Saturday, March 6, 2010

Menanti Penuh Debaran

Salam Ingatan ...

Topik hari ini : menanti

Ini bukan penantian seorang kekasih kepada kekasihnya..
Bukan jua penantian seorang ibu kepada anak-anaknya..
Tapi penantian saya kepada seorang wanita..

Persoalannya, siapakah wanita tersebut??


Jeng..jeng..jeng
(Kasi suspen sikit)

Saya sudah berbulan-bulan menanti kemunculan wanita itu. Kononnya, pada bulan 1, dia akan datang berjumpa dengan saya. Tapi sehingga ke Februari tiada sebarang khabar dari dia. Jadi saya assume memang dia tak akan datang menemui saya di sini. 

Entah macam mana, penghujung Februari dia menghubungi kawan saya. Mengatakan yang dia akan datang menemui saya. Waahh.. punyalah berdebar. Tidak disangka yang dia akan datang jua.

Sejak dari panggilan itu, saya tidak senang duduk.
Bagaimana mahu berdepan dengan dia?? Kenapa dia mahu bertemu saya?? Apa yang dia akan tanya??

Dan esok atau lusa, dia sudah berjanji akan menemui saya. Saya menantikan beliau dengan penuh debaran di dada. Risau, gementar, takut. Semuanya bergaul menjadi sebati. Ohh.. betapa saya amat risau untuk menemui Puan Azizah.

Siapakah Puan Azizah??
Salah seorang lecturer Food Tech UiTM.. Dia merupakan mentor batch saya.

Dia akan ke KILANG CILI PURI BUKIT AWANG (tempat saya menjalani latihan praktikal) bagi menemui kami berdua (saya dan ct).. Betapa saya amat cuak!

Jikalau lecturer lain yang datang melawat kami, mungkin debaran saya tak akan seteruk sekarang. Tapi.. dengan Puan Azizah saya...risau teramat. Dia tak pernah mengajar saya. Walaupun beliau merupakan mentor batch kami, tapi perjumpaan satu sem sekali bersamanya tidak membolehkan saya mengenali beliau sepenuhnya. Dan yang lebih pasti, Pn.Azizah tidak mengenali saya. Itu mungkin akan lebih menyukarkan saya pada perjumpaan itu nanti.

Harapan saya, moga Pn.Azizah sporting, cool n understanding...
Moga tiada sebarang perkara yang akan mencacatkan pertemuan kami nanti.

Ya ALLAH, kau lancarkan pertemuan antara aku dan dia. AMINN

Tarik nafas dalam-dalam

Sekarang.. pada jam 4.33 petang ini, saya masih kekal menanti dengan penuh debaran.

No comments: