangan lepaskan peluang ok!


Alang2x dah sampai, ada lah beberapa benda lain yang Syana beli. Antaranya pendrive untuk my mum jugak. Murah weii.. 4GB baru RM24. Saper tak terpesona. Amek ko. Bila dua terus!!


Ok lah.. Sampai sini dulu entry untuk kali niey.. Saper rasa nak pergi, serbu sana cepat2x.. bawak duet banyak2x.. N bersedia untuk jalan jauh2x!! =p

P/s: Esok pagi ada meeting untuk group presentation pukul 7 pagi.. Adess!! ^-^

Thursday, August 5, 2010

Belajar Bahasa Kelantan Secara Percuma *-* Sesi Pembelajaran 7

Salam ingatan...

Lama dah tak kasi korang word baru. Amacam?? Words lama sudah terpraktis ke belum?? Suppose sudah lah kan. =) Huhu. 

Tanpa buang masa, jom kita tambah ilmu lagi.



Tips Sifoo: Sebutan untuk huruf 'e' begini ialah emak. Tapi 'E' begini pula disebut seperti Esok 

1) KutEy = Cubit
Ini hanya sesuai untuk perbuatan mencubit sesuatu yang bernyawa. Tak pernah lagi la setakat nie Syana dengar gabungan perkataan sekutEy garam. Jadi jangan memandai-mandai ok!

Contoh penggunaan ayat: "Kalau awak rasa nak kena kutEy dengan cikgu amnah jambul kembang, awak buat ler. Saya tak nak bersubahat," kata Rogayah kepada Minah.

2) Semak = Hensem/Kemas
Nie word untuk lelaki jer taw.. Jangan nanti korang kata awek korang semak pulak. Tak pasal2x seminggu merajuk karang.. Hahha

Contoh penggunaan ayat: "Kan semak kalau awak pakai macam nie hari2x," puji Minah.
Contoh penggunaan ayat: "Saya semak tak??"tanya Abu. (Ohh.. Tolong jangan perasan!)

3) Semok = Bersepah
Seterusnya nie pun word yang cukup sinonim dengan kaum adam. Tapi jangan terkejut jika ada kaum hawa yang turut mewarisinya. Apapun sila elakkan yer kawan2x. Selain itu, word ini jugak boleh membawa maksud crowded.



Contoh penggunaan ayat: "Semoknya bilik awak nie. Dah berapa tahun tak kemas??" perli Rogayah.

Contoh penggunaan ayat: "Baju kurung yang dia pakai tue nampak semok bila banyak sangat celoreng," komen Ali.

4) Kebobo = Tamak
Nie pun sikap buruk yang patut dijauhkan jugak nie.

Contoh penggunaan ayat: "Kebobo nyer awak nie. Amek lauk banyak2x. Pastu makan tak habis pun!" jerkah Ali kepada Minah.

5) Pitih = Duit/Dolar/Rupiah/Darham
Antara word yang WAJIB tahu ni.. Kalau tak tahu jugak, tak yah ler ngaku korang terror kEcEK kelatE.


Contoh penggunaan ayat: Nyanyi siket.."Pitih..pitih.. Dimanakah pitih??"


Ok lah.. Nak g cocok pitih dulu kat ATM. Bubye!!

Sampai ketemu lagi di lain sesi minggu hadapan. Praktis jangan tak praktis!!

p/s: Bukan senang nak curi2x masa nak tulis entry kat korang sekarang nie. =)